Hiking di Gunung Datuk, Rembau

Gunung: Gunung Datuk
Ketinggian: 870m
Lokasi: Rembau , Negeri Sembilan

Aktiviti kali ini agak meletihkan. Nasib baik pergi hari Sabtu, bolehla rehat satu hari sebelum berhempas pulas di ofis.

Konvoi 3 kereta, 1 dari Keramat (Eza dan Deida), 1 dari Balakong (aku dan Amy) dan 1 dari Seremban (kawan Eza, 4 orang), janji jumpa di tol Senawang. Pukul 9 pagi  bertolak dari tol Senawang ke Gunung Datuk. 30 minit kemudian sampai sana, jumpa sorang lagi kawan Eza, Aishah. Semuanya 9 orang. Breakfast mee goreng yang Eza bawa, kemudian register nama dan bayar rm3 sorang.

P1030731solamek datang ke rombau!

P1030741

P1030744register nama pendaki dan bayar rm3

P1030745car boot cafe in the jungle

Ramai giler orang nak mendaki hari tu. Kebetulan ada group dari IKBN dan a few groups macam kitaorang. Sure jem kat atas gunung nanti. Maka, ketua ekspedisi, Encik Firdaus kata kita kena potong diorang dan perlu buat stretching la sket. Siap stretching, kitaorang mula jalan! Jam 10.30. Iskandar, Zaini dan Mahathir di depan, Firdaus belakang sekali.

P1030746peninglah tengok gambar nih

P1030755

Permulaan nampak macam ok je, aku pun berkobar-kobar😀 . Tapi 3 orang kat depan tu panjang betul langkah, jadi kami yang di belakang ni agak terkejar-kejar. Terpaksa stop beberapa kali. Tak silap aku, kali ke-3 stop, Aishyah bagitau dia dah tak boleh teruskan. Tak best la kan sebab datang 9 mesti nak naik 9 dan turun 9. Tapi Aisyah cakap dia pening dan dah tak tahan. Ok, maka kami 8 orang teruskan pendakian.

“Aisyah nanti ko dah sampai bawah sms tau!” Eza pesan kat Aisyah hehhehe, kiut!

P1030760

P1030778

Trek tak semudah yang disangka (bagi akulah yang kali terakhir mendaki gunung 8 tahun lalu). Hampir 80% (agak-agaklah) tanah di litupi akar-akar pokok. Dengan kecuraman yang aku rasa 60-70 darjah, memang lenguh leher dan belakang. Kaki, tangan semua perlu bekerja keras. Tanah rata, sikit sangat. Jumpa kawasan yang landai, alhamdulillah sangat-sangat😀 .

P1030782hijau kuning negeri Kedah!

P1030784

Sepanjang perjalanan, banyak benda yang aku nak snap gambar. Tapi tak tersnap sebab penat sangat. Actually setiap kali keluar beraktiviti macam ni, aku memang plan dululah nak ambil gambar apa, apa yang wajib di snap dan sebagainya. Tapi outing kali ni, aku dah hilang focus, dalam otak nak sampai cepat je. Ingat nak lenggang kangkung, tapi laju betul yang kat depan tu. Snap gambar pun menggigil-gigil😀 . Sejam lebih kemudian kami sampai di satu kawasan lapang yang ada dua biji bumbung wakaf. Bumbung je ok, badan tak tau pi mana. Rehat kat situ dalam 15-20 minit lebih kurang, then sambung lagi. Kali ni bertanaga sikit sebab badan rasa macam baru lepas charge bateri😛 . Tapi di hadapan rupanya banyak betul batang-batang pokok melintangi jalan. Bertambah penatlah nak melangkah/mengesot dan macam-macam “me” lagilah untuk melepasi batang pokok tu.

P1030775

P1030786

Baju dah basah lencun dek peluh. Nak kesat peluh baru pun tak tau nak kesat kat mana😛 . Beg memang habis lah basah kat belakang. Time-time tu rasa nak timbang berat😛 . Kami terus jalan lagi diiringi dengan jeritan “kambing” dari mulut Eza dan jeritan-jeritan manja dari mulut Deida😀 . Aku dan Amy dah tak larat nak bersuara, penat!  Tak lama kemudian, selisih dengan orang-orang yang on the way turun.

“Sikit je lagi ok!”

“15 minit lagi sampailah”

“10 minit lagi sampailah”

“Tak jauh dah, sikit lagi”

Tengok, kat sini pun ramah tamah pendaki-pendakinya. Terima kasihla pada yang bagi kata-kata semangat tu ye. Sayup-sayup dah dengar suara orang jerit-jerit, sembang-sembang, dan akhirnya yes! Sampai!

P1030788good job girls!

P1030834ada pokok otak udang kat atas tu. otak udang????

Kat atas ni ada kawasan yang agak lapang. Tapi itu bukanlah puncak lagi. Nak ke puncak, kena naik tangga besi yg disandarkan ke batu-batu besar. Ada 3 tangga.

P1030791tangga 1

P1030793tangga 2

P1030832tangga 3

Orang ramai sangat, jadi bersesak-sesaklah nak naik tangga tu. Kat atas tu pulak tak luas mana pun. Apa yang ada di puncak tu??? Ada permandangan hutan tebal dan selat melaka (orang cakaplah, aku lupa pulak nak tanya mana satu selat melakanya) . Kebetulan, aku sampai je kat atas, angin sedang tiup sepoi-sepoi. Best ooo, dah macam titanic pun ade berdiri sambil kibar-kibar tuala. Siapa-siapa yang terbau busuk sorrylah ye😛 . Orang cakap, kalau angin kuat, memang tak boleh berdiri kat atas tu.

P1030818

P1030815

P1030817ramai kan manusia kat atas ni, tak bestla sebab sempit

Tak lama pun kat atas tu, matahari pun makin galak, sakit kepala dah. Pukul 2.30 kami turun ke kaki gunung. Estimate masa 1 jam dan memang betul lah 1 jam lebih sket je dah sampai bawah. Naik tadi???  2 jam setengah! Perjalanan turun agak perit sebab air dah habis, perut lapar dan kepala sakit. Ada satu ketika aku dah tak larat nak berdiri, aku mengesot je atas akar-akar pokok. Time tu aku rasa, thank youuuuuuu power root! akar pokok! Tengok, akar tu berguna jugak akhirnya. Moralnya, semasa dalam hutan mulut kena jaga ok! Time ni aku jalan dengan Amy, yang 3 orang lelaki tu dah sampai agaknya dan Eza, Deida dan Firdaus ada di belakang. Untuk menaik kan semangat, macam-macamlah aku dan Amy mengarut sambil melangkah.

“Amy, lepas ni kita pi basuh rambut kat kedai kat rumah kita tu eh. Best dia urut-urut kepala”

“Eh nanti turun aku nak minum teh o ais limau. Ada kedai kan kat bawah”

“Aku nak limau ais”

“Ish kalau pergi spa pun best jugak kan”

Gilerlah, otak pun dah tak boleh fikir dengan betul lah.

Sayup-sayup dengar bunyi air dan suara orang huhahuha mandi manda, ya Allah nak menangis aku rasa😛 . Sampai jugak dengan selamat akhirnya. Yang best tuh, aku nampak Aisyah setia menanti di situ.

“Aisyah, ada air?”

“Ada, nah habiskanlah”

Aisyah, kau lah penyelamat😛 . Time-time tu jugak rasa nak buat adik ipar/ kakak ipar dan apa-apalah yang best-best😛 . Dah lepas dapat air, hilang segala perit jerih tadi. Dah kembali normal😀 . Boleh naik lagi nih (padahal tadi macam nak cancel je impian naik Gunung Kinabalu😛 ).

Aku nak ucap terima kasih kepada ‘tourguide’ yang terpaksa ikut step kitaorang. Tapi kita tak jadi group last sampai bawah kan????? Ok, seperti biasa, gambar wajib, tapi tak cukup 4 orang.

P1030774

Mungkin kepada sesiapa yang selalu naik gunung akan cakap, ala Gunung Datuk ni senang sangatlah. Ape la budak ni dok pum pang pum pang .. Sebab aku ada terbaca, Gunung Datuk ni tak layak di panggil gunung pun..betul ke??? Sesiapa, sila sahkan.

11 thoughts on “Hiking di Gunung Datuk, Rembau

  1. gerbera 27 October, 2009 / 2:51 am

    Wah!Tahniah..tahniah..Tengok gambar2 ni flash back 11 years ago. Pokok tu ada lagi?Lama betul dah ia melintang di situ.
    Time aku naik dulu tak ramai macam ni.
    Congratulation!Lepas ni nak naik mana lagi?

    • whooz 27 October, 2009 / 3:06 pm

      kat pokok tu aku nampak ada nama ko, ko ada tulis eh?😛

      nak kena meeting group dulu nih utk next outing😀

  2. Amie Fadli 27 October, 2009 / 5:05 am

    yer cik huzzz… gunung datuk ni actually gunung utk fisrt time pendaki yg baru berjinak2 nak ceburkan diri panjat gunung nih… heheh anyway… memang gunung datuk ni x mencabar sgt kalau sesiapa yg dah biasa panjant2 gunung nih… ehhh cik huzzz…lenkali bawak la sy join group cik huzzz panjaat2 dn aktiviti outdoor yg lain2 nih… sy punya geng yg dulu2 dah dibubarkan…so skrg nie asyik nak menumpang sesapa kalau dah gatal nak panjat! weeeeeee……

    • whooz 27 October, 2009 / 3:08 pm

      weeeee..hi kakak cik murni!

      haaa bleh2 nak join, nanti bila2 i roger je..nak roger cik adik tu, katanya berdarah manis..hehehehhe

  3. deidaa 27 October, 2009 / 2:04 pm

    A’aaa kan?
    Sape yg dah expert sure kata ni bkn gunung pon…
    just bukit.

    Tp fuhhh.. time turun tu all the way aku mengesot.
    Bley firdaus kata aku XKUAT SEMANGAT?
    Dah lutut aku sakit gilos.. nak kuat semangat kut celah mana lg?
    Ndak je aku luku pale dia :))

    • whooz 27 October, 2009 / 3:09 pm

      confirm lepas ni diorang dah x nak guide kita kan..cis!

  4. deidaa 28 October, 2009 / 2:32 pm

    hahahhaha ntah la, ye kot?😛
    Nampaknya kena cari bf yg minat aktibiti lasak la,
    so by hook or by crook.. kena guide kita gak camne2 pon :))

  5. yatie 30 October, 2009 / 12:23 am

    wah…aku suker…aku suker…dh lama x panjat gunung ganang nih…klu aku ada kt msia,confirm aku mntk kt ko nak join skali….huhuhuh

    • whooz 2 November, 2009 / 12:23 am

      ko kat sydney tu, x de ke program2 naik gunung ke, bukit ke? sure lagi cantek view kan

  6. Jayde 21 March, 2010 / 9:35 am

    Hello… Baru semalam (20-03-10) daki gunung dato….memang mencabar gak…anyway…kitaorg ada grp yang kecik kat facebook and memang suka akan aktiviti yang ganas dan lasak hehehehe i mean hiking… so nak jemput you all cuz minggu depan 27th March kami bercadang nak gi Gua Damai kat Batu caves for charity …Min rm 38 perperson…kalo minat…add friends kat facebook: jojo_ns@hotmail.com…. Hope to become friends……… JD

    • whooz 22 March, 2010 / 5:40 am

      thanks for the invitation.. dah add awak tapi for 27/3 ni ada xtvt lain. maybe next time u all buat xtvt lagi, saya dan geng boleh join😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s