Kisah ikan keli

Aku suka makan ikan keli. Tapi selama aku hidup 29 tahun, selama aku hidup sendiri-sendiri di KL ni lebih kurang 6 tahun, sekali pun aku tak pernah masak ataupun beli ikan keli mentah. Sebab aku takut kena gigit dan aku geli nak pegang badan dia yang licin meliuk lintuk๐Ÿ˜€ .

Tapi kemarin masa shoping barang dapur di Econsave, tetiba rasa nak beli lepas tengok satu couple tu, isterinya ceduk ikan keli dengan bakul, suaminya pegang plastik tadah. Keduanya sambil gelak-gelak. Agaknya sambil ceduk sambil fikir, kalau ikan keli terlepas atas lantai, nak kejar tak๐Ÿ˜€ . Romantiknyeee (hekkk, itupun romantik :P) . Lepas couple tu, sorang perempuan ni, cool je sorang-sorang ceduk ikan keli. Banyak, lebih 10 ekor aku kira.ย  Kemudian, giliran aku pulak. Tapi aku tak nak ceduk, nak pegang plastik je. Kakak (adik aku, aku panggil kakak) yang ceduk. Lebih kurang 5 minit pertama, sekor pun tak dapat. Tengok akak tadi senang je, sekali ceduk 3-4 ekor dia dapat. Dah nak surrender dah, tiba-tiba dapat 2 ekor, terus masuk plastik dan terus pergi timbang. Cukuplah 2 ekor๐Ÿ˜› .

Mungkin untuk masa akan datang kami akan cuba untuk dapatkan lebih dari 2 ekor. Kalu beli kat pasar, tak yah ambil sendiri kan, tapi nak thrill punya pasal๐Ÿ˜› .

Pinjam gambar dari Puan Sarimah๐Ÿ™‚ . Kegemaran aku keli masak sambal dan keli bakar..nyum!

ape sebenarnya motif entry ni ditulis? nak bagitau yang aku pernah beli ikan keli eh?๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€

15 thoughts on “Kisah ikan keli

  1. mun-e 7 December, 2009 / 11:35 am

    sedapnya keli masak sambal. kegemaranku jugak huhu
    oh hrp balik rumah ni mak masak ikan keli :p

    • whooz 7 December, 2009 / 2:00 pm

      tak aciiiiiii mak masak๐Ÿ˜›

  2. liza@kurut 7 December, 2009 / 11:36 am

    aku pun suka!! aku hanya akan beli kalau tukang jual tuh boleh siangkan sekali utk aku.. sbb aku geliiiii..

    • whooz 7 December, 2009 / 2:02 pm

      ishhh geliiiiii..kat econsave tu dia potong kepala pastu buang perut je. balik rumah aku potong-potong sambil jerit “geli..geli..geli!”…hahhahahaa

  3. Ibu Farish 8 December, 2009 / 1:35 am

    jarang sgt mkn ikan keli… tp dulu nenek aku masak..sedapp!!!

    • whooz 10 December, 2009 / 9:27 am

      kalau macam mak hang masak sambal, aku boleh imagine sedap dia๐Ÿ™‚

  4. gerbera 8 December, 2009 / 2:40 am

    Ikan air tawar yg aku suka hanyalah ikan talapia. Goreng /masak berlada mcm ikan keli ni.

    Aku orang Temerloh Bandar Ikan Patin, tapi aku tak makan ikan ni.

    • whooz 10 December, 2009 / 9:25 am

      ajaklah aku balik kampung ko, mkn ikan patin free๐Ÿ˜› . aku suka gulai tempoyak ataupun goreng macam tu je…part lemak dia perghhhhh

    • whooz 10 December, 2009 / 9:26 am

      ajaklah aku balik kampung ko, boleh mkn ikan patin free๐Ÿ˜€ ..aku suka masak gulai tempoyak ataupun goreng macam tu saje. part lemak dia, perghhhhh!

  5. nedli 8 December, 2009 / 10:00 am

    bestkan ikan keli… (^^i)

    tp saya x geli.. cuma was-was tang nak buang darah kat pipi dier tue.. takut kang silap jadi hanyir.. huhuhu..

    keli masak lemak cili api lagi best.. kuah pekat-pekat then masak sekali ngan daun pokok puding mangkuk (amik yg pucuk atau yg lembut).. best tp resepi x ingat hahahha sbb selalunyer macik yg masakkan.. kitorng tukang makan jer..

    • whooz 10 December, 2009 / 9:24 am

      ned, masak pastu letak resipi kat blog eh๐Ÿ˜€ . sedap tussss

  6. nhalilah 9 December, 2009 / 12:13 am

    whooz.. tetiba melompat2 blog terjumpa blog ko..
    citer pasal ikan keli ni… hehehe.. kite pun suka gaks.. tp balik kg raya haji baru ni ayah beli 12 ekor ikan keli sangkar.. then baru tau nak matikan ikan keli ngan tabur garam kat ikan tu.. selama ni mcm ko gaks melompat + menjerit nak potong ikan tuh.. pastu nak buang lendir dia basih ngan ait asam jawa… hahaha.. skrg dah tau taktik.. but belum apply jek..

    • whooz 10 December, 2009 / 9:22 am

      oo tabur garam..orait2…๐Ÿ˜‰

  7. us 9 December, 2009 / 4:57 am

    ikan keli…..faveret hb aku…ikan keli ni, syok klau goreng garing…krup krap…cuci bersih2….rendam dlm air campur cuka sebelum grg…

    • whooz 10 December, 2009 / 9:22 am

      rendam air cuka utk apa? utk garing ke?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s