Hiking di Bukit Broga

P1030614

Saya suka Bukit Broga,

Bukit Broga sangat hijau,

Langit Broga sangat biru,

Orang-orang di Bukit Broga sangat ramah,

Saya suka Bukit Broga😉

Di pagi Deepavali, aku, Amy, Eza, Deida dan Miza ke Bukit Broga, Semenyih. Sampai di sana lebih kurang 7.45 pagi, kerata banyak sangat. Macam ada pesta. Pukul berapa la diorang sampai pagi tadi ni. Ramai orang yang on the way turun dan ramai juga yang sedang naik, jadi sedikit traffic jam lah kat tengah-tengah tu. Pempuan, lelaki, tua, muda semua ada. Baby pun ada! Rasanya belum boleh berjalan tu, dah diperkenalkan dengan aktiviti outdoor. Anak aku nanti pun aku nak perkenalkan dengan alam sekitar sejak baby lagi😛 .

P1030552parking di luar kebun kelapa sawit

P1030556parking di dalam kebun kelapa sawit

Kami pun mula mendaki. Seperti biasa aku dan Amy di belakang sebab kami ada tugasan yang perlu diselesaikan😛 . Trek tak susah mana sebab jalan kering dan ada anak tangga di beberapa tempat.

P1030560

P1030562kat sini je jalan agak bahaya, sebab sempit dan di tepinya mini gaung😀

Dari jauh dah nampak sayup2 barisan pendaki di salah satu puncak. Semuanya ada 3 puncak. Niat di hati memang nak habiskan ketiga-tiga puncak.

P1030558aku tengok ni dari bawah, makin bersemangat dan tertanya-tanya, apa ada kat atas tu eh????

Selepas melepasi traffic jam, senyum sana sini, say hi pada pendaki lain (ramahnyeee), stop kejap sebab penat, akhirnya kami sampai di puncak 1. Memang aku rasa segala titis peluh yang gugur ke bumi berbayar lah. Berbaloi-baloi bak kata Amy Search.. Walaupun orang sangat ramai kat atas sana, tapi ada je tempat untuk melepak, berposing, melepaskan penat.  Dari puncak 1, boleh nampak bukit 2 dan 3.

P1030569bukit 1

P1030639bukit 2

P1030647bukit 3 tak berapa nampak, dilindung kabus

Disebabkan setiap bukit kami stop untuk bergambar, maka sampai di bukit 3, dah panas. Tapi slumber je lah berjemur mengalahkan minah salleh😛 .

Ok, gambar wajib untuk setiap outdoor xtvt, group photo (Miza kata macam rockers zaman rock kapak bergambar, atas batu)

P1030659

…dan bye-bye Broga. See u again!

P1030706



5 thoughts on “Hiking di Bukit Broga

  1. deidaa 19 October, 2009 / 3:06 am

    Adoi cite tergantung la pulokkkk! :p

  2. Ibu Farish 19 October, 2009 / 3:20 am

    wahh cntik2

  3. gerbera 19 October, 2009 / 4:11 am

    Whooz, mau pergi lagi? Ramai yg teruja setelah tengok gambar ko tu.

    • whooz 20 October, 2009 / 1:18 am

      mesti pergi lagi😀 ..set date, tgk free ke tak, jom lagi sekali!

  4. deidaa 21 October, 2009 / 2:49 pm

    Aku xmo gi dah.
    Sbb dah 2x gi.. boan sudaaaa😛
    Ezza musti nak gi lg kekekek.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s