Bihun sup kuah laksa

Perbualan peniaga bihun sup dan laksa dari utara dengan pembeli (aku)

Aku: Makcik, saya nak bihun tapi letak kuah laksa, boleh?

Makcik peniaga: Boleh (sambil tersenyum lama..lama dia senyum)

Datang pulak suami dia

Makcik peniaga: Bang, macam abang..bihun sup kuah laksa (sambil senyum-senyum lagi macam happy sangat jumpa geng makan bihun dengan kuah laksa)

Pakcik peniaga: Laaa saya pun suka bihun sup dengan kuah laksa. Tapi saya tak boh daging semua tu

Makcik peniaga: Ni mesti orang utara kan?

Aku: Eh bukan, tapi lama la dok belah sana

Korang-korang pernah makan bihun sup kuah laksa? Bihun dan bahan-bahan untuk bihun sup (bawang goreng, sambal cili, daun sup, daging, lobak masin), tapi kuahnya digantikan dengan kuah laksa. SEDAP! Syaratnya kuah laksa tu mestilah tiptop. Ini menu kegemaran aku time sekolah di Jitra dulu. Time rehat kalau tak mau makan nasi, order bihun sup kuah laksa. Tak ingat, siapa yang perkenalkan tapi memang dah jadi identiti geng aku lah. Rasa macam korang dapat nikmat 2 dalam 1. Boleh makan bihun beserta daging atau lobak masin dan dapat rasa kuah laksa yang sedap giler tu. Lagi banyak lobak masin, lagi sedap. Boleh dikatakan tamak jugaklah tapi better than beli bihun semangkuk dan laksa semangkuk kan??

Jadi, sesiapa yang suka mencuba sesuatu yang baru dalam makanan, sila cuba!

4 thoughts on “Bihun sup kuah laksa

  1. apis585 12 April, 2010 / 9:31 am

    huz, kat ofis ni ramai kengkawan utara mkn bihun goreng ngan kuah laksa. ermmm xpernah nak rasa sbb cam xmasuk je hehehe…

    • whooz 12 April, 2010 / 9:42 am

      uishh bihun goreng tu mcm pelik laaa..sebab berminyak kan..

  2. deidaa 12 April, 2010 / 4:52 pm

    Masalahnya makanan yg biasa2 pon aku ssh nak gemar,
    apetah lg yg baru.

    Tp aku suke cuba tempat mkn yg baru.. aci x? P

  3. mun-e 14 April, 2010 / 1:31 am

    hehe suwit je makcik tu senyum2😛 mesti ko mintak tu terus die tingat kat suami die. hehe ^^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s