Cuti-cuti: Rompin (1/01/2010-3/01/2010)

Bukannya holiday yang super best tapi cukuplah untuk lari dari hiruk pikuk ibu kota yang tak pernah padam itu (ayattttt!) . Dari KL pukul 8.30 pagi menuju ke Senawang, terus ke Kuala Pilah, terus ke Muadzam dan sampai la aku dan kakak di Kuala Rompin jam 1 tengah hari. Ngam-ngam lunch siap terhidang. Dari Senawang ke Kuala Pilah, aku lalu jalan baru Bukit Putus. Memang totally ‘putus’ lah bukit tu😀 . So tak de pening-pening lalu jalan bengkang bengkok. Tapi jalan Bukit Putus tu masih ada la, ada orang nak guna lagi ke? Atau tempat untuk drift😀 . Sampai di penghujung jalan baru tu, jumpa kawasan rekreasi Ulu Bendol dan Gunung Angsi (ooo kat situ rupanya G.Angsi).

Aku suka jalan ke Kuala Pilah. Kiri kanan kawasan rumah kampung. Ada rumah Minang cantek gilerrr. Diorang cat rumah tu, sebijik macam replika. Dengan laman rumah yang bersih, rasa macam nak pergi main teng-teng je depan rumah tu. Sori tak de gambar sebab aku belum belajar untuk jadi kameraman berani mati snap gambar ketika driving. Tapi aku perlahankan sketla kereta sebab nak sightseeing la konon dan akibatnya kereta-kereta kat belakang bengang sebab jalan agak berliku susah nak potong aku😛 .  Sebelum sampai ke bandar Kuala Pilah, aku nampak signboard ke Istana Seri Menanti. Wahh rasa macam nak belok masuk je. Aku memang suka tempat-tempat bersejarah gitu. Tapi sebab memikirkan, perjalanan tak tau berapa jauh lagi kan, so tak de singgah pun. Maybe next time. Lawatan sambil belajar😉 .

Jalan dari Kuala Pilah ke Rompin, AMAT bosan. Melalui felda yang berapa banyak felda tu,kiri kanan ladang kelapa sawit. TAPI in between tu kan, aku perasan kawasan hijau sebijik macam kat New Zealand! (macam la aku pernah pergi New Zealand ). Siap ada lembu-lembu putih sedang meragut rumput dan berehat-rehat okay. Gambar tak de la, cakap pun tak guna kan. Next time lah, tapi tak taulah next time tu lembu-lembu tu ada lagi ke tak.

Dipendekkan cerita, aku sampai di Kuala Rompin dengan selamat. Takde apa sangat buat kat sana. Pergi beli udang galah, makan laksa/laksam/cucuq ubi/ais kacang tepi Pantai Hiburan dan dinner di One Seafood Restraunt. Hasilnya, aku balik KL, berat aku bertambah 2 kg. Sekian.

kedai makan tepi Pantai Hiburan

layang-layang berdating di Pantai Hiburan

beli udang galah di rumah Mak Ngah

8 thoughts on “Cuti-cuti: Rompin (1/01/2010-3/01/2010)

  1. liza@kurut 7 January, 2010 / 10:21 am

    hari tu ada lalu bukit putus jugak masa anta adik ipar balik pahang.. masa tu construction tgh rancak… itu jalan bukit putus yang baru ke along? aku ingat yang lama tu la dia duk buat jadi baru.. rupanya memang jalan yg baru.. eee… takut lalu jalan bukit putus yang lama tu..

    • whooz 7 January, 2010 / 11:28 am

      ha yang baru tar baru, ada bendera di sepanjang jalan tu ye lah tu..

      bukit putus yg lama tu, rasa serik tobat dah tak mau lalu

  2. mun-e 7 January, 2010 / 11:37 am

    ngee~~ ko lalu kampung aku tu huzz ;p mekacih ye puji kampung i cantik😀

    • whooz 7 January, 2010 / 11:49 am

      oo kg ko eh??? nanti nak pergi lagi la, pergi kampung ko😛..bawa aku jalan2 kuala pilah..hehehhe

      • mun-e 9 January, 2010 / 3:43 pm

        bole bole no problem hehe

  3. ezza erisa 8 January, 2010 / 1:12 am

    [Sebelum sampai ke bandar Kuala Pilah, aku nampak signboard ke Istana Seri Menanti. ]

    kat sebelah kiri tu ada restoren warisan… kalau suka makanan negeri sembilan…heaven la makan kat situ.. seriusly dua kali aku gi.. tak menghampakan….nampak cam grand je..siap ada org nyanyi ghazal… tapi rege okei.. masuk akal dan sedap…

    [Next time lah, tapi tak taulah next time tu lembu-lembu tu ada lagi ke tak.]

    ayat ne sungguh membuatkan aku rasa nak gelak.. lawak aa mu huz…

    • whooz 8 January, 2010 / 1:28 am

      haa betul2, restoren kaler coklat tengah padang tu kan..suka tengok bangunan tu..wahh bleh aaa sapa2 nak open table sana😀

      • mun-e 9 January, 2010 / 3:44 pm

        ngee~ tiap kali blk kg, aku lalu kat situ tp xpenah g makan sane. sedap eh? nanti ajak mak try lah. hehe.

        sri menanti tu pon kg aku gak.. asal usul mak aku dr situ lah. hee. ade darah minangkabau aku ni😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s