Resipi: Puding Roti

P1040014

Salah satu feveret aku. Sejak ma ajar resipi ni, pantang tengok ada roti kat rumah, mesti aku buat. Selain sedap, puding roti ni senang giler nak membuatnya. Bancuh, koyak, rendam dan bakar! Siap. Ada macam-macam jenis resipi puding roti, tapi yang aku letak ni yang ma ajar lah, yang senang.

Bahan:

Roti (aku guna roti 4 segi. Roti-roti lain boleh jugak kot)
Santan (agak-agaklah tak cair tak pekat bila bancuh dengan air)
Telur 1 biji
Tepung 1 sudu besar
Gula (ikutlah nak manis macam mana)
Garam sikit

Cara:

1.Masukkan semua bahan kecuali roti ke dalam loyang dan kacau hingga rata.

2.Koyak roti ikut saiz yang korang suka dan masukkan ke dalam loyang. Agak-agak padat, ok lah tu.

3.Boleh bakar sekarang! Suhu tu ikutlah oven korang macam mana, aku buat 200 darjah celcius dan bakar selama 45 minit.

Aku suka makan suam-suam gitu. Alaaa macam kat hotel tu, yang periuk dia masih ada api dibawah, pastu makan pulak dengan susu, perghhhhhh…lazat! Untuk susu tu, aku tak pernah buat pun. Ada jumpa resipi kat sini

1 cawan susu
2 sudu makan mentega
1/3 cawan gula pasir
1 sudu teh vanila
1 sudu makan tepung gandum
Secubit garam

Satukan kesemua bahan ke dalam periuk dan panaskan sambil dikacau sacara berterusan sehingga mendidih anggaran selama 3 – 4 minit. Tutup api dan biarkan sejuk sedikit sebelum disajikan bersama puding roti.

3 thoughts on “Resipi: Puding Roti

  1. Ibu Farish 13 November, 2009 / 2:57 am

    mmg sedap!!!

  2. gerbera 16 November, 2009 / 11:20 am

    sila bawa contoh puding roti anda ke Broga bulan depan ye

    • whooz 16 November, 2009 / 1:34 pm

      beresss!

      weh kita ni nak mendaki ke nak pot luck..ehehhehhe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s