Bukan mimpi

aku dapat no 14. Hehehehhee giler laaaa mimpi aku betul-betul jadi

Dalam entry kelmarin:

….Semalam aku dah siap mimpi aku dapat nombor 14 (medal hanya diberi hingga nombor 20 saje). Syok gilerrrr. Deida dan Miza (realitinya dia tak join pun, tapi masuk dalam mimpi aku) dah lama sampai. Diorang la yang tunggu aku dan Amy di garisan penamat. dan bagi medal kat kitaorang.  Amy dapat no 18 …

Yang bezanya Amy dapat no 19. 19 orang je pun yang lari tadi. Sah-sah semua orang dapat medal😀. Laju gilerlah diorang ni lari. Aku nak pecut awal-awal confirm aku cepat penat, jadi, aku maintain je lah lari-lari manja. Tapi bila makin ramai potong aku, aku mula buka langkah. Tapi tak leh kejar diorang lah. Laju macam apa je lari. Mekda terus ilang (dia dapat nombor 6). Aku lari non stop dari garisan mula hingga depan SSF. Pastu tetiba sengal-sengal kat perut, aku pun jalan.  Tapi bukan jalan lenggang kangkung, aku jalan macam orang nak lumba jalan kaki. Actually aku target nak potong sorang pempuan ni. Dia jalan rilek je. Nak dekat sampai ke dia dan aku pun dah nampak belon garisan penamat, aku pun terus buka langkah. Sebelum potong pempuan ni, aku tak tau aku orang yang ke berapa di belakang. Tak nak tengok sebab takut aku yang last😛.

Sampai di garisan penamat, orang yang jaga tu bagi kertas ada nombor, “14”. Aku macam terkejut ada, nak gelak ada. Lepas ambil medal, tak sabar-sabar aku nak tunggu Amy sampai. Dia dapat no 19. Sipi-sipi gitu nak sama dengan yang aku mimpi.

Lari sikit orang ni, bestnye confirm kita boleh dapat medal la kan. Tapi yang tak best nye kalau yang sikit tu, semua laju-laju dan kita tertinggal sorang-sorang kat belakang😛 .

Apa pun, best la lari malam-malam ni. Tapi untuk Putrajaya Night Marathon  Febuari 2010 ni, berfikir-fikir lagi nak masuk ke tak😀

semua orang adalah pemenang, yeayyyy!

kesemua kami malam itu

13 thoughts on “Bukan mimpi

  1. mun-e 1 January, 2010 / 3:21 am

    aku x caye 19 org je yang masuk??? biar betik??

    tapi bagus lah sume dapat medal yay! beshnya ^^

    • whooz 1 January, 2010 / 5:05 am

      ye ut kategori pempuan 27-35 tahun, 19 og je masuk..hahahahhaha..kategori2 lain pun x ramai…aku rasa semalam majoriti dapat medal hihihihiihi😀

  2. gerbera 1 January, 2010 / 2:50 pm

    huiyooo. …tahniah. Kalo aku masuk sure x dpt no 20 pasal dah lama x training.haha

    • whooz 5 January, 2010 / 5:28 am

      terima kasih kerana mengundi saya😀

  3. ezza 3 January, 2010 / 4:00 am

    mek, mid month neh ada perancangan nak gi berkelah kat lubuk petai (area lebih kurang tempat yg kita gi gunung datok tu).

    tapi katanya cantik dan takde org. tambahan lak kena jalan dulu (ala-ala hiking) 30mins baru sampai ke situ. jom pergi nak? dah lama tak beraktiviti riadah kita neh… huhuhuh

    • ezza 3 January, 2010 / 4:00 am

      eh cemerlang tul aku, tak ucap tahniah pun.. TAHNIAH BEB. tak sia-sia mimpi dapat medal..kekeke

      • whooz 5 January, 2010 / 5:25 am

        terima kasih kerana mengundi saya

  4. deidaa 4 January, 2010 / 12:48 pm

    Huzz- aku pon 1st time daaa lari pecut psl nya aku tgk semua org lari laju.. xkan aku nak lari mcm besa (mcm aku jogging tu).
    Aku bnyak jln je acceli mlm tu.
    Aku tgk pempuan kat belakang aku tu pecut.. aku lari gak, takot jd org last ekkekeke.
    (tp kalo race 5km.. xkose aku lari laju.. penat weh).

    Aku dah reg. yg putrajaya night marathon tu,
    tp aku xsure blh gi ke x sbb nya opismet aku kawen kat johor daaa! Kalo xgi.. aku join ah.
    Meh ah join.. mmg la penat weh.. penat jap je pastu ok je!
    Mana ada lari xpenat.. mlm tu aku hampir muntah masa ko xsmpai lg tu weh akkakaka!

    • whooz 5 January, 2010 / 5:25 am

      minggu tu ma aku datang la, kot dia ada program lain😀. so macam x bley join je

  5. irjune 5 January, 2010 / 2:26 am

    huzz…ini namanya mimpi menjadi kenyataan. kiranya statement tu boleh digunakan la. hahhahah..anyway congrate beb..

    • whooz 5 January, 2010 / 7:53 am

      yup, aku dah buktikan statement itu bukan omong semata..hahahahah

  6. Ibu Farish 5 January, 2010 / 6:34 am

    laaa 19 je yg masuk…..hahahaha

    tp xpelah..medal tu cntik laaa

    • whooz 5 January, 2010 / 7:54 am

      hehehhe tu la pasai..jalan kaki pun boleh dapat medal..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s