Bukit Apek

Lokasi: Bukit Apek, Taman Cuepacs, Cheras
Tahap susah-senang: Ada susah, ada senang. Boleh pilih
Landmark: Econsave Segar Perdana (ikut signboard Taman Cuepacs, kemudian ikut signboard Econsave Segar Perdana, jumpa Shell belah kiri dan belok kanan untuk ke Bukit Apek. Insyaallah jumpa 😉 )

Ini Siri 2 Bukit Apek. Siri 1 dulu aku malas nak blogkan. Boleh baca kat Cik Ezza dan Cik Miza.  Apa yang best kat Bukit Apek ni ialah waterfall dan Saga Summit. Waterfall ada 2, satu kecik satu besar. Dalam Siri 1 dulu, kami pergi yang kecik je.  Saiznya macam kolam renang kanak-kanak je tapi air cukup deras. Tengok sini untuk waterfall besar.  Kami mula agak lewat, 10.45 am. 2 jam kemudian baru sampai di Stesen 6. Trek tak sesusah Siri 1. Trek ke waterfall memang mencabar.

take 5 sebab braekfast yang agak berat, sampai rasa nak muntah

amy jalan dulu, kami follow

take 5 lagi 🙂

lagi 🙂

last take 5 before sampai summit

Dari Stesen 6, 30 minit kemudian sampai di summit.

tak ada apa sangatla yang best kat summit ni. View pun tak nampak sangat sebab dihalang pokok tinggi-tinggi. Tapi ada jugak yang best 😀

buaian! tak perlu berebut dengan kanak-kanak 😀

dan hammock yang best gilerr ni

Lama jugak lepak-lepak kat summit tu. Makan-makan, dengar khutbah Jumaat (boleh dengar dari masjid berhampiran). Pukul 2 lebih, kami turun. Ambil masa 1 jam setengah sahaja (lebih kurang). Mission completed!

Next kemana pula?????

Taman Saujana Hijau, Presint 11 Putrajaya

Kali ni aku nak promote lagi satu tempat menarik untuk beriadah, untuk melepaskan tension, untuk mengeluarkan peluh dan apa-apa la yang korang rasa nak buat kat atas bukit sana.

Taman Saujana Hijau ada 3 bukit kesemuanya. Kalau tak larat, tak perlu habiskan semua bukit, anda boleh exit di mana sahaja yang ada susur keluar, tapi nya mestilah exit di tempat yang dekat dengan anda parking (kalau datang dengan kenderaan la). Ataupun patah balik. Tapi aku suggest bagi yang pertama kali pergi, habiskan semua bukit tu.

Ini jalan masuk ke Taman Saujana Hijau. Ada banyak jalan masuk. Ini entry dari apartment di Presint 11. Sebelah entry ni ada deretan rumah-rumah.

Jalan masuk, kita akan lalu di tengah-tengah pokok ru (pokok ru kan ni namanya?)

Rasa macam dalam iklan Salem Cool Planet kejap

Habis laluan celah-celah pokok ru ni, kemudian kita akan jumpa trek sebenar ;). Yang tadi tu macam warm up je.

Macam ni lah treknya sepanjang-panjang habis 3 bukit tu. Amat selesa. Bagi yang nak hiking, sorry ini bukan tempatnya la. Kat sini nak joging, cycling, walking, chit-chat, snap-snap sambil ditiup angin sepoi-sepoi boleh la.

Apa yang kita boleh tengok dari atas bukit ni?

Jusco Equine Park


Lagi satu aku suka bukit ni, pokok-pokok banyak baru ditanam. View sebijik macam dalam Farmville. Pagar pun macam pagar dalam Farmville.

Macam mana nak datang sini? Ikut je signboard ke Presint 11, kemudian akan jumpa signboard ke Taman Saujana Hijau. Selamat beriadah 🙂

Jom naik tangga: KL Towerthon 2010

Jom ramai-ramai join KL Towerthon 2010. Lari/jog/jalan 800m – 1km then naik tangga 2058 anak tangga dan turun guna lift la :D. Aku pun tak pasti aku boleh buat ke tak tapi aku nak cuba 🙂 . Boleh juga sebagai training untuk climb Gunung Kinabalu nanti. Aku dah cuba naik turun 500++ anak tangga di Tasik Permaisuri Sabtu lepas. Hingga ke hari ini rasa lenguh di labu betis 😛 . Ok sesiapa nak masuk, sini borangnya.

KL Towerthon 2010
Menara KL
21 Mac 2010
8 am

Alah amboi-amboi..

Lemak Manis – Roslan Madun

Aku baru je dengar lagu ni. Adik yang rekemen suruh dengar dan aku suka! Masuk lagi satu lagu dalam list lagu-lagu rakyat favorite  aku. Muziknya buat aku rasa nak bangun menari (walaupun macam kayu). Liriknya penuh usik-mengusik teruna kepada si dara 😀 dan cara Roslan Madun ni menyanyi sangat lembut dan berbudi bahasa (iyo laaaa huzz apa ko merepek ni). Suka la!

Majlis

Abah siap buat kad jemputan untuk kawan-kawan ofis dia. Mak sedara abah cakap, biarlah. Happy tu dapat cucu. Macam biasa la, kalau ada majlis kat rumah aku, baik tak payah pakai cantik-cantik lah, sebab di belakang tabir jugak aku bertugas. 2 ekor kambing, 10 ekor ayam, dan berapa kilo daging lembu ntah, juadah untuk majlis tu. Ramai orang datang. Lauk ngam-ngam. Nasib baik aku makan siap-siap, kalau tak ada yang kempunan gulai kambing balik KL.

susahnya nak cari bungan telur murah. Simple macam gini pun 80 sen setangkai. Adik aku kata sapa suruh kawen lewat, semua barang dah naik harga

air zamzam, kurma, garam, gula, kismis semua benda ni tok imam letak kat mulut Riana, bagi dia rasa. Tapi Riana tidur lena tak ingat dunia

Riana with tok imam

selawat

Majlis hari tu hanya cukur jambul saja. Keesokan hari, barulah Riana bertukar wajah menjadi Shaolin 😀

Riana dengan Abg Pi (husband sepupu belah ma) sedang mencukur. Beliau sangat cekap handle baby

tadaaaaa! tak sabar nak tengok rambut baru Riana