malas!

boleh tak, tak nak April, nak terus Mei?

dia dah pandai tengok tv..macam faham πŸ˜€

dia dah pandai tengok orang, pastu kalau orang tu bangun pergi, dia tengok sampai hilang dari pandangan

dia makin pandai tengok lens kamera..heheheh yang ni ciklong suka πŸ˜‰

dia makin berat, dah 4.7kg. Ibu dia kata kalau nak naik otot, bolehla joging sambil dukung dia

gambar terbaru di Rompin, mak sedara dan anak sedara sama-sama cun!

SSK officially launch :)

Heheh gempak tajuk. Macam launch HSBB pulak πŸ˜› . Tapi tak de lah official mana pun..

Thanks Ezza create bende alah ni. Harapnya group ini tak kan berkubur macam tu saja. Walaupun tak semua kita boleh join dalam semua aktiviti, harap group ni akan terus bernyawa πŸ˜‰ . Esok-esok bila dah kawen ada anak, kita still boleh beraktiviti kan.

Untuk sesiapa sahaja, you are welcome to join us πŸ˜‰ . Dan kami juga ingin join aktiviti anda, please do invite us πŸ˜‰ .

The Climb :)

6 tahun tinggal di KL, akhirnya dapat jugak naik Menara KL. Boleh bagitau orang kampung ni πŸ˜€ .

7.30 pagi

Kali ni aku dan Deida je join. SSK yang lain semua ada hal. Kami dah sampai di tempat berkumpul tapi tiada parking. Event buat tengah bandar, memangla susah nak cari parking. Rupa-rupanya tempat tu betul-betul depan ofis Angah (abang Fir, kalo tak silap la. Ambank yg ada lampu bentuk unta besar gabak tu). Pusing-pusing jumpa kawasan parking. Orang yang menjaganya, mak aiii memang style Castelo habis. Macam gangster. Dia mintak bayar rm2. Murah kan :). Tapi rupa-rupanya ntah mat pet mana ntah tu. Bila nak balik, datang sorang uncle ni minta duit parking.Uncle tu cakap yang collect pagi tadi bukan orang dia. Hmmm bayar la lagi rm4. Ntah-ntah kan, diorang bersengkongkol. So hari tu diaorang dah dapat rm6. Siot je kan! (berfikiran jahat kejap πŸ˜› )

8.00++ pagi

1st kategori berlepas. Sebelum tu ada acara poco-poco sebagai warming up. Teringin nak buat tapi tak reti. 3 group peserta lelaki dah lepas, kemudian giliran kategori B (women open). Ramai. Aku suka sebab kebarangkalian untuk aku di tempat akhir tu tipis la kan πŸ˜€ . Missjewelz pesan jangan bawa apa-apa. Make sure lari tangan kosong, seringan yang boleh. Tapi sebab aku nak buat liputan sambil berlari kan, so aku bawa la jugak kamera. Berat, tak selesa. Time ni rasa macam nak beli kamera kecik sebagai backup utk event macam ni.

Lebih kurang 1 km pertama, kami kena lari naik bukit. Fuh..fuh..fuh..semput. Deida dah tinggal aku kat belakang. Tak pe, ramai lagi kat belakang aku πŸ˜› . Tiba pintu masuk menara, ramai penonton yang bersorak. Wahahahahha rasa glemer giler. Muka mesti buat-buat macho πŸ˜€ . Kami naik eskelator yang tak hidup tu, sehinggala sampai ke tangga dalam menara. Time ni semua orang berjalan. Aku nak start lari pun tak boleh. Sebab pack giler. Macam bersesak-sesak nak turun tangga time gempa kat Indonesia tu kan, haa sebijik la cuma yang ni menaik πŸ˜€ . Sudahnya aku jalan je. Betul cakap Misjewelz, kalau berjalan, lagi letih. Aku tak ingat sampai tingkat berapa, Deida kata dia nak turun, tak boleh terus dah. Ok, aku teruskan la. Sambil naik tangga, otak aku ligat ingat balik tips2 yg Missjewelz tulis dalam blog dia.Β  Jangan lari zig-zag. Aku dah lost count berapa tingkat kami dah panjat. Akhirnya jumpa water station yang pertama. Dapat air mineral dalam botol bentuk KL Tower. Kiut! Sesuai untuk pegang sebab kecik di bahagian atas.

9.00++ pagi

Masih struggle memanjat. Macam-macam gaya orang aku tengok. Ada yang terduduk, ada yang menyandar, ada yang terbongkok. Masing-masing macam nak putus nyawa.

Sebelah hati aku cakap “Apa kerja gila kau buat ni whooz?? Dah-dah turun, lif ada”.

Sebelah hati lagi berkata “Kau dah start, habiskan! Nanti kat Kinabalu kau sorang-sorang jugak. Tak de siapa nak tunggu, nak tolong kau”.

Ok-ok, aku ikut kata hati yg kedua tu πŸ˜› . Tiba di Level 10 water station, aku stop lagi. Bagi relaks-relaks kaki. Bernafas bagi elok balik. Tapi bila abang yang jaga air tu cakap, ada 10 tingkat lagi, uwaaaaaaa! rasa nak nangis ada. 1 level ni ada 6 atau lebih kali tangga berpusing. Setiap tangga ada lebih kurang 11 anak tangga. Nak patah balik, rugi laa. Dah jauh sampai. Tak pe, aku teruskan lagi. Sedang aku memanjat-manjat, tiba-tiba aku rasa ada orang sentap botol air kl tower ku yang kiut tu. Wahhh main kasar nampak. Ada sorang pempuan ni, rampas botol air aku. Siot! Pastu dia minum sket je, terus campak. Aku nak marah pun tak boleh dah. Penat. Hanya mampu tersenyum. Tersenyum bengang. Lepas aksi rampasan botol air tu, aku tersentak lagi tapi kali ni bukan sesiapa merampas, tapi memotong. Aku nampak sorang pempuan bernombor bip mula huruf E (women veteran) potong aku. Makcikkkkk lajunye lari! Kategori E berlepas lewat dari kami tapi dia dah sampai atas. Wa berasap beb!. Aku pun sambung langkah, kali ni agak agresif la sebab “terbakar” dengan makcik tadi kan.

Tiba-tiba aku rasa kaki ku disentap. Mak aiii apa lagi ni??? Rupanya ada sorang lelaki India ni capai betis aku, maybe dia ingat betis aku ni tiang tangga πŸ˜› . Aksi sebiji macam dalam movie hantu merangkak yang nak capai-capai badan korang..hahahaha. Again, nak marah pun tak mampu dah. Senyum sahaja lah.

10.00++ pagi

Tiba di Level 20. Ada tiga level je lagi untuk sampai di TH001 iaitu tangga yang nak hampir ke garisan penamat. Kat siniΒ  dapat air zam-zam. Wah ada hikmah rupanya pempuan tadi ambil air aku. Kalau tak, aku tak stop dah ambil botol baru dan tak dapatla air zam-zam πŸ™‚ . Aku terus memanjat. Kali ni aku cuba berlari. Dengan psiko lepas minum air zam-zam, badan jadi sihat dan kuat (ntah apa punya dakyah), aku berjaya berlari, tapi sikit je la. Aku sambung jalan balik πŸ˜› . Akhirnya tiba di Level 23. Aku rehat sekejap. Abang jaga air cakap, sikit je lagi dik, 3 tingkat je lagi. 5 minit je. Wahh aku dengar 5 minit, terus berdesup naik tangga (walaupun 5 minit yang diorang cakap tu tak boleh percaya sangat)

TH001, TH002 dan TH003, akhirnya aku sampai. Tangga-tangga di 3 terakhir ni agak landai dan berkurangan. Nampak je A4 paper print “FINISH” kat dinding, rasa sebak siot! Macam baru lepas berperang demi negara dan mencapai kemenangan je rasanya. Semua yang sampai kat situ dapat sekeping kertas tulis “FINISHER”. Yes! Dapat medal πŸ™‚ .

Hampir 2 jam jugak aku mendaki. Aku lepak sorang-sorang kat atas Observation Deck tu. Snap sana snap sini. Dah macam tourist pulak. Siap masuk kedai souvenir, beli miniature KL Tower rm10 πŸ™‚ . SSK, next year kita masuk tau. Boleh posing-posing.Β  Aku rasa amatlah malang mereka yang datang ke menara KL hari tu sebab kat deck tu, pack giler dan bau peluh..hehehehe. Kesian pelawat-pelawat yang pakai cantik-cantik, wangi-wangi terpaksa berhimpit-himpit dengan kami yang “terlebih wangi” ni.

Sekian, see you next year!

KANTOI!

Mula-mula aku ingat Johan Raja Lawak saja-saja buat lirik ni time minggu muzikal Raja Lawak yang lepas. Rupanya ada eh lagu ni πŸ˜€ . Dan best pulak tu. Suara Zee Avi ni memang style gini eh, macam sedap je kalau pasang kat piring hitam πŸ˜‰

1 minggu lagi

…untuk aku mendaki Menara KL ni. . Jumpa tips untuk race kat blog missjewelz. Menarik untuk dikongsi.

Sabtu lepas aku dah cuba untuk naik 1200 anak tangga dan turun 1200 anak tangga dalam masa 30 minit (catatan tak rasmi..hehehhe) di Tasik Permaisuri. Fuhhh boleh tahan sesak nafas πŸ˜› . Apa yang aku harap cuma aku dapat habiskan 2058 anak tangga dengan selamat πŸ™‚ . Wish me luck!