From Bukit Tinggi with kesan peluru :)

Lokasi: Bukit Tinggi, Pahang
Tarikh: 17/04/2010

Trip berjalan lancar walaupun agak lewat bertolak🙂. Leka-leka nak ambil gambar singboard exit Bukit Tinggi, kami terlepas exit. Tapi dengan kepakaran Amy reverse di jalan 1 way, kami selamat sampai di entrance Bukit Tinggi😉. Entrance fee, rm10 untuk dewasa, kanak-kanak tak sure pulak. Destinasi pertama, Japanese Village.

Japanese Village

Kereta tak boleh bawa naik sampai atas (Japanese Village), jadi park kat bawah. Ada shuttle bus untuk kita naik ke atas. Kalau tak nak naik pun tak pe, boleh jalan kaki, boleh tahan berpeluh la. Kami decide untuk naik bas, sebab semua masih wangi-wangi kan🙂 .

Cantik kawasan dalam hutan tu. Snap sana, snap sini, best. Bunyi serangga-serangga hutan, tengok ikan koi yang besar giler berenang-renang dalam kolam yang keruh, tengok air sungai mengalir, lupa pasal ofis (walaupun datang dengan officemate).

Kemudian kami jumpa rumah Jepun. Ada 2 orang perempuan jaga. Sorang pakai kimono, sorang pakai shirt dan slack. Muka tak senyum pun. Aku baca board depan rumah tu, boleh sewa kimono , rm20. Cehhh ape la perempuan 2 orang tu, at least iklan la sket. Ajak-ajak masuk ke apa ke. Ini berdiri je tegak, tak de cakap apa. Cakap sesama dia ada lah. Aku terjenguk-jenguk ke dalam rumah tu pun dia tak tegur. Haishhh, kena hantar pi kursus nih.

Kemudian, kami masuk pilih-pilih kimono. Mula-mula dia macam tak bagi aku masuk sebab kakak je yang nak pakai kimono. Ek elehhhh ape laa..aku masuk jugak lah buat bodo, snap sana sini. Kami pilih kimono warna pink sebab nak bagi nampak menyerlah berlatar belakangkan hutan hijau😉 . Dalam 5 minit lebih-lebih sket, kakak siap! Aku rasa diorang patut tambah lagi satu dengan pakej makeup, baru real nampak. Kakak oklah putih, nampak gak la ala-ala Jepun, kalau aku???.

Lagak macam fotografer dan modelnye, aku dan kakak merayau-merayau di sekitar rumah Jepun tu. Orang makin ramai. Kakak dah malu-malu. Hehehhe. Aku tak peduli, aku suh kakak posing situ, sini, macam tu, macam ni sehinggalah lebih kurang 30 minit. Orang-orang yang nak sewa kimono pun makin ramai. Lepas pulangkan kimono, kami merayau-rayau lagi dan tunggu yang lain-lain di Botanical Garden. Tak masuk pun, lepak kat luar je.

Colmar Tropicale

Destinasi seterusnya, Colmar Tropicale. Dibina berkonsepkan bangunan di Perancis. Cantik sangat! Cantik hingga aku tak tau nak snap apa😀 . Tapi tempat tu tak luas. Ada 2 bahagian, bangunan 1 tempat parking, kemudian kena jalan kaki naik jambatan ke bangunan 2. Di bangunan 2 ada hotel, menara, kedai makan, info centre, tempat game dan kedai cenderahati. Deret-deret kedai tu dicat dengan warna-warni, so nampak menariklah. Kitaorang jalan-jalan, ambik gambar dan makan saja di sini. Pukul 2 bertolak ke tempat paintball di Berjaya Clubs.

Paintball @ Berjaya Clubs

Majoriti tak pernah main paintball ni, kecuali bos dan husbandnya. Jadi, kami semua sama, kira masuk padang pun tak de lah takut-takut. Sebelum trip, memang dok risau akan budak-budak network yang mana dijangka bakal mengganas. Tapi nasib baik aku satu team diorang. Team Hijau. Fuhhhh… Lawan kami team Hitam.

Semasa briefing, marsyal tembak-tembak tak de bullet, perut dah kecut. Yang nak tarik diri pun ada..hehehe. Tapi mana boleh tarik diri, kacau lah team dah susun kan. Lepas briefing, pakai peralatan, bergambar, dan kami pergi ke tempat nak test tembak-tembak. Serius, aku tak tau macam mana nak aim dan tembak. Tengok dalam tv, macam senang kan? Waktu test ni, aku tembak 2 peluru, 2-2 tak kena target..hehehhe.

Dengan panas terik, dengan tak selesa pakai spek dalam facemask tu, dengan marker yang berat (bagi aku berat lah, tak tau orang lain), kami masuk padang untuk dengar briefing dalam padang. Tentang peraturan game. Kena tembak plat lawan, plat jatuh, baru ambil bendera masing-masing dan bawa ke base. Ada 2 bendera, di kiri dan kanan padang. Team yang berjaya bawa kedua-dua flag ke base dahulu, dikira menang. Semua dah angguk-angguk, dah susun strategi, masing-masing ke belakang base (dinding hijau tinggi) untuk start.

Game on!!!

Semua berlari ke kubu, seperti yang dirancang. Aku dan kakak cover bebudak lelaki yang akan lari ambil flag. Tak sampai 5 minit, selepas tembakan bertubi-tubi dari team Hijau, Andrew dah dapat flag tapi kan……… dia tembak plat sendiri. Hahahahahhah, adoiiii..Tak pasal-pasal marsyal kena letak balik flag dan nasib malang marsyal terkena tembak..hehehheh..

Game bersambung, Andrew tebus kesalahan tadi. 1 flag di kanan untuk team Hijau dari Andrew. Yes! Aku sebenarnya kan, tak tau nak tembak apa. Sebab tak de orang lari-lari pun. Tapi aku tembak jugaklah untuk bagi team Hitam takut, so diorang tak berani keluar ambil flag. Sedang tembak-tembak tu, aku nampak sorang dari team Hitam lari-lari nak ambil flag. Bos. Aku pun tembak, tapi niat aku nak tembak tanah je, macam tak sampai hati nak tembak orang😀 . Mungkin sebab aku kenal diorang. Tapi aku salah aim, terkena kaki bos. Soriiiiiiiiiiiiiiiii…

Misi untuk flag kanan settle, sekarang flag di kiri pulak. Di sebelah kiri Ng dan husband Jijah bermati-matian untuk ambil flag. Husband Jijah dapat flag, tapi kena tembak. Peraturan, kalau kena tembak sambil pegang flag, kena jatuhkan flag dan lari ke base semula. Orang lain pula kena ambil flag tu dan bawa ke base dengan selamat. Jadinya, husband Jijah jatuhkan flag lebih kurang 10 kaki dari tempat aku menembak. Kalau ikutkan, boleh sangat aku lari ambil flag tu tapi takut. Takut kena tembak (apa daaa tak yah main aaa kalau takut😛 ) . Serius aku takut kena tembak. Kalau tak sakit dan tak tinggalkan bekas yang sesetengahnya 3 tahun punya pun tak hilang, aku tak kisah, tembaklah bertubi-tubi pun. Dalam takut-takut tu, aku cover Ng dan husband Jijah. Tembak sana tembak sini buta-buta..hahhaah.

Tiba-tiba padang senyap. Sorang pun tak menembak. Masing-masing blur. Saling mengintai di sebalik kubu. Hingga marsyal terpaksa announce “Game still onnnnnn!” . Lepas tu barulah dengar balik bang!bang!bang! Hahahahhhha. Aku kat belakang kubu tu tak larat nak tahan gelak. Punyala blur tak tau main.

Tak lama lepas tu, Ng berjaya ambil flag ke base. 1st round team Hijau menang, yes!

Habis 1st round, kami rehat. Panas giler, macam nak pengsan rasa. Buka facemask, minum-minum, sembang-sembang, ambil gambar, gelak-gelak pasal insiden dalam padang tadi. Lebih kurang 30 minit kot berehat, pastu kami sambung main untuk round 2. Kali ni tukar padang. Strategi team Hijau, masih sama dengan 1st round tapi Adlan dah tak larat lari, jadi dia nak tembak saja, tak mau lari. Ok, aku boleh lari (cehhh konon boleh lari :P) . Marsyal announce “game on” saja, sama macam tadi lah, masing-masing ke kubu. Tapi kali ni team Hitam cepat sungguh bertindak. Bang!Bang!Bang!, diorang dah dapat ambil 1 flag. Cepat giler.

2nd round ni memang parah. Aku langsung tak boleh nak gerak. Peluru datang atas, bawah, kiri, kanan..dasyat team Hitam nak menebus kekalahan kali ni. Aku pergi kat satu kubu dengan husband Jijah, kononnya nak cover dia ambil flag. Tapi silap besar! Di sebabkan kegigihannya dalam round 1 tadi, team Hitam memang target dia je kali ni. Teruk kubu kami kena tembak. Aku nak intai sket pun tak boleh.  Tiba-tiba ada percik cat kuning kat situ, kat sini, kat facemask, aku memang tak berani keluar😀 . Dalam masa yang sama, flag kami di sebelah kiri, dah di bawa ke base. Tinggal satu je lagi. Team Hitam pun satu je lagi. Mungkin sebab semangat nak menang yang terlampau tinggi dan kami yang semakin letih dan juga keadaan padang kali ni banyak sangat ruang terbuka untuk kami ditembak, akhirnya team Hitam dapat ambil flag kedua diorang.

Keputusan seri 1-1

Rehat lagi. Untuk round 3, marsyal cadangkan kami main di padang sebelah. Yang mana missionnye berlainan sket. Mana-mana team yang dapat bolos team lawan dan sampai ke base team lawan, dikira menang. Wah, lagi bahaya ok, macam pergi serah diri untuk ditembak. Boleh tembak jarak dekat. No, kami tak mau😀 . Then marsyal cadangkan kami 13 orang lawan 3 marsyal. Ini pun mulanya kami tak setuju, sebab mesti marsyal-marsyal ni ada agenda tersembunyi😀 . Mesti teruk kami kena tembak nanti. Dahla diorang tak pakai protector, menunjukkan betapa hebatnya mereka. Last sekali, setuju jugaklah, sebab kalau main macam round 1 dan 2 tadi, boring jugak kan.

Round 3 game on!

Sekelip mata je, aku dah tak nampak mana marsyal-marsyal tu sembunyi. Dahla sikit kan, lagi senang diorang bergerak. Yang bunyi hanya tembakan. Tak tau dari arah mana. Bertubi-tubi jugak kami kena serang. Tapi satu flag kami dah dapat. Tak sure siapa ambil. Aku dan Amy share satu kubu, tak bergerak ke mana. Takut😀 . Yang aku nampak bergerak Andrew, Adlan, Bos, Ng dan husband Jijah. Yang lain maybe ada, tapi aku dah tak cam siapa. Ntah berapa das diorang tu kena, last-last aku fikir, tak boleh jadi nih. Aku cuba pergi ke kubu sebelah, dekat dengan Andrew sebab dia bagi isyarat “3”, dia nak 3 orang untuk cover dia ambil flag. Fuhh, berjaya lepas. Lagi satu kubu nak pergi ke Andrew. Fuhh lepas jugak. Itupun setelah aku kumpul sepenuh rasa berani untuk bergerak😀. Cuba tiru macam dalam movie, lari sambil menembak😀 .

Sampai di kubu Andrew, kat situ ada 4 orang termasuk aku. Bahagi-bahagi peluru sebab aku punya masih banyak. Tengah berurusan, aku rasa ada percikan cat kat bahu. Cissss! kena tembak jugak. Tak sempat aku nak beraksi. Mulanya aku tak nak balik ke base, tapi suara marsyal tu kuat sangat jerit “Out!!!!!” . Elok aku sampai ke base, Andrew dah dapat flag. Yes, menang jugak. Kalau kalah, malu wehhhh, 13 lawan 3 tu😛.

Game habis lebih kurang pukul 6. Puas! tapi macam tak puas jugak sebab tak kena tembak😀 . Tak pe Sabtu ni ada game lagi, tengok kena tembak ke tak😀 .

Aku rasa company memang kena buat trip or aktiviti macam ni selalu. Betul-betul dapat release tension. Tapi aktiviti tu mesti la ada game macam ni la. Yang semua orang kena bersama-sama. Kalau setakat jalan-jalan makan angin tu, mesti masing-masing buat hal sendiri. Apapun bagi aku, paintball ni memang permainan orang lelaki lah. Perempuan boleh main, kalau tahan lasak, tahan sakit, tahan jatuh, tahan panas apa semua. Lagi satu, paintball ni boleh build character kita  dan jugak team building. Macam mana nak ketuai sesuatu pasukan, nak susun strategi, lawan rasa takut dalam diri, nak buat keputusan, nak capai objektif, semua-semua tu memang kita akan lalui setiap hari kan😉 .

Oh ini ada gambar contoh bekas kena tembak. Diorang letak gambar ni kat registration counter. Maunye tak de orang yang nak cancel main😀

7 thoughts on “From Bukit Tinggi with kesan peluru :)

  1. mun-e 20 April, 2010 / 1:27 pm

    haha. terhibur je aku bace ni ;D

  2. mun-e. 21 April, 2010 / 1:16 am

    eh huzz.. lain muka rakesh skg. adakah beliau sudah btambah berat hingga aku tidak mengenali nya? hehe.

    yang sorg chinese pgg budak kecik tu org yang ganti tempat aku ek?

    • whooz 21 April, 2010 / 2:06 am

      haa ha’a itu namanya bee jing

      hehee lain ke rakesh?

  3. along kau! 21 April, 2010 / 2:20 am

    Haaaaaa….aku dah cakap kan … kan…kan… puas hati??? X puas kan..ko kene main lagik… Kat fakulti aku nih.. yg perempuan main.. x ramai… (staff)…staff pempuan yg laen x berani maen.. Apapun aku enjoy bc entry ko nih.. So, suam2 kuku mesti kene masukkan paintball sebagai part of aktiviti gak ek… Jgn lupa inform gua!

    • whooz 21 April, 2010 / 9:31 am

      ye lah takut2 pun nak main lagi..hahahhaha

      itula yg kitaorg plan, agak2 lepas main 2-3 kali paintball ni, dan enjoy, memang nak masukkan dalam xtvt tetap SSK lah😉

  4. yatie 21 April, 2010 / 5:26 am

    Aku pun takut gak,xleh imagine cmne rasanya klu kne tembak…huhuhu…cantikla bukit tinggi..cam best jer pakai kimono tuh…

    • whooz 21 April, 2010 / 9:33 am

      ishh tengok orang yang kena aritu pun, kita rasa sakit..dia tak taulah rasa apa😀

      nnt balik sini, pegi la jln2 bukit tinggi tu..tp satu hari cukup la kot.x de apa sgt pun

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s