Rindu

Seorang kawan lama tagged aku dalam gambar di Facebook. Gambar tu gambar lama, tahun bila aku pun tak ingat. Haihhhhh..rindulah kat diorang semua. Baguslah Facebook tu. Rata-rata aku dengar ramai yang jumpa balik kawan-kawan lama kat situ.

Baru-baru ni ada sorang perempuan add aku jadi friend. Aku memang tak banyak soal, accept je semua. Tengok nama, langsung tak ingat. Tengok muka pun tak ingat. Hingga aku terpaksa hantar mesej tanya siapa dia, sekolah mana. Satu masalah aku yang selalu bertukar sekolah, aku jadi confius kawan-kawan aku tu dari sekolah mana.

“Tak ingat saya ke? Dulu kan kita menari sama last darjah 6 tu”

Hahahaha gilerlah, lama aku ingat-ingat balik bila masa lah aku menari-nari nih. Menari ok! Perkara yang tak mungkin aku buat. Last-last baru ingat, ye lah aku menari ulik mayang tapi jadi watak nelayan. Kalau tak silap, aku berpasangan dengan dia lah. Dia dah makin cun, tu pasal aku tak ingat. Dulu dengan spek tebal, badan kurus, berbeza sangat dengan sekarang. Anyway, thanks ye Siti sebab ingat saya🙂 .

Aku ni nak dikatakan kawan yang baik, tak jugaklah sebab aku jarang contact kawan-kawan lama, tapi percayalah korang sentiasa dalam fikiran.  Memori bersama korang sentiasa di fikiran. Cuma ye lah, masing-masing dengan hal sendiri kan. Aku memang berharap sangat dapat berkumpul satu hari nanti, terutama dengan geng study group sekolah menengah : Suriana, Faizah, Shuhada, Junaina, Suziana, Edlin dan Ayu. Dan juga geng sekolah rendah: Kak Syu, Aida, Dik Na, Johana dan ramai lagilah (sori ye kalau aku tak sebut nama hehehe).

Rindu koranglah..dush!dush!dush!

P5193148beruang yang sedang dalam kerinduan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s