The Climb :)

6 tahun tinggal di KL, akhirnya dapat jugak naik Menara KL. Boleh bagitau orang kampung ni😀 .

7.30 pagi

Kali ni aku dan Deida je join. SSK yang lain semua ada hal. Kami dah sampai di tempat berkumpul tapi tiada parking. Event buat tengah bandar, memangla susah nak cari parking. Rupa-rupanya tempat tu betul-betul depan ofis Angah (abang Fir, kalo tak silap la. Ambank yg ada lampu bentuk unta besar gabak tu). Pusing-pusing jumpa kawasan parking. Orang yang menjaganya, mak aiii memang style Castelo habis. Macam gangster. Dia mintak bayar rm2. Murah kan🙂. Tapi rupa-rupanya ntah mat pet mana ntah tu. Bila nak balik, datang sorang uncle ni minta duit parking.Uncle tu cakap yang collect pagi tadi bukan orang dia. Hmmm bayar la lagi rm4. Ntah-ntah kan, diorang bersengkongkol. So hari tu diaorang dah dapat rm6. Siot je kan! (berfikiran jahat kejap😛 )

8.00++ pagi

1st kategori berlepas. Sebelum tu ada acara poco-poco sebagai warming up. Teringin nak buat tapi tak reti. 3 group peserta lelaki dah lepas, kemudian giliran kategori B (women open). Ramai. Aku suka sebab kebarangkalian untuk aku di tempat akhir tu tipis la kan😀 . Missjewelz pesan jangan bawa apa-apa. Make sure lari tangan kosong, seringan yang boleh. Tapi sebab aku nak buat liputan sambil berlari kan, so aku bawa la jugak kamera. Berat, tak selesa. Time ni rasa macam nak beli kamera kecik sebagai backup utk event macam ni.

Lebih kurang 1 km pertama, kami kena lari naik bukit. Fuh..fuh..fuh..semput. Deida dah tinggal aku kat belakang. Tak pe, ramai lagi kat belakang aku😛 . Tiba pintu masuk menara, ramai penonton yang bersorak. Wahahahahha rasa glemer giler. Muka mesti buat-buat macho😀 . Kami naik eskelator yang tak hidup tu, sehinggala sampai ke tangga dalam menara. Time ni semua orang berjalan. Aku nak start lari pun tak boleh. Sebab pack giler. Macam bersesak-sesak nak turun tangga time gempa kat Indonesia tu kan, haa sebijik la cuma yang ni menaik😀 . Sudahnya aku jalan je. Betul cakap Misjewelz, kalau berjalan, lagi letih. Aku tak ingat sampai tingkat berapa, Deida kata dia nak turun, tak boleh terus dah. Ok, aku teruskan la. Sambil naik tangga, otak aku ligat ingat balik tips2 yg Missjewelz tulis dalam blog dia.  Jangan lari zig-zag. Aku dah lost count berapa tingkat kami dah panjat. Akhirnya jumpa water station yang pertama. Dapat air mineral dalam botol bentuk KL Tower. Kiut! Sesuai untuk pegang sebab kecik di bahagian atas.

9.00++ pagi

Masih struggle memanjat. Macam-macam gaya orang aku tengok. Ada yang terduduk, ada yang menyandar, ada yang terbongkok. Masing-masing macam nak putus nyawa.

Sebelah hati aku cakap “Apa kerja gila kau buat ni whooz?? Dah-dah turun, lif ada”.

Sebelah hati lagi berkata “Kau dah start, habiskan! Nanti kat Kinabalu kau sorang-sorang jugak. Tak de siapa nak tunggu, nak tolong kau”.

Ok-ok, aku ikut kata hati yg kedua tu😛 . Tiba di Level 10 water station, aku stop lagi. Bagi relaks-relaks kaki. Bernafas bagi elok balik. Tapi bila abang yang jaga air tu cakap, ada 10 tingkat lagi, uwaaaaaaa! rasa nak nangis ada. 1 level ni ada 6 atau lebih kali tangga berpusing. Setiap tangga ada lebih kurang 11 anak tangga. Nak patah balik, rugi laa. Dah jauh sampai. Tak pe, aku teruskan lagi. Sedang aku memanjat-manjat, tiba-tiba aku rasa ada orang sentap botol air kl tower ku yang kiut tu. Wahhh main kasar nampak. Ada sorang pempuan ni, rampas botol air aku. Siot! Pastu dia minum sket je, terus campak. Aku nak marah pun tak boleh dah. Penat. Hanya mampu tersenyum. Tersenyum bengang. Lepas aksi rampasan botol air tu, aku tersentak lagi tapi kali ni bukan sesiapa merampas, tapi memotong. Aku nampak sorang pempuan bernombor bip mula huruf E (women veteran) potong aku. Makcikkkkk lajunye lari! Kategori E berlepas lewat dari kami tapi dia dah sampai atas. Wa berasap beb!. Aku pun sambung langkah, kali ni agak agresif la sebab “terbakar” dengan makcik tadi kan.

Tiba-tiba aku rasa kaki ku disentap. Mak aiii apa lagi ni??? Rupanya ada sorang lelaki India ni capai betis aku, maybe dia ingat betis aku ni tiang tangga😛 . Aksi sebiji macam dalam movie hantu merangkak yang nak capai-capai badan korang..hahahaha. Again, nak marah pun tak mampu dah. Senyum sahaja lah.

10.00++ pagi

Tiba di Level 20. Ada tiga level je lagi untuk sampai di TH001 iaitu tangga yang nak hampir ke garisan penamat. Kat sini  dapat air zam-zam. Wah ada hikmah rupanya pempuan tadi ambil air aku. Kalau tak, aku tak stop dah ambil botol baru dan tak dapatla air zam-zam🙂 . Aku terus memanjat. Kali ni aku cuba berlari. Dengan psiko lepas minum air zam-zam, badan jadi sihat dan kuat (ntah apa punya dakyah), aku berjaya berlari, tapi sikit je la. Aku sambung jalan balik😛 . Akhirnya tiba di Level 23. Aku rehat sekejap. Abang jaga air cakap, sikit je lagi dik, 3 tingkat je lagi. 5 minit je. Wahh aku dengar 5 minit, terus berdesup naik tangga (walaupun 5 minit yang diorang cakap tu tak boleh percaya sangat)

TH001, TH002 dan TH003, akhirnya aku sampai. Tangga-tangga di 3 terakhir ni agak landai dan berkurangan. Nampak je A4 paper print “FINISH” kat dinding, rasa sebak siot! Macam baru lepas berperang demi negara dan mencapai kemenangan je rasanya. Semua yang sampai kat situ dapat sekeping kertas tulis “FINISHER”. Yes! Dapat medal🙂 .

Hampir 2 jam jugak aku mendaki. Aku lepak sorang-sorang kat atas Observation Deck tu. Snap sana snap sini. Dah macam tourist pulak. Siap masuk kedai souvenir, beli miniature KL Tower rm10🙂 . SSK, next year kita masuk tau. Boleh posing-posing.  Aku rasa amatlah malang mereka yang datang ke menara KL hari tu sebab kat deck tu, pack giler dan bau peluh..hehehehe. Kesian pelawat-pelawat yang pakai cantik-cantik, wangi-wangi terpaksa berhimpit-himpit dengan kami yang “terlebih wangi” ni.

Sekian, see you next year!

14 thoughts on “The Climb :)

  1. mun-e 22 March, 2010 / 2:40 pm

    hahahahah. huzz aku tak tahan gelak bace betis ko kena capai tu. hahahahahahahaha

    kelakarrrrrrrrrrrrrrr!! :))

    tapi huzz, cayalah berjaya abeskan!😉

    • whooz 22 March, 2010 / 2:50 pm

      alaaa ko pun boleh..ajak RR, training siap2 utk next year😉

  2. deidaa 22 March, 2010 / 4:19 pm

    Ahaks as aii said earlier… aku bab2 lari mmg la laju dr ko & amy…
    tp cuba compare bab2 daki2 bukit/gunung/tangga bagai.. aku lah pengalah no. 1 :))
    Alangkan lps melompat kat SELAMAT TINGGAL MENARA KL pon aku pusing jauh supaya aku tak sliding dr bukit yg sgt kecik tu wahahha.

    Xaci weh dpt air zam zam kat atas.. nak ugak!
    Mana ada dakyah.. air zam2 terbukit memberi kesan POWER kalo penat😛
    Masa aku umrah bln pose aritu pon… (12thn lps “aritu” tu mcm baru je kekekke).
    menum air zam2 segelas pehtu kurma 2ketui.. kire kenyang giler.. blh terawih je lg.
    Kalo kat mesia.. xde makne nye.. berbuka terus mkn nasik.. xmkn lapor! :))

    Arkkkkk… out topic.. kekekek.

    Apa lg event pehni?
    Event lari2 aku blh hahahah.

    • whooz 23 March, 2010 / 12:29 am

      hehe betul eh badan jadi kuat? aku penat gilerr time tu😛 . Patut dia bagi awal2 tu kan.

      Next aku rasa Energizer Night Race..tak sure registration dah buka belum

      • whooz 23 March, 2010 / 12:35 am

        hahha dah close la Energizer tu..event sabtu ni😛

  3. mun-e 23 March, 2010 / 3:01 am

    huzz..kaki sakit lagi x sampai arini?😛

    • whooz 23 March, 2010 / 3:17 am

      haa pelik ajaib, aku tak sakit kaki pun..lepas race, rasa sket2, ahad petang tu aku tido , bangun sakit2 badan je. kaki tak rasa sakit pun.

  4. deidaa 23 March, 2010 / 3:51 pm

    Sbb menum air zam zam kot? ehhe.

    La ada race lain ke?
    Giler la aku xalert segala run race psl aku xberlari 3bln dah.
    Xtau biler nak start.
    Opismet ajak aku gi gym psl bln 6 dia nak kawen.
    Mu penah gi gym?

    • whooz 24 March, 2010 / 1:54 am

      hahhaa dari tahun lepas, hari2 balik keje lalu depan gym kat rumah. cakap dgn amy nak join, tak join sampai ke arini😛

  5. ibu farish 24 March, 2010 / 1:07 pm

    bangga aku..kaki huzz= tiang tangga..opsss

    hahahah

    huzz, nnti nak tgk medal

    • whooz 25 March, 2010 / 12:39 am

      okeyy.nnt kita jumpa aku tunjuk heheheh

  6. ezza erisa 25 March, 2010 / 3:51 am

    aku baca citer ko, aku lak yang rasa letih…..gile la… cara ko bercerita seolah2 aku mengalami sendiri.. tapi tidak bab kaki kena capai. dan semestinye tidak time air kena rampas. gile tak malu tul orang itu merampas air ko…ahahaha

  7. Darlina 5 April, 2010 / 12:23 pm

    sama macam ezza rasa.. penat terasa bila baca. tak payah naik menara pun dapat rasa penat, tinggal lagi tak peluh je nih.

    ayaqqqq…. ayaqqqq… dahaga nihhhh

  8. whooz 7 April, 2010 / 9:08 am

    hehhehehe hangpa nihh..jangan semput depan pc dah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s