Lazatnye!

Sewaktu aku tengah kemaruk cream puff dulu, sorang rakan bagitau cream puff Beard Papa’s sedap giler. Aku pun teringinla kan nak cuba tapi ada kat MidValley. Jarang pulak ke sana. Kebetulan 3 hari ni ada seminar di Cititel MidValley, maka tadaaaaaaaa!

P1030847

P1030848

P1030849

Bila dah makan, aku rasa macam hmmmm..aku prefer yang cinonet yang biasa jumpa tuh. Tapi BP ni best sebab kulit dia rangup, tepung di dalam lembut dan isi nye sejuk macam aiskrim lemak berkrim 😉 . Tapi kan harganya mahal, rm3.80 sebiji utk inti vanila dan coklat. Lain-lain aku tak tengok dah, itu je kot paling murah :D. Walaupun saiznya agak gemuk, aku rasa mahal lah harga tu.

Hiking di Gunung Datuk, Rembau

Gunung: Gunung Datuk
Ketinggian: 870m
Lokasi: Rembau , Negeri Sembilan

Aktiviti kali ini agak meletihkan. Nasib baik pergi hari Sabtu, bolehla rehat satu hari sebelum berhempas pulas di ofis.

Konvoi 3 kereta, 1 dari Keramat (Eza dan Deida), 1 dari Balakong (aku dan Amy) dan 1 dari Seremban (kawan Eza, 4 orang), janji jumpa di tol Senawang. Pukul 9 pagi  bertolak dari tol Senawang ke Gunung Datuk. 30 minit kemudian sampai sana, jumpa sorang lagi kawan Eza, Aishah. Semuanya 9 orang. Breakfast mee goreng yang Eza bawa, kemudian register nama dan bayar rm3 sorang.

P1030731solamek datang ke rombau!

P1030741

P1030744register nama pendaki dan bayar rm3

P1030745car boot cafe in the jungle

Ramai giler orang nak mendaki hari tu. Kebetulan ada group dari IKBN dan a few groups macam kitaorang. Sure jem kat atas gunung nanti. Maka, ketua ekspedisi, Encik Firdaus kata kita kena potong diorang dan perlu buat stretching la sket. Siap stretching, kitaorang mula jalan! Jam 10.30. Iskandar, Zaini dan Mahathir di depan, Firdaus belakang sekali.

P1030746peninglah tengok gambar nih

P1030755

Permulaan nampak macam ok je, aku pun berkobar-kobar 😀 . Tapi 3 orang kat depan tu panjang betul langkah, jadi kami yang di belakang ni agak terkejar-kejar. Terpaksa stop beberapa kali. Tak silap aku, kali ke-3 stop, Aishyah bagitau dia dah tak boleh teruskan. Tak best la kan sebab datang 9 mesti nak naik 9 dan turun 9. Tapi Aisyah cakap dia pening dan dah tak tahan. Ok, maka kami 8 orang teruskan pendakian.

“Aisyah nanti ko dah sampai bawah sms tau!” Eza pesan kat Aisyah hehhehe, kiut!

P1030760

P1030778

Trek tak semudah yang disangka (bagi akulah yang kali terakhir mendaki gunung 8 tahun lalu). Hampir 80% (agak-agaklah) tanah di litupi akar-akar pokok. Dengan kecuraman yang aku rasa 60-70 darjah, memang lenguh leher dan belakang. Kaki, tangan semua perlu bekerja keras. Tanah rata, sikit sangat. Jumpa kawasan yang landai, alhamdulillah sangat-sangat 😀 .

P1030782hijau kuning negeri Kedah!

P1030784

Sepanjang perjalanan, banyak benda yang aku nak snap gambar. Tapi tak tersnap sebab penat sangat. Actually setiap kali keluar beraktiviti macam ni, aku memang plan dululah nak ambil gambar apa, apa yang wajib di snap dan sebagainya. Tapi outing kali ni, aku dah hilang focus, dalam otak nak sampai cepat je. Ingat nak lenggang kangkung, tapi laju betul yang kat depan tu. Snap gambar pun menggigil-gigil 😀 . Sejam lebih kemudian kami sampai di satu kawasan lapang yang ada dua biji bumbung wakaf. Bumbung je ok, badan tak tau pi mana. Rehat kat situ dalam 15-20 minit lebih kurang, then sambung lagi. Kali ni bertanaga sikit sebab badan rasa macam baru lepas charge bateri 😛 . Tapi di hadapan rupanya banyak betul batang-batang pokok melintangi jalan. Bertambah penatlah nak melangkah/mengesot dan macam-macam “me” lagilah untuk melepasi batang pokok tu.

P1030775

P1030786

Baju dah basah lencun dek peluh. Nak kesat peluh baru pun tak tau nak kesat kat mana 😛 . Beg memang habis lah basah kat belakang. Time-time tu rasa nak timbang berat 😛 . Kami terus jalan lagi diiringi dengan jeritan “kambing” dari mulut Eza dan jeritan-jeritan manja dari mulut Deida 😀 . Aku dan Amy dah tak larat nak bersuara, penat!  Tak lama kemudian, selisih dengan orang-orang yang on the way turun.

“Sikit je lagi ok!”

“15 minit lagi sampailah”

“10 minit lagi sampailah”

“Tak jauh dah, sikit lagi”

Tengok, kat sini pun ramah tamah pendaki-pendakinya. Terima kasihla pada yang bagi kata-kata semangat tu ye. Sayup-sayup dah dengar suara orang jerit-jerit, sembang-sembang, dan akhirnya yes! Sampai!

P1030788good job girls!

P1030834ada pokok otak udang kat atas tu. otak udang????

Kat atas ni ada kawasan yang agak lapang. Tapi itu bukanlah puncak lagi. Nak ke puncak, kena naik tangga besi yg disandarkan ke batu-batu besar. Ada 3 tangga.

P1030791tangga 1

P1030793tangga 2

P1030832tangga 3

Orang ramai sangat, jadi bersesak-sesaklah nak naik tangga tu. Kat atas tu pulak tak luas mana pun. Apa yang ada di puncak tu??? Ada permandangan hutan tebal dan selat melaka (orang cakaplah, aku lupa pulak nak tanya mana satu selat melakanya) . Kebetulan, aku sampai je kat atas, angin sedang tiup sepoi-sepoi. Best ooo, dah macam titanic pun ade berdiri sambil kibar-kibar tuala. Siapa-siapa yang terbau busuk sorrylah ye 😛 . Orang cakap, kalau angin kuat, memang tak boleh berdiri kat atas tu.

P1030818

P1030815

P1030817ramai kan manusia kat atas ni, tak bestla sebab sempit

Tak lama pun kat atas tu, matahari pun makin galak, sakit kepala dah. Pukul 2.30 kami turun ke kaki gunung. Estimate masa 1 jam dan memang betul lah 1 jam lebih sket je dah sampai bawah. Naik tadi???  2 jam setengah! Perjalanan turun agak perit sebab air dah habis, perut lapar dan kepala sakit. Ada satu ketika aku dah tak larat nak berdiri, aku mengesot je atas akar-akar pokok. Time tu aku rasa, thank youuuuuuu power root! akar pokok! Tengok, akar tu berguna jugak akhirnya. Moralnya, semasa dalam hutan mulut kena jaga ok! Time ni aku jalan dengan Amy, yang 3 orang lelaki tu dah sampai agaknya dan Eza, Deida dan Firdaus ada di belakang. Untuk menaik kan semangat, macam-macamlah aku dan Amy mengarut sambil melangkah.

“Amy, lepas ni kita pi basuh rambut kat kedai kat rumah kita tu eh. Best dia urut-urut kepala”

“Eh nanti turun aku nak minum teh o ais limau. Ada kedai kan kat bawah”

“Aku nak limau ais”

“Ish kalau pergi spa pun best jugak kan”

Gilerlah, otak pun dah tak boleh fikir dengan betul lah.

Sayup-sayup dengar bunyi air dan suara orang huhahuha mandi manda, ya Allah nak menangis aku rasa 😛 . Sampai jugak dengan selamat akhirnya. Yang best tuh, aku nampak Aisyah setia menanti di situ.

“Aisyah, ada air?”

“Ada, nah habiskanlah”

Aisyah, kau lah penyelamat 😛 . Time-time tu jugak rasa nak buat adik ipar/ kakak ipar dan apa-apalah yang best-best 😛 . Dah lepas dapat air, hilang segala perit jerih tadi. Dah kembali normal 😀 . Boleh naik lagi nih (padahal tadi macam nak cancel je impian naik Gunung Kinabalu 😛 ).

Aku nak ucap terima kasih kepada ‘tourguide’ yang terpaksa ikut step kitaorang. Tapi kita tak jadi group last sampai bawah kan????? Ok, seperti biasa, gambar wajib, tapi tak cukup 4 orang.

P1030774

Mungkin kepada sesiapa yang selalu naik gunung akan cakap, ala Gunung Datuk ni senang sangatlah. Ape la budak ni dok pum pang pum pang .. Sebab aku ada terbaca, Gunung Datuk ni tak layak di panggil gunung pun..betul ke??? Sesiapa, sila sahkan.

Rindu

Seorang kawan lama tagged aku dalam gambar di Facebook. Gambar tu gambar lama, tahun bila aku pun tak ingat. Haihhhhh..rindulah kat diorang semua. Baguslah Facebook tu. Rata-rata aku dengar ramai yang jumpa balik kawan-kawan lama kat situ.

Baru-baru ni ada sorang perempuan add aku jadi friend. Aku memang tak banyak soal, accept je semua. Tengok nama, langsung tak ingat. Tengok muka pun tak ingat. Hingga aku terpaksa hantar mesej tanya siapa dia, sekolah mana. Satu masalah aku yang selalu bertukar sekolah, aku jadi confius kawan-kawan aku tu dari sekolah mana.

“Tak ingat saya ke? Dulu kan kita menari sama last darjah 6 tu”

Hahahaha gilerlah, lama aku ingat-ingat balik bila masa lah aku menari-nari nih. Menari ok! Perkara yang tak mungkin aku buat. Last-last baru ingat, ye lah aku menari ulik mayang tapi jadi watak nelayan. Kalau tak silap, aku berpasangan dengan dia lah. Dia dah makin cun, tu pasal aku tak ingat. Dulu dengan spek tebal, badan kurus, berbeza sangat dengan sekarang. Anyway, thanks ye Siti sebab ingat saya 🙂 .

Aku ni nak dikatakan kawan yang baik, tak jugaklah sebab aku jarang contact kawan-kawan lama, tapi percayalah korang sentiasa dalam fikiran.  Memori bersama korang sentiasa di fikiran. Cuma ye lah, masing-masing dengan hal sendiri kan. Aku memang berharap sangat dapat berkumpul satu hari nanti, terutama dengan geng study group sekolah menengah : Suriana, Faizah, Shuhada, Junaina, Suziana, Edlin dan Ayu. Dan juga geng sekolah rendah: Kak Syu, Aida, Dik Na, Johana dan ramai lagilah (sori ye kalau aku tak sebut nama hehehe).

Rindu koranglah..dush!dush!dush!

P5193148beruang yang sedang dalam kerinduan

Hiking di Bukit Broga

P1030614

Saya suka Bukit Broga,

Bukit Broga sangat hijau,

Langit Broga sangat biru,

Orang-orang di Bukit Broga sangat ramah,

Saya suka Bukit Broga 😉

Di pagi Deepavali, aku, Amy, Eza, Deida dan Miza ke Bukit Broga, Semenyih. Sampai di sana lebih kurang 7.45 pagi, kerata banyak sangat. Macam ada pesta. Pukul berapa la diorang sampai pagi tadi ni. Ramai orang yang on the way turun dan ramai juga yang sedang naik, jadi sedikit traffic jam lah kat tengah-tengah tu. Pempuan, lelaki, tua, muda semua ada. Baby pun ada! Rasanya belum boleh berjalan tu, dah diperkenalkan dengan aktiviti outdoor. Anak aku nanti pun aku nak perkenalkan dengan alam sekitar sejak baby lagi 😛 .

P1030552parking di luar kebun kelapa sawit

P1030556parking di dalam kebun kelapa sawit

Kami pun mula mendaki. Seperti biasa aku dan Amy di belakang sebab kami ada tugasan yang perlu diselesaikan 😛 . Trek tak susah mana sebab jalan kering dan ada anak tangga di beberapa tempat.

P1030560

P1030562kat sini je jalan agak bahaya, sebab sempit dan di tepinya mini gaung 😀

Dari jauh dah nampak sayup2 barisan pendaki di salah satu puncak. Semuanya ada 3 puncak. Niat di hati memang nak habiskan ketiga-tiga puncak.

P1030558aku tengok ni dari bawah, makin bersemangat dan tertanya-tanya, apa ada kat atas tu eh????

Selepas melepasi traffic jam, senyum sana sini, say hi pada pendaki lain (ramahnyeee), stop kejap sebab penat, akhirnya kami sampai di puncak 1. Memang aku rasa segala titis peluh yang gugur ke bumi berbayar lah. Berbaloi-baloi bak kata Amy Search.. Walaupun orang sangat ramai kat atas sana, tapi ada je tempat untuk melepak, berposing, melepaskan penat.  Dari puncak 1, boleh nampak bukit 2 dan 3.

P1030569bukit 1

P1030639bukit 2

P1030647bukit 3 tak berapa nampak, dilindung kabus

Disebabkan setiap bukit kami stop untuk bergambar, maka sampai di bukit 3, dah panas. Tapi slumber je lah berjemur mengalahkan minah salleh 😛 .

Ok, gambar wajib untuk setiap outdoor xtvt, group photo (Miza kata macam rockers zaman rock kapak bergambar, atas batu)

P1030659

…dan bye-bye Broga. See u again!

P1030706