Raya kali ni langsung tak ambil gambar raya

…sebab macam tak de mood. Tonggak utama (ma) demam selsema, kakak demam, abah hampir-hampir demam.Aku dan Eddy alhamdulillah sihat. Khabar angin, ramalan cuaca dan gosip mengatakan akan hujan ribut pada hari raya haji kat Kelantan kan, nasib baik cuaca panas je. Aku sampai hari Rabu pukul 1 tengah hari, cuaca panas terik (komplen jugaklah pasal panas giler). Hari Khamis pun cerah terang benderang. Raya pertama, pagi ada sedikit hujan tap tap tap je. Tengah hari sampai ke malam, cuaca elok. Pagi raya kedua, cuaca elok. Tengah hari sikit hujan, agak lama lah jugak. Petang hingga malam, cuaca ok. Ahad, ada sedikit hujan lebih kurang pukul 3 pagi. Paginya cuaca cerah hinggalah aku keluar dari sempadan negeri Kelantan. Masuk Genting terus hujan.

selepas tol Bentong, 11 jam jem..hmmmm

Advertisements

Terkini

Dalam excited nak pulang beraya haji kat kampung, aku risau jugak sebenarnya. Dengan cuaca hujan tak henti-henti di kampung, harap tak de masalah aku balik nanti. Untuk anak-anak di rantauan boleh refer web site ini dan klik “ebanjir” untuk lihat berita terkini.

Boleh tengok jalan-jalan yang ditutup dan laluan alternatif kat situ. Laporan setakat hari ni, 23/11/2009: jalan tutup. So far jalan nak ke rumah aku belum di tutup.

Rabu, 25/11/2009 aku bertolak, harap-harap selamat perjalanan. Baju dah masuk dalam beg banyak sebab musim hujan confirm basuh baju tak kering πŸ˜› .

Laporan dari DUKE

Excited actually tunggu event ni sebab lepas Jacob’s Walk of Life, aku dah tak join event-event macam tu. Pergi ambil kit race di ofis FTAAA, Wisma OCM, aku rasa macam student yang nak ambil bahagian dalam lumba lari πŸ˜€ . Diorang bagi nombor, pin, tshirt, muscular balm, Salonpas dan topi.

Carpool dengan Miza, dia parking kereta kat rumah aku. Sedang tido nyenyak, Miza call around jam 6 pagi. Aku dengan mamai jawab call sambil dalam hati tertanya-tanya apsal la Miza ni call. Aku tak sedar alarm pukul 5.30 rupanya πŸ˜› . 2012 punya pasal la ni. Tengok wayang sampai pukul 12 tengah malam, pukul 1 baru tido.

6.30 baru gerak, jumpa Mekda di ofis aku, dan terus ke Highway DUKE. Nasib baik malam tu sempat aku google map, so tak de sesat ok πŸ˜‰ .

Acara untuk kategori A,B,C,D,E dan F dilepaskan dulu. Jadi, aku dan Amy dalam kategori G (acara jalan kaki) relax-relax ambil gambar lah dulu kan . Cuaca redup je, rintiklah sikit. Dalam 10 minit or kurang, dah ada yang tiba di garisan penamat. Fuhhh laju giler lah you lari incik,

Lebih kurang setengah jam kemudian, start acara jalan kaki, aku dan Amy bersungguh-sungguh jalan laju walaupun tak de medal. Tapi kan 1 km tu dekat sangatlah, serius tak berpeluh langsung! Dengan cuaca ala-ala sedap untuk tido tu, rasa macam alaa dah sampai ke πŸ˜€ . Habis acara, pergi collect roti dan 100 Plus free, pusing-pusing tengok kereta yang diorang makeup cun-cun tu, ambil gambar sana sini, dan balik.

Oh ya, saya sudah daftar untuk event 1 mile Dash:Β  New Year Bash itu πŸ™‚ . Siapa-siapa yang belum, sini ye

Ok, jom layan gambar di highway DUKE πŸ˜‰

yes i am πŸ™‚

team puchong/balakong πŸ˜€ . credit Deida

say 1 Malaysia!

go!

1 malaysia jugak nih πŸ™‚

tidak, saya tak dapat medal ni

tahniah semua!

Projek 1: Pawprint Washcloth

Aduhhh sakit mata tengok ni. Tapi aku maafkan lah sebab ini hasil knitting pertama aku πŸ˜€ . Terlalu excited mengait, sampai tak aware dengan kecacatan yang bakal ditempuhi. Aku ambil corak ni dari sini

Perkara-perkara yang buat sakit mata aku πŸ˜€ :

1) Senget
Sepatutnya, washcloth ni memang sesuai untuk beginner sebab ianya sangat simple dan confirm jadi la 4 segi tu. Tapi washcloth yang aku buat ni senget sebab tak berhati-hati dengan kiraan stitch setiap row. Sedar-sedar stitch bertambah. Stitch kat sini aku boleh kata sebagai column lah kalau dibayangkan dalam bentuk grid.

2) Gelembung di beberapa tempat
Ini aku tak pasti kenapa, tapi mungkin sebab bilangan stitch tu jugak rasanya.

3) Corak pawprint tak menjadi (salah satu jari tu macam patah :P)
Corak terhasil berdasarkan susunan knit(K) dan purl(P). Knit: corak timbul, Purl: corak rata. Contoh untuk corak di atas,Β  susunannya:

Cast on 36 stitches

1-4:Β  Knit across
5:Β  k3, p30, k3
6: (and all remaining even numbered rows) knit across
7-8: repeat 5 & 6
9:Β  k3, p13, k4, p13, k3
11: k3, p11, k8, p11, k3
13: k3, p9, k12, p9, k3
15: k3, p9, k12, p9, k3
17, 19, 21 & 23:Β  k3, p8, k14, p8, k3
25: k3, p9, k12, p9, k3
27: k3, p10, k10, p10, k3
29: k3, p5, k3, p3, k8, p3, k3, p5, k3
31: k3, p4, k5, p3, k6, p3, k5, p4, k3
33: k3, p3, k6, p4, k4, p4, k6, p3, k3
35: k3, p3, k5, p14, k5, p3, k3
37: k3, p3, k4, p3, k3, p4, k3, p3, k4, p3, k3
39: k3, p4, k2, p3, k5, p2, k5, p3, k2, p4, k3
41 & 43: k3, p9, k5, p2, k5, p9, k3
45: k3, p9, k4, p4, k4, p9, k3
47: k3, p10, k2, p6, k2, p10, k3
49-54: repeat rows 5 & 6
55-57: Knit across
Bind off

Susunan knit(K) dan purl(P) di atas berdasarkan 36 stitch. Kalau ditambah K dan P setiap row jumlahnya 36.

Contoh:
row 9: K3, P13, K4, P13, K3 = 3+13+4+13+3=36

Jadi, bila bilangan stitch bertambah, kalau aku terus ikut susunan di atas, confirm coraknya lari. Kecuali lah kalau aku ubah balik susunan untuk sesuaikan dengan bilangan stitch yang bertambah tu.

4) Bind off
Bind off ni kita buat bila nak tamatkan knitting tu. Kira dah siap lah. Nampak tak ada ekor dan benang lebih kat hujung bertentangan tu. Sepatutnya kena anyam masuk balik dalam border tu, tapi sebab aku tak de jarum yang sesuai, so aku biar je lah dulu.

Next project: Skaf/mafla πŸ˜‰

Mencari konklusi

P1040018

boleh nampak tak corak yang timbul tu???? best!best!

Malam ni aku diselubungi misteri semasa mengait. Dahla sambil tengok Tower 13 yang mana aku pening dengan misteri yang cuba dirungkaikan sebab malam ni episod akhir dan aku jarang sangat tengok sebelum ni.

Misterinya ialah apabila stitch yang aku buat tiba-tiba bertambah. Asalnya untuk towel dapur tu perlu 36 stitch saje, masuk row ke-3 dia bertambah jadi 37. Aku biar je, tak peduli pun. Malam ni, masuk row ke 30, stitch tu dah jadi 40!Β  Habis corak kat tengah tu senget. Aku masuk dalam forum knitting ni, cari-cari topik. Rupanya bukan aku saje yang mengalami misteri itu. Ramai beginner lain yang menerima nasib yang sama :D. Ada yang dari 15 stitch bertambah jadi 25 stitch πŸ˜€ . Yaaa you are not alone πŸ˜‰

Setelah baca mengapa ada pertambahan stitches di situ, setakat ini konklusinya ialah:

1) Tiada tumpuan terhadap benang yang dikait. Kesilapan jarum masuk ke lubang dan kedudukan benang di atas atauΒ  di bawah jarum boleh menambah bilangan stitches dengan tiba-tiba.

2) Mengait terlalu laju. Sehingga lupa bilangan. Ye lah excited lebih kannnnn

Jadi, salah satu cara untuk dapatkan balik bilangan stitch yang betul ialah boleh kait 2 stitch sekali gus.

Nanti aku akan compile punca-punca dan cara mengatasi yang lain. Belum habis baca lagi πŸ˜€