Bukan mimpi

aku dapat no 14. Hehehehhee giler laaaa mimpi aku betul-betul jadi

Dalam entry kelmarin:

….Semalam aku dah siap mimpi aku dapat nombor 14 (medal hanya diberi hingga nombor 20 saje). Syok gilerrrr. Deida dan Miza (realitinya dia tak join pun, tapi masuk dalam mimpi aku) dah lama sampai. Diorang la yang tunggu aku dan Amy di garisan penamat. dan bagi medal kat kitaorang.Β  Amy dapat no 18 …

Yang bezanya Amy dapat no 19. 19 orang je pun yang lari tadi. Sah-sah semua orang dapat medal :D. Laju gilerlah diorang ni lari. Aku nak pecut awal-awal confirm aku cepat penat, jadi, aku maintain je lah lari-lari manja. Tapi bila makin ramai potong aku, aku mula buka langkah. Tapi tak leh kejar diorang lah. Laju macam apa je lari. Mekda terus ilang (dia dapat nombor 6). Aku lari non stop dari garisan mula hingga depan SSF. Pastu tetiba sengal-sengal kat perut, aku pun jalan.Β  Tapi bukan jalan lenggang kangkung, aku jalan macam orang nak lumba jalan kaki. Actually aku target nak potong sorang pempuan ni. Dia jalan rilek je. Nak dekat sampai ke dia dan aku pun dah nampak belon garisan penamat, aku pun terus buka langkah. Sebelum potong pempuan ni, aku tak tau aku orang yang ke berapa di belakang. Tak nak tengok sebab takut aku yang last :P.

Sampai di garisan penamat, orang yang jaga tu bagi kertas ada nombor, “14”. Aku macam terkejut ada, nak gelak ada. Lepas ambil medal, tak sabar-sabar aku nak tunggu Amy sampai. Dia dapat no 19. Sipi-sipi gitu nak sama dengan yang aku mimpi.

Lari sikit orang ni, bestnye confirm kita boleh dapat medal la kan. Tapi yang tak best nye kalau yang sikit tu, semua laju-laju dan kita tertinggal sorang-sorang kat belakang πŸ˜› .

Apa pun, best la lari malam-malam ni. Tapi untuk Putrajaya Night MarathonΒ  Febuari 2010 ni, berfikir-fikir lagi nak masuk ke tak πŸ˜€

semua orang adalah pemenang, yeayyyy!

kesemua kami malam itu

Advertisements

2010 (bukan coming soon movie)

Beberapa jam sebelum detik 12 malam, aku bakal mencipta sejarah. Sejarah buat diri sendiri. Berlari di malam hari di jalan raya bermula dari Jalan Doraisamy dan melalui depan SOGO menuju ke Dataran Merdeka. 1 perkara yang aku dah lama aku teringin nak buat πŸ˜‰ . Semalam aku dah siap mimpi aku dapat nombor 14 (medal hanya diberi hingga nombor 20 saje). Syok gilerrrr. Deida dan Miza (realitinya dia tak join pun, tapi masuk dalam mimpi aku) dah lama sampai. Diorang la yang tunggu aku dan Amy di garisan penamat. dan bagi medal kat kitaorang.Β  Amy dapat no 18 . Hahahahhah..giler lah, excited sampai masuk mimpi. Tak pe lah, ditakdirkan malam ni tak dapat medal kan, at least aku dah merasa dalam mimpi semalam πŸ˜› . Jadi kawan-kawan, yang kebetulan ada di SOGO jam 8.30 malam ni, jika nampak pelari bernombor F1803, afundi saya ya!

details

Esok pagi-pagi (harap-harap malam ni tak cedera), aku dan kakak akan terus ke Rompin. Cuti-cuti Rompin di rumah Kak Ngah. Ada apa ye di Rompin?

Sudah tonton

..makhluk biru di dunia biru. Aku rasa nak tengok sekali lagi. Maybe 3D pulak. Diorang war-warkan 3D best giler. Tengok yang biasa pun dah best. Tapi kan, aku ada jugaklah terlelap. Ngantuk giler. Siangnya penuh aktiviti ke sana sini, malam pukul 9.30 wayang start. Sila jangan marah tensen-tensen bagi yang nak tengok sangat Avatar ni tapi tak dapat, aku pulak dah dapat seat baik punya pergi tidor πŸ˜› . Keseluruhan jalan cerita aku dah faham, merata-rata dalam internet orang bagi review dan sinopsis kan. Satu jalan cerita yang simple tapi dikembang sekembang-kembangnya. Kalau aku tengok sekali lagi, aku nak enjoy the scenery yang AMAT cantik di PANDORA itu. Rasa nak pergi holiday di sana πŸ˜‰ .Β  Walaupun makhluk-makhluk di Pandora tu pelik-pelik tapi comel. Ok, sesiapa yang belum tonton, boleh la intai-intai tiket tu πŸ˜‰

sumber

Musim orang berbahagia, berkasih sayang

Musim cuti sekolah, sama lah jugak dengan musim makan free πŸ˜€ . Tapi harus keluarkan sikit duit untuk minyak kereta (macam bukan makan free la kan). Tapi aku tak kisah pun. Nama pun jemputan, pergilah kalau tak de halangan atau darurat kan. Hari Krismas, aku ke Senawang. Menghadiri majlis nikah Akim, adik sahabat baik dari Jitra. Macam tengok budak-budak main kawen-kawen. Sebab budak berdua ni macam budak-budak betul lah. Time jawab apa yang tok kadi tanya, macam present dalam kelas. Macam tengah jawab soalan KAFA kat sekolah-sekolah dulu (KAFA kot, lupa lah). Selamat berbahagia ye πŸ˜‰

Suka pelamin ni. Tapi kaler kuning tu macam tak masuk lah. Ya saya tahu lokasi kejadian di Negeri Sembilan πŸ™‚

Gift tetamu paling comel pernah aku dapat. Oooo simboliknye dah ready nak jadi mummy dan dady ye

Itu kisah kawen, ini kisah bertunang pulak. Cik ofismate dah selamat bertunang dengan pilihan hati orang Perak. Yang penting, makan sedap! Aku dah tau dah, kalau ada majlis apa-apa kat rumah Cik Mun, makan confirm sedap lah. Selamat berbahagia ye πŸ˜‰

Suka tepak sirih ni. Sungguh Melayu πŸ˜‰

Terbayang-bayang

..anak kucing comel kaler oren sedang menggelupur di tengah-tengah jalan raya di hadapan One Utama. Ishhh aku asyik terbayang je nih. Nasib baik aku tak langgar dia. Kalau tak confirm aku tak senang hidup.

Al kisahnya, petang kelmarin dalam pukul 3 pm aku dalam perjalan balik dari One Utama. Jalan depan OU tu kan busy, tak kira la menuju ke KL atau ke OU. Lepas aku belok ke kanan menuju ke KL dari bawah flyover, aku memang pecut lah. Tetiba aku nampak bende kaler oren berbaring bergerak-gerak. Dah dekat baru aku sedar itu anak kucing! Nasib baik aku sempat lalu tengah-tengah atas kucing tu. Adik aku kata kereta depan aku yang langgar dia 😦 .  Kesian wehhh, tak tau apa nasib dia sebab kereta semua laju-laju. Kalau jalan clear, konfirm aku dah stop ambik dia, dan bawa pergi klinik haiwan Cik Yaslyn.

Sedih laaaaaaaa 😦

Selamat Tahun Baru :)

Malam (17/12/2009)

Fuhh menang jugak Malaysia. Jem teruk giler hari Khamis tu, sebab semua orang nak balik tengok bola ke? Berbaloi lah sebab menang kan. So Zaquan, pasni boleh meminang Ayu lah πŸ˜€ . Sure dapat bonus berganda-ganda ni πŸ˜‰

Pagi (18/12/2009)

Semangat beb pergi joging kat Kelab Tasik Putrajaya. Angin bersepoi-sepoi macam tepi laut. Kebetulan ada persiapan wedding. Bestnye outdoor wedding πŸ˜‰ . Sepanjang trek, ada deretan banglo. Hmmmm bestnye kalau dapat tinggal kat situ. Buka pintu, nampak tasik. Ya Allah, Kau penuhilah impian aku nak kerja goment dan tinggal di Putrajaya. PTD pun ok la..ahaks πŸ˜€ . Aku rasa macam best je kalau dapat dok di Putrajaya tu. Macam cool je ;).

Tengahari (18/12/2009)

Lunch di Seoul Garden, One Utama. Best!