Cogan kata jata negara malaysia ialah….

cuba tengok gambar ni:

Apahal tetiba cakap pasal jata ni, patriotiknye😀 . Mentang la baru lepas exam. Haa aku nak cerita pasal exam la ni. Tadi kan dalam bahagian soalan Pengetahuan Am, ada soalan tentang cogan kata jata negara Malaysia. Sah-sah la aku tak tau. Tak pernah perasan pun. 2 ekor harimau berdiri gagah tu aku ingat la. Jawapan yang ada perkataan “bersekutu” memang aku reject. Hampir-hampir nak hentam “Bersatu bertambah maju”. Kemudian dalam aku berfikir-fikir nak hentam apa, aku terpandang gambar jata ni kat header kertas jawapan OMR dan juga di cover buku soalan. Aku telek betul-betul sebab tulisan dia kecik kan. Dan aku tersenyum. Sengih lagi. Hahahahha rasa macam nak share dengan orang lain ..hehehheh..Yes, dapat markah bonus. Ting!

Tapi apsal soalan ni boleh keluar eh? Ke diorang tak perasan or dah perasan, tapi tak kisahla ada jawapan di OMR dan cover buku soalan?

Soalan kali ni aku rasa paling senang kalau nak dibandingkan dengan 2-3 tahun yang lepas. Senang bukan bermaksud aku boleh jawab semua dengan betul. Senang tu kalau aku nak hentam pun, masih boleh fikir jawapan secara logik lah. Tak de la baling-baling rubber kan😀 .Esei BM pun ok, esei BI je lah macam tak boleh nak pilih soalan lain. Maths seperti biasa, tak cukup masa. Tapi kali ni aku ubah taktik. Aku jawab dulu 10 soalan terakhir, sebab mengikut pengalaman, memang aku hentam je soalan last-last ni sebab tak cukup masa. Padahal soalan dia tak susah mana pun. Ambil masa untuk kira je. Siap 10 soalan terakhir, aku jawab pula soalan pertama dan seterusnya sebab selalu nya soalan awal-awal tu senang. Kadang tak perlu kira, fikir saja🙂 .

Bestla exam di Mardi sebab banyak gerai makanan🙂 . Kawasan pun cantik, hijau, parking luas, tempat lepak pun luas. Yang datang dengan famili, anak-anak kecik bolehla nak rehat-rehat kat situ.

Lepas exam, aku dan kakak pergi Alamanda. Pre celebration lah konon. Makan Nando’s sebab dapat voucher rm10 sebab beli tiket wayang. Tapi hanya sah kalau belanja rm50 ke atas dalam satu resit la. Tapi dah lepas makan, minta bil, tak teringat langsung ke voucher tu. Ruginyeee..Then tengok How to Train Your Dragon. Best! Walaupun otak dan badan penat sehari suntuk menjawab soalan, aku tak tidur pun tengok cerita tu. Dan aku rasa kalau tengok 3D lagi best lah! Mesti time flying dengan naga tu rasa macam naik roller coaster😀 . Dan jugak aku rasa, kalau aku boleh terbang dengan naga, mesti aku tak takut nak naik roller coaster. Kan?

5 thoughts on “Cogan kata jata negara malaysia ialah….

  1. yatie 11 April, 2010 / 2:28 am

    weii..ko g exam apa ni?Ko nk try cari tmpt keje baru ek????

    • whooz 11 April, 2010 / 3:11 am

      alaa exam SPA😀 .

  2. akie 11 April, 2010 / 11:09 am

    org nampak kak yong tp x sempat tegur… hehehe.. laaa.. org x pasan pun ader jata negara kat kertas2 tu.. huhhu.. tapi dah betul pun org jawab.. hhehee…

    • whooz 12 April, 2010 / 6:49 am

      itu la kakak kata di jumpa kak aki..hehhehe..
      oo dia tau x pe la..kak yong puas fikir nak hentam apa tau😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s