Saya nak..

Waterproof W250 Walkman

Akan dilancarkan Mei 2010. Sesiapa yang berhajat untuk beli hadiah besday saya, boleh consider ini ye πŸ˜‰ . Oh ye, saya nak merah jambu any color pun boleh. Semua cun! Sedikit review:

Apa yang menarik mengenai Walkman ini ialah satu ciri dikenali sebagai Smart Mood yang mana lagu-lagu yang dimainkan dalam rentak yang sama untuk meneruskan mood pengguna

Tapi kalau pakai tudung macam tak boleh nak selit kat telinga je. Ataupun ada earphone sekali?

Sumber gambar

Advertisements

Ingat kamu, rindu kamu, sayang kamu, cinta kamu…

cute kan???? ada kawan bagi kat fb, hohohohoh cutenye…anyway aku bukan nak cerita pasal ni pun :P.

28 April, ulangtahun perkahwinan boyfren dan girlfren yang ke 31. Sangat-sangat cintakan mereka. 31 tahun tu, lama kan? For sure pernah gaduh πŸ˜€ . Apatah lagi sewaktu muda, kedua mereka sangat cantik dan sangat hensem. Mesti ramai peminat. Mesti ada jeles-menjeles. Aku pun tak pastilah macam mana mereka berjumpa. Pun tak pasti siapa mengorat siapa dulu.

Abah memang seorang yang tegas dan kelakar. Tapi tak nampak pun karekter kelakar. Kalau dia buat lawak, aku memang gelak non-stop. Giler lah! Ma pulak lembut, bertolak ansur dan pandai memujuk. Kalau ada apa-apa nak mintak dari abah, melalui ma lah πŸ˜€ . Itu ma, ini ma, sikit-sikit ma.

Kecik-kecik dulu , biasalah kena pukul dengan tali pinggang, hanger, rotan. Nak-nak time mengaji. Teresak-esak mengaji. Nak berlagu pun tak tau nak buat lagu apa dah πŸ˜€ . Kalau result exam tak dapat apa yang abah target, abah tak mau sign report kad. Ma je lah yang tolong sign. Nasib baik ma nak sign, kalu tak, sah-sah aku dah expert tiru signature orang πŸ˜› . Sepanjang aku sekolah dari sekolah rendah hingga menengah, sikit sangatla abah sign. Yang paling aku ingat, exam before PMR, aku score gegila. So dapatla signature abah. Happy giler lah time tu. Macam dapat wang sejuta. Macam Maulana happy dapat 1st lampu hijau dari Adlin πŸ˜€ . Ingat-ingat balik, best je time tu. Siang bawa balik report kad, malam terakhir sebelum nak serah balik kat cikgu baru tunjuk kat abah :D. Takut punya pasal. Kalau tunjuk awal-awal, ada harapan nak kena ‘basuh’ lama sket . Paling teruk, pagi nak pergi sekolah baru keluarkan dari beg πŸ˜› .

Kami hampir kehilangan abah. Abah memancing di laut, naik bot. Time tu kami tinggal di Batu Burok, Terengganu. Ma kata hampir seminggu tak de khabar berita. Bacaan Yaasin, tiap hari buat kat rumah. Kami adik-beradik (aku dan kak ngah je ada time ni) tidur pun berselimutkan kain pelekat abah. Rindu. Tak ingat dah, macam mana diorang diselamatkan. Sepupu abah kata, hampir-hampir dia nak kawen dengan ma dah kalau abah tak balik-balik πŸ˜€ .

Haishh macam banyak je nak cerita pasal diorang nih. 30 tahun aku hidup bersama, setiap satu hari dalam 10950 hari adalah kenangan πŸ˜‰ . Okeh, nak stop kat sini je lah. Nak wish to them semoga hanya ajal yang dapat memisahkan mereka. Sayang kamu!

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku……. Keimananku…….

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku……. Keimananku…….

Engkau satu cinta
Yang s’lamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang salam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan…….

Oh Tuhan …. s’lamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan …. jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia

sumber: lirik

Gunung Tok Wan lah pulak

Pagi ni aku dan Amy pergi Broga lagi. Rindu, lama tak pergi. Last pergi awal tahun ni ke akhir tahun lepas. Tak ingat dah. Terkejut tengok, ada signboard ni. Gunung Tok Wan pulak. Mana datang ntah. Mesti ada Tok Wan mana yang jumpa trek gunung nih. Tapi aku tak idea kat mana gunung nih. Sebab, jalan terus je, jumpa Broga. Tak de pulak arrow ke Gunung Tok Wan. Anyway, SSK mesti terjah! πŸ˜‰

Broga masih seperti dulu. Masih anggun memikat. Kali ni betul-betul nasib baik sebab sempat tengok matahari naik. Cantik. Tapi sayang tak boleh nak lepak lama, ada hal lain.

Oh ya, parking dah kena bayar ye kawan-kawan. Rm2.

Broga Hill dah ada signboard. Parking fee tu untuk maintain benda-benda ni kot. Tapi sampah bertambah banyak aku tengok. Tak de kesedaran lagi la ish.

Lebih kurang pukul 7 pagi

Pukul 7-7.15 kabus makin banyak

Dalam pukul 7.30++ barulah matahari memunculkan dirinya. Puas πŸ™‚

Aku suspek diorang ni tido kat atas bukit ni semalam

Fly me to the moon

taklah sebest original from Frank Sinatra tapi sebab baru je habis layan You’re Beautiful nih, haihhhh terngiang-ngiang pulak.

Fly me to the moon
Let me play among the stars
Let me see what spring is like
On a-Jupiter and Mars
In other words, hold my hand
In other words, baby , kiss me

Fill my heart with song
And let me sing for ever more
You are all I long for
All I worship and adore
In other words, please be true
In other words, I love you

Fill my heart with song
Let me sing for ever more
You are all I long for
All I worship and adore
In other words, please be true
In other words, in other words
I love … you

From Bukit Tinggi with kesan peluru :)

Lokasi: Bukit Tinggi, Pahang
Tarikh: 17/04/2010

Trip berjalan lancar walaupun agak lewat bertolak :). Leka-leka nak ambil gambar singboard exit Bukit Tinggi, kami terlepas exit. Tapi dengan kepakaran Amy reverse di jalan 1 way, kami selamat sampai di entrance Bukit Tinggi ;). Entrance fee, rm10 untuk dewasa, kanak-kanak tak sure pulak. Destinasi pertama, Japanese Village.

Japanese Village

Kereta tak boleh bawa naik sampai atas (Japanese Village), jadi park kat bawah. Ada shuttle bus untuk kita naik ke atas. Kalau tak nak naik pun tak pe, boleh jalan kaki, boleh tahan berpeluh la. Kami decide untuk naik bas, sebab semua masih wangi-wangi kan πŸ™‚ .

Cantik kawasan dalam hutan tu. Snap sana, snap sini, best. Bunyi serangga-serangga hutan, tengok ikan koi yang besar giler berenang-renang dalam kolam yang keruh, tengok air sungai mengalir, lupa pasal ofis (walaupun datang dengan officemate).

Kemudian kami jumpa rumah Jepun. Ada 2 orang perempuan jaga. Sorang pakai kimono, sorang pakai shirt dan slack. Muka tak senyum pun. Aku baca board depan rumah tu, boleh sewa kimono , rm20. Cehhh ape la perempuan 2 orang tu, at least iklan la sket. Ajak-ajak masuk ke apa ke. Ini berdiri je tegak, tak de cakap apa. Cakap sesama dia ada lah. Aku terjenguk-jenguk ke dalam rumah tu pun dia tak tegur. Haishhh, kena hantar pi kursus nih.

Kemudian, kami masuk pilih-pilih kimono. Mula-mula dia macam tak bagi aku masuk sebab kakak je yang nak pakai kimono. Ek elehhhh ape laa..aku masuk jugak lah buat bodo, snap sana sini. Kami pilih kimono warna pink sebab nak bagi nampak menyerlah berlatar belakangkan hutan hijau πŸ˜‰ . Dalam 5 minit lebih-lebih sket, kakak siap! Aku rasa diorang patut tambah lagi satu dengan pakej makeup, baru real nampak. Kakak oklah putih, nampak gak la ala-ala Jepun, kalau aku???.

Lagak macam fotografer dan modelnye, aku dan kakak merayau-merayau di sekitar rumah Jepun tu. Orang makin ramai. Kakak dah malu-malu. Hehehhe. Aku tak peduli, aku suh kakak posing situ, sini, macam tu, macam ni sehinggalah lebih kurang 30 minit. Orang-orang yang nak sewa kimono pun makin ramai. Lepas pulangkan kimono, kami merayau-rayau lagi dan tunggu yang lain-lain di Botanical Garden. Tak masuk pun, lepak kat luar je.

Colmar Tropicale

Destinasi seterusnya, Colmar Tropicale. Dibina berkonsepkan bangunan di Perancis. Cantik sangat! Cantik hingga aku tak tau nak snap apa πŸ˜€ . Tapi tempat tu tak luas. Ada 2 bahagian, bangunan 1 tempat parking, kemudian kena jalan kaki naik jambatan ke bangunan 2. Di bangunan 2 ada hotel, menara, kedai makan, info centre, tempat game dan kedai cenderahati. Deret-deret kedai tu dicat dengan warna-warni, so nampak menariklah. Kitaorang jalan-jalan, ambik gambar dan makan saja di sini. Pukul 2 bertolak ke tempat paintball di Berjaya Clubs.

Paintball @ Berjaya Clubs

Majoriti tak pernah main paintball ni, kecuali bos dan husbandnya. Jadi, kami semua sama, kira masuk padang pun tak de lah takut-takut. Sebelum trip, memang dok risau akan budak-budak network yang mana dijangka bakal mengganas. Tapi nasib baik aku satu team diorang. Team Hijau. Fuhhhh… Lawan kami team Hitam.

Semasa briefing, marsyal tembak-tembak tak de bullet, perut dah kecut. Yang nak tarik diri pun ada..hehehe. Tapi mana boleh tarik diri, kacau lah team dah susun kan. Lepas briefing, pakai peralatan, bergambar, dan kami pergi ke tempat nak test tembak-tembak. Serius, aku tak tau macam mana nak aim dan tembak. Tengok dalam tv, macam senang kan? Waktu test ni, aku tembak 2 peluru, 2-2 tak kena target..hehehhe.

Dengan panas terik, dengan tak selesa pakai spek dalam facemask tu, dengan marker yang berat (bagi aku berat lah, tak tau orang lain), kami masuk padang untuk dengar briefing dalam padang. Tentang peraturan game. Kena tembak plat lawan, plat jatuh, baru ambil bendera masing-masing dan bawa ke base. Ada 2 bendera, di kiri dan kanan padang. Team yang berjaya bawa kedua-dua flag ke base dahulu, dikira menang. Semua dah angguk-angguk, dah susun strategi, masing-masing ke belakang base (dinding hijau tinggi) untuk start.

Game on!!!

Semua berlari ke kubu, seperti yang dirancang. Aku dan kakak cover bebudak lelaki yang akan lari ambil flag. Tak sampai 5 minit, selepas tembakan bertubi-tubi dari team Hijau, Andrew dah dapat flag tapi kan……… dia tembak plat sendiri. Hahahahahhah, adoiiii..Tak pasal-pasal marsyal kena letak balik flag dan nasib malang marsyal terkena tembak..hehehheh..

Game bersambung, Andrew tebus kesalahan tadi. 1 flag di kanan untuk team Hijau dari Andrew. Yes! Aku sebenarnya kan, tak tau nak tembak apa. Sebab tak de orang lari-lari pun. Tapi aku tembak jugaklah untuk bagi team Hitam takut, so diorang tak berani keluar ambil flag. Sedang tembak-tembak tu, aku nampak sorang dari team Hitam lari-lari nak ambil flag. Bos. Aku pun tembak, tapi niat aku nak tembak tanah je, macam tak sampai hati nak tembak orang πŸ˜€ . Mungkin sebab aku kenal diorang. Tapi aku salah aim, terkena kaki bos. Soriiiiiiiiiiiiiiiii…

Misi untuk flag kanan settle, sekarang flag di kiri pulak. Di sebelah kiri Ng dan husband Jijah bermati-matian untuk ambil flag. Husband Jijah dapat flag, tapi kena tembak. Peraturan, kalau kena tembak sambil pegang flag, kena jatuhkan flag dan lari ke base semula. Orang lain pula kena ambil flag tu dan bawa ke base dengan selamat. Jadinya, husband Jijah jatuhkan flag lebih kurang 10 kaki dari tempat aku menembak. Kalau ikutkan, boleh sangat aku lari ambil flag tu tapi takut. Takut kena tembak (apa daaa tak yah main aaa kalau takut πŸ˜› ) . Serius aku takut kena tembak. Kalau tak sakit dan tak tinggalkan bekas yang sesetengahnya 3 tahun punya pun tak hilang, aku tak kisah, tembaklah bertubi-tubi pun. Dalam takut-takut tu, aku cover Ng dan husband Jijah. Tembak sana tembak sini buta-buta..hahhaah.

Tiba-tiba padang senyap. Sorang pun tak menembak. Masing-masing blur. Saling mengintai di sebalik kubu. Hingga marsyal terpaksa announce “Game still onnnnnn!” . Lepas tu barulah dengar balik bang!bang!bang! Hahahahhhha. Aku kat belakang kubu tu tak larat nak tahan gelak. Punyala blur tak tau main.

Tak lama lepas tu, Ng berjaya ambil flag ke base. 1st round team Hijau menang, yes!

Habis 1st round, kami rehat. Panas giler, macam nak pengsan rasa. Buka facemask, minum-minum, sembang-sembang, ambil gambar, gelak-gelak pasal insiden dalam padang tadi. Lebih kurang 30 minit kot berehat, pastu kami sambung main untuk round 2. Kali ni tukar padang. Strategi team Hijau, masih sama dengan 1st round tapi Adlan dah tak larat lari, jadi dia nak tembak saja, tak mau lari. Ok, aku boleh lari (cehhh konon boleh lari :P) . Marsyal announce “game on” saja, sama macam tadi lah, masing-masing ke kubu. Tapi kali ni team Hitam cepat sungguh bertindak. Bang!Bang!Bang!, diorang dah dapat ambil 1 flag. Cepat giler.

2nd round ni memang parah. Aku langsung tak boleh nak gerak. Peluru datang atas, bawah, kiri, kanan..dasyat team Hitam nak menebus kekalahan kali ni. Aku pergi kat satu kubu dengan husband Jijah, kononnya nak cover dia ambil flag. Tapi silap besar! Di sebabkan kegigihannya dalam round 1 tadi, team Hitam memang target dia je kali ni. Teruk kubu kami kena tembak. Aku nak intai sket pun tak boleh.Β  Tiba-tiba ada percik cat kuning kat situ, kat sini, kat facemask, aku memang tak berani keluar πŸ˜€ . Dalam masa yang sama, flag kami di sebelah kiri, dah di bawa ke base. Tinggal satu je lagi. Team Hitam pun satu je lagi. Mungkin sebab semangat nak menang yang terlampau tinggi dan kami yang semakin letih dan juga keadaan padang kali ni banyak sangat ruang terbuka untuk kami ditembak, akhirnya team Hitam dapat ambil flag kedua diorang.

Keputusan seri 1-1

Rehat lagi. Untuk round 3, marsyal cadangkan kami main di padang sebelah. Yang mana missionnye berlainan sket. Mana-mana team yang dapat bolos team lawan dan sampai ke base team lawan, dikira menang. Wah, lagi bahaya ok, macam pergi serah diri untuk ditembak. Boleh tembak jarak dekat. No, kami tak mau πŸ˜€ . Then marsyal cadangkan kami 13 orang lawan 3 marsyal. Ini pun mulanya kami tak setuju, sebab mesti marsyal-marsyal ni ada agenda tersembunyi πŸ˜€ . Mesti teruk kami kena tembak nanti. Dahla diorang tak pakai protector, menunjukkan betapa hebatnya mereka. Last sekali, setuju jugaklah, sebab kalau main macam round 1 dan 2 tadi, boring jugak kan.

Round 3 game on!

Sekelip mata je, aku dah tak nampak mana marsyal-marsyal tu sembunyi. Dahla sikit kan, lagi senang diorang bergerak. Yang bunyi hanya tembakan. Tak tau dari arah mana. Bertubi-tubi jugak kami kena serang. Tapi satu flag kami dah dapat. Tak sure siapa ambil. Aku dan Amy share satu kubu, tak bergerak ke mana. Takut πŸ˜€ . Yang aku nampak bergerak Andrew, Adlan, Bos, Ng dan husband Jijah. Yang lain maybe ada, tapi aku dah tak cam siapa. Ntah berapa das diorang tu kena, last-last aku fikir, tak boleh jadi nih. Aku cuba pergi ke kubu sebelah, dekat dengan Andrew sebab dia bagi isyarat “3”, dia nak 3 orang untuk cover dia ambil flag. Fuhh, berjaya lepas. Lagi satu kubu nak pergi ke Andrew. Fuhh lepas jugak. Itupun setelah aku kumpul sepenuh rasa berani untuk bergerak :D. Cuba tiru macam dalam movie, lari sambil menembak πŸ˜€ .

Sampai di kubu Andrew, kat situ ada 4 orang termasuk aku. Bahagi-bahagi peluru sebab aku punya masih banyak. Tengah berurusan, aku rasa ada percikan cat kat bahu. Cissss! kena tembak jugak. Tak sempat aku nak beraksi. Mulanya aku tak nak balik ke base, tapi suara marsyal tu kuat sangat jerit “Out!!!!!” . Elok aku sampai ke base, Andrew dah dapat flag. Yes, menang jugak. Kalau kalah, malu wehhhh, 13 lawan 3 tu :P.

Game habis lebih kurang pukul 6. Puas! tapi macam tak puas jugak sebab tak kena tembak πŸ˜€ . Tak pe Sabtu ni ada game lagi, tengok kena tembak ke tak πŸ˜€ .

Aku rasa company memang kena buat trip or aktiviti macam ni selalu. Betul-betul dapat release tension. Tapi aktiviti tu mesti la ada game macam ni la. Yang semua orang kena bersama-sama. Kalau setakat jalan-jalan makan angin tu, mesti masing-masing buat hal sendiri. Apapun bagi aku, paintball ni memang permainan orang lelaki lah. Perempuan boleh main, kalau tahan lasak, tahan sakit, tahan jatuh, tahan panas apa semua. Lagi satu, paintball ni boleh build character kitaΒ  dan jugak team building. Macam mana nak ketuai sesuatu pasukan, nak susun strategi, lawan rasa takut dalam diri, nak buat keputusan, nak capai objektif, semua-semua tu memang kita akan lalui setiap hari kan πŸ˜‰ .

Oh ini ada gambar contoh bekas kena tembak. Diorang letak gambar ni kat registration counter. Maunye tak de orang yang nak cancel main πŸ˜€