Biskut Mazola saya

P1020786_1

Tahun ni belajar buat biskut mazola (mazola je?? itu pun nak kecoh :P). Ye tau, senang je nak buat biskut ni, cuma malas je. Aku pun dah lupa bila kali terakhir aku dan adik-adik buat biskut raya.Mesti ma frust, anak pempuan ramai, tapi semua malas😀 . Antara adik-adik aku (termasuklah Eddy), kak ngah la rajin sket pasal kuih/kek/biskut nih. Aku, suka masak lauk2 je, sebab aku tak gemar sangat kuih-muih bisku-miskut ni. Kakak, seimbangla, kek dia suka buat, lauk pun rajin masak. Terutama yang goreng-goreng, nasi goreng, mee goreng, makaroni goreng. Eddy pun rajin jugak, rajin masak meggi.

Punyala malas, aku buat 50 biji je😛 . Memang tak gemar lah kalau memasak sampai 1 hari baru nak siap. Jenis tak sabar pastu ikut mood. Eh memasak memang kena ikut mood kan, baru orang makan rasa happy (walaupun tak sedap). Feel tukang masak itu penting.

Ok, adunan untuk 50 biji biskut mazola kecil molek saiznya satu mulut boleh sumbat seperti dalam gambar diatas ialah secawan tepung, secawan kacang tanah (digoreng dan dikisar), gula (dikisar) dan minyak mazola secukup rasa. Pastu masak 20-30 minit dengan suhu 180-190. Ini oven aku lah, lain oven, lain rasanya. Pandai-pandai la eh. Siap!

Menurut kata tuan punya resipi, iaitu mak Fir, sukatan untuk kacang dan tepung mesti sama. Senangla kan? Gula tu pula ikut suka lah, nak manis, letak lebih, nak jaga diet, kurangkan la sket. Minyak pulak agak-agaklah, bila dah sebati tu tak lembik sangat tak keras sangat.

Jumpa resipi muffin carrot, macam menarik tapi banyaknye bahan. Kena cari mood dulu sebelum nak try buat😉

Sekian

4 thoughts on “Biskut Mazola saya

  1. sehelai murni 15 September, 2009 / 12:11 am

    dalam gambar nampak pucat. tapi real punye tak pucat. comeiiii2 jek hehe. huzz..sedap jek. alaaaaa mesti jijah rembat abes dlu xdapat la aku nak rase.. sob sob :p

    • whooz 15 September, 2009 / 2:40 am

      pucat kan dlm gambar? x pelah, dia demam😛

  2. deidaa 15 September, 2009 / 9:28 am

    Cis semua mende yg ko masak,
    ko x pass kan kat aku.. ni mrh ni X(

    • whooz 16 September, 2009 / 5:09 am

      haaa jom pi rumah raya ni weh!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s