Ingat kamu, rindu kamu, sayang kamu, cinta kamu…

cute kan???? ada kawan bagi kat fb, hohohohoh cutenye…anyway aku bukan nak cerita pasal ni pun😛.

28 April, ulangtahun perkahwinan boyfren dan girlfren yang ke 31. Sangat-sangat cintakan mereka. 31 tahun tu, lama kan? For sure pernah gaduh😀 . Apatah lagi sewaktu muda, kedua mereka sangat cantik dan sangat hensem. Mesti ramai peminat. Mesti ada jeles-menjeles. Aku pun tak pastilah macam mana mereka berjumpa. Pun tak pasti siapa mengorat siapa dulu.

Abah memang seorang yang tegas dan kelakar. Tapi tak nampak pun karekter kelakar. Kalau dia buat lawak, aku memang gelak non-stop. Giler lah! Ma pulak lembut, bertolak ansur dan pandai memujuk. Kalau ada apa-apa nak mintak dari abah, melalui ma lah😀 . Itu ma, ini ma, sikit-sikit ma.

Kecik-kecik dulu , biasalah kena pukul dengan tali pinggang, hanger, rotan. Nak-nak time mengaji. Teresak-esak mengaji. Nak berlagu pun tak tau nak buat lagu apa dah😀 . Kalau result exam tak dapat apa yang abah target, abah tak mau sign report kad. Ma je lah yang tolong sign. Nasib baik ma nak sign, kalu tak, sah-sah aku dah expert tiru signature orang😛 . Sepanjang aku sekolah dari sekolah rendah hingga menengah, sikit sangatla abah sign. Yang paling aku ingat, exam before PMR, aku score gegila. So dapatla signature abah. Happy giler lah time tu. Macam dapat wang sejuta. Macam Maulana happy dapat 1st lampu hijau dari Adlin😀 . Ingat-ingat balik, best je time tu. Siang bawa balik report kad, malam terakhir sebelum nak serah balik kat cikgu baru tunjuk kat abah😀. Takut punya pasal. Kalau tunjuk awal-awal, ada harapan nak kena ‘basuh’ lama sket . Paling teruk, pagi nak pergi sekolah baru keluarkan dari beg😛 .

Kami hampir kehilangan abah. Abah memancing di laut, naik bot. Time tu kami tinggal di Batu Burok, Terengganu. Ma kata hampir seminggu tak de khabar berita. Bacaan Yaasin, tiap hari buat kat rumah. Kami adik-beradik (aku dan kak ngah je ada time ni) tidur pun berselimutkan kain pelekat abah. Rindu. Tak ingat dah, macam mana diorang diselamatkan. Sepupu abah kata, hampir-hampir dia nak kawen dengan ma dah kalau abah tak balik-balik😀 .

Haishh macam banyak je nak cerita pasal diorang nih. 30 tahun aku hidup bersama, setiap satu hari dalam 10950 hari adalah kenangan😉 . Okeh, nak stop kat sini je lah. Nak wish to them semoga hanya ajal yang dapat memisahkan mereka. Sayang kamu!

2 thoughts on “Ingat kamu, rindu kamu, sayang kamu, cinta kamu…

  1. along kau! 29 April, 2010 / 3:16 am

    auchhhhhh…touching nyer… selamat semuanya yerk…

  2. mun-e. 29 April, 2010 / 9:48 am

    hepi anniversary to ma dan abah ko. ingat nak ceta pasal diri sendiri tadi. hahah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s