Mana ketupat?

Dalam Hot FM petang kemarin, ada topik pasal raya tahun ni tak jumpa ketupat. Serius???? Ada satu caller tu cakap dari Perlis sampai ke Johor, tak jumpa-jumpa ketupat. Lerrrr apsal tak singgah rumah, ade je ketupat kat rumah.

Tapi aku akui lah, sejak mek (nenek) meninggal, rumah dah tak semeriah dulu pada hari buat ketupat. Sebab semua anak menantu mek tak reti buat ketupat. Order saja untuk raya. Dulu-dulu time kecik aku tak makan ketupat. Suka tengok je mek buat sebab beliau buat dengan penuh feel😀 . Feel memasak untuk anak cucu menantu makan, lain tau dari feel memasak untuk berniaga.Aku hanya suka ketupat dakap, macam ni:

(pinjam gambar ye empunya gambar)

Di dalamnya ada pisang. Mek buat memang sedap! Pulut lemak manis, pisang masak dan manis. Memang aku makan ketupat jenis ni je. Semakin umur meningkat, aku pun try lah ketupat daun palas, macam ni:

Sedap jugak eh😛 . Suka yang kosong tawar then aku boleh cicah dengan rendang daging. Yang ada inti serunding, kacang, jagung kurang gemar sket. Sedap yang perisa original😉 .

Member dari Melaka pernah bawa ketupat. Ketupat yang 4 segi tuh, yang macam hiasan gantung-gantung. Sedap jugak sebab walaupun ketupat nasi je, tapi ada rasa santan-santan sikit. Yang tu aku makan gitu je pun dah sedap sebab rasa santan tu. Housemate dari Sabah bagitau ketupat tempat dia lain pulak. Guna pulut tapi sarung yang 4 segi tu. Tak pernah aku dengar, biasa org letak beras je dalam sarung ketupat 4 segi tu atau aku yang tak tau??? Korang tau? Saksikan di hari open house nanti😉

Hidup ketupat!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s