Aku lupa bawa balik baju-baju/topi/headband Riana :(

Di kampung sudah. Jalan lengang giler. Mesti ramai plan nak balik Chinese New Year. Walaupun bertolak agak lewat, tapi aku still sampai macam bertolak pukul 4.00 pagi. Tadi keluar pukul 4.45 tapi sejam berikutnya masih berlegar-legar di MRR2 sebab mencari klinik 24 jam. Kakak tiba-tiba kena sengat serangga unknown. Kejap je dah mula bengkak. Aku takut ular je. Call Nani, Eza dan Murni tanya mana klinik buka 24 jam kat area rumah diorang sebab rumah diorang on the way aku balik kampung. Kesian diorang jawab telefon mamai-mamai 😀 . Cik Mun siap rasa macam mimpi lagi. Hehehehhe. Anyway, thanks ye korang 😉

Si kecik ni tidur je. Usik-usik pun tak mau bangun. Geram. Mungkin dia nak stay up malam ni. Jagaaaa…

Advertisements

Riana cakap thank you aunty :)

.. untuk hadiah yang sangat cute. Headband tu, sangat cute, rasa macam nak pakai. Tapi kalau aku pakai, sure buruk 😀 . Ini hadiah dari aunty Yani dan Aunty Nara.

Sungguh geram kan kalau pergi kat bahagian baju kanak-kanak kan. Rasa macam nak borong semua. Aku perhatikan sekarang baju baby terutamanya, dah pelbagai color la. Tak de la asyik putih/biru/pink je. Purple ada. Cyan pun ada. Coklat, Grey, Silver, Oren dan banyak lagi lah. Bagus lah, kalau tak bosan tau nak beli baju baby kaler sama saja. Tapi harga agak melampau kan. Tunggu sale baru dapat baju sehelai rm5 😀

Rezeki anak

Orang kata kalau dah kahwin, ada rezeki kahwin

Kalau dah tunang, ada rezeki tunang (yang ni jarang sangatla dengar)

Kalau dapat anak, ada rezeki anak

Kalau dapat anak buah, ada rezeki anak buah ke?

Alhamdulillah adik aku dapat keje baru. Kalau dah tak de hati nak keje kat situ, elok bertukar angin kan. All the best my sis!

Muffin tak jadi

Satu petang, kononnya nak buat cucur setelah dapat pelbagai tips bagaimana untuk buat cucur yang garing di luar gebu di dalam. Tapi tukar last minit. Upgrade kepada Banana Chocolate Chip Muffins. Tapi hasil agak mengecewakan.Ini hasilnye

mari kita lihat gambar muffin dari tuan punya resipi

haaaa beza giler kan. Muffin aku tu perang semacam, pastu tak merekah pun. Actually ada la a few steps yang aku tak follow. Salah satu bahan ialah gula perang. Aku pergi beli gula merah 😀 . Pastu sepatutnya sebelum gaul telur dan tepung, kena buat bulatan di tengah-tengah tepung tu, aku tak buat pun. Terus main campur je. Degil. Hasilnya, sedap jugak wehhhh. Aku rekemen resipi ni kat korang. Sila buat!

dari tuan punya resipi

hai! nama saya….

saya lahir pada 24/01/2010 (sama bulan dengan nenek saya. Yeayy boleh celebrate besday sama)
saya lahir pada pukul 4.15pm di Kota Bharu Medical Centre, Kelantan
ibu saya nak pergi check je, tapi saya dah tak sabar-sabar nak keluar pada usia 30 minggu
jadi, di sini la saya!!!!!!!

saya tengah tunggu ciklong saya balik untuk ambil gambar cantik-cantik 🙂

aku hanya ada 4 hari untuk study tips ambil gambar baby 😛

Edited on 26/01/2010 – dah ada nama, Iris Addrianna Dania 🙂