Hiking di Bukit Ketumbaq

Lokasi: Bukit Ketumbar
Alamat: Ketumbar Hill, Jalan Ketumbar, Taman Cheras, 56100 Kuala Lumpur
Tahap susah senang: Tak susah sangatlah, sejuk tak kena matahari, ada juga part yang mendaki terus dan ada part yang menurun terus. Ok-ok saja😉

Bila Cik Ezza proposed Bukit Ketumbar untuk next hiking, macam biasa, google map la kan. Menariknya, jalan-jalan kat sana semuanya nama rempah ratus. Kenal ketumbar? Google la😛 apa lagi! . Daun ketumbar aku baru je kenal. Rupa macam daun sup tapi bau lain sket.

credit

Ok, balik pada kisah hiking. Kami start lebih kurang 8.50 pagi. 40-45 minit kemudian tiba di 1st view station. Mungkin kepada yang biasa tak lah sampai 40 minit. Tapi menjadi kami , haruslah berhenti-henti untuk sesi fotografi. Wajib ni sebagai bukti untuk anak cucu kelak😉 . Hingga 3 kali jugaklah aunty-aunty dan uncle-uncle kat situ ingat kitaorang ni student tengah buat projek. Ye lah, kitaorang je berkamera, bervideo dan berbeg bagai. Orang lain rilek je lepak bawa kayu sebatang je.  Semuanya ada 4 view station. Tapi aku pelik, view station ke-3 tak nampak pun signboard.

jalan masuk ke bukit

menurun

menaik

1st station

view before sampai 1st station

dari 1st view station

Lepak-lepak ambik gambar, kami terus lagi ke atas. Kalau nak patah balik, dah boleh dah kat situ. Sebab kat situ lah view paling cantik. Tapi kami ada misi lain. Nak cari outdoor gym (hasil google, ada orang cakap kat atas lagi ada tempat bersenam) .

2nd station

dari 2nd view point

Kali ni , trek agak mendaki. Penat jugaklah tapi yang bestnye, redup je, tak de can matahari nak gigit kepala dan kulit (apa daaaaa kata minat outdoor, tak suka panas plak😛 ) . Kemudian tiba di 2nd station. so-so je lah view kat sini. Lepak-lepak jap, teruskan lagi perjalanan. Miza terpaksa jalan dulu sebab ada urusan yang tak bleh tangguh lagi😀 . Lalu trek naik turun bukit, sampai konfius mananya gym tu, dah nak turun bukit dah ni. Tapi jumpa jugaklah akhirnya. Dari jauh dah nampak khemah kaler biru ni.

Lama lepak kat sana. Rasa macam berada di taman permainan🙂 . Macam-macamlah ada kat sana. Siapa punyala ye, baik hati betul setup tempat ni. Siap ada cermin dan jam🙂 .

dumbell tinggalan sejarah🙂

ni dah moden sket lah

hulahoop!

Ini kat mini garden, ada Doremon dan Tweety Bird😉 .

tak tau apa motif Doremon turut besenam di sini

tweety bird ni siap ada buaian lagi

Dah puas, kami turun. Trek turun, memang turun je lah. Tak de trek landai. Dalam perjalanan, jumpa rama-rama ini. Pandai posing untuk aku ambil gambar.

Lebih kurang pukul 11 sampai kat bawah.

Lepak kat kedai mamak, order air je, makan bekal yang masing-masing bawa. Lama jugaklah hinggakan ada mamat (gentleman habis la tu konon) datang kat meja, mintak no fon Cik Deida bagi pihak kawannya. Tapi brutal aahhh, takut kitaorang, terus bayar dan cabuttsss😀 . Menurut sumber yang dipercayai, Cik Deida mengalami gangguan emosi sehingga malam hari..hahahhahahahaha😀 .

akhir sekali, group foto tidak dilupa😉

11 thoughts on “Hiking di Bukit Ketumbaq

  1. gerbera 11 January, 2010 / 1:17 pm

    Hah..ada 4 view point ke?Nampak sangat aku tak sabar nak turun.
    Mcm ni mmg kena repeat lagi la ni. Kite buat tempat training utk KK

    • whooz 11 January, 2010 / 1:46 pm

      aku tak tau lah ada berapa tapi nya ada no 1,2, dan terus 4. Mesti ada 3 kan..eh tak pun kan, memang no 3 tak de..kan diorang tak suka no 3 kan??????

      ok jugak weh buat training KK…dekat pun dekat. lagi satu Bukit Apek tu, aku baca ada orang buat training KK juga kat situ

  2. mun-e 11 January, 2010 / 1:30 pm

    beshnyaaaaaaaa nak g jugak!

    • whooz 11 January, 2010 / 1:47 pm

      jom murni join..next kami nak ke Bukit Apek, area Cheras jugak. Sana ada air terjunnnnn😉

  3. deidaa 11 January, 2010 / 4:08 pm

    Eh bkn ke Chineese xsuka no. 4?
    No. 3 ok je aku rasa😛

    Weh pehal pulak tunjuk gambo muntot aku ni?
    Xsenunuh nya mu nih huzz hahahah.

    Ahahah jiwa aku kekacauan lah sejak kes mintak no. tipon tu :))

    • whooz 12 January, 2010 / 12:22 am

      eh ha’a nombor 4 la..hahhahaha..jadi, misteri kehilangan no 3 masih tak terjawab lah ni..

      gambar tu blurr lah..tu aku letak je😛

  4. zuesaran 12 January, 2010 / 3:46 am

    adik aku pnh buat hal..masak sup letak daun ketumbar..satu umah bau daun ketumbar @ daun 5 muharram..(daun 5 muharram tu akuu n kwn aku yg letak, pasal bau yg tak tertahan busuknya.)hahaha

    • whooz 12 January, 2010 / 3:56 am

      1st time dengar org panggil daun 5 muharram. apsal?

  5. ezza erisa 12 January, 2010 / 7:49 am

    thank you for the info.

    aku pun tak tahu daum ketumbar camtu.. silap2 selama neh aku pakai daun tu buh dalam sup… hahah
    ahaha.

  6. miyoko 1 April, 2010 / 12:24 am

    hello can i have the actual location ?
    coz i also cant find out the place BUKIT KETUMBAR HILl ?
    my email.is chan_sookyee@yahoo.com.hk

    Tq .. ^^

  7. razimokhtar 7 April, 2011 / 7:12 am

    salam …nak tanye..kami nak naik dari cheras tu dari cheras hartamas ke?….bole kasi info sikit tak?..tq

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s