Back to back

Kalau tak kerana gunung Kinabalu, aku tak mendaki dua hari berturut-turut. Sabtu Bukit Broga + Gunung Tok Wan. Ahad Bukit Apek. Hasilnya, habis badan aku sakit-sakit. Dari pinggang hingga ke kaki. Jari-jari pun melecet jugak. Tapi yang melecet tu sebab lama sangat merayau di Sogo Jumaat aritu. Naik bukit, lagi mudarat lah. Tapi itu hal kecik je, aku dah cucuk belon2 air kat jari-jari berkenaan. Settle.

Sabtu (1 mei 2010 – Bukit Broga + Gunung Tok Wan)

Misi kali ni nak ke Gunung Tok Wan. Kalau tak, maunye Cik Deida nak ikut. Subuh di Pekan Broga, pukul 6.30 sampai di parking Bukit Broga. Ramai! Aku memang tak suka ramai-ramai. Sesak. Bukit Broga telah dikomersial, ramai pulak yang datang. Siap beratur nak naik bukit, sungguh tak best. Tapi best jugak, beratur-beratur, tetiba dah sampai puncak satu😀 . Yang bestnye pagi tu, seolah-olah tau kami kesesakan, kepanasan, angin Broga amat nyaman. Broga ni memang misteri bagi aku. 5 kali aku pergi, tak sekali pun memberi pengalaman yang sama. Dan sebab itu aku nak pergi lagi, nak lagi, dan lagi😀 . Lepas isi perut, kami terus ke puncak Broga untuk ke Gunung Tok Wan yang sejauh 3.1km dari puncak Broga.

Kami hanya ikut plastik yang diikat di pokok-pokok dan kertas-kertas yang sengaja di sepah-sepahkan di lantai hutan sebagai tanda trek. Hutan Gunung Tok Wan memang nampak baru, tak nampak sangat tanda-tanda ramai orang dah ke situ. Nyamuk pun banyak. Tak jumpa orang lansung untuk 2km (ye ke 2km eh SSK?) pertama tu. Risau jugak. Tapi jumpa jugak la satu group uncle aunty. Lega rasa sebab nampak orang lain selain ahli SSK😀 . Jalan rilek jugaklah, cuma tak tahan nyamuk lah. Ganas-ganas. Dahla kami semua pakai baju hitam (baju Dubai sponsored by Cik Deida), lagila suka nyamuk-nyamuk tu. Ada 2 tempat tinggi yang kami kena naik turun sebelum sampai di puncak Gunung Tok Wan lebih kurang 2 jam berikutnya. Di puncak sana, tak de apa yang menarik pun. Permandangan pun tak nampak apa. Ditutup pokok-pokok. Ingat canteklah macam view dari Broga kan. Hmm frust (memang dah tau pun tak de apa kat atas tu). Bak kata Cik Eza, sekali ni je lah naik Gunung Tok Wan. Ye aku pun sama😀 . Lepak-lepak, snap-snap ambar, makan-makan, kami turun dengan target 1 jam setengah. Aku tak tau la budak-budak ni target berapa jam, tapi Cik Eza giler laju. Berlari tu dalam hutan. Pukul 12 lebih sket, kami dah berkumpul di Puncak Broga. Matahari terik atas kepala. Kalau lama kat situ, maybe boleh botak, sebotak Bukit Broga. Dari puncak Broga, jelas nampak Bukit Broga yang semakin licin. Macam kesian pulak. Tak tau la macam mana nasibnya nanti-nanti kan. Tapi aku suka Broga, tak tau kenapa macam ada connection..ceywahhh! Aktiviti Sabtu tu di akhiri dengan makan tengah hari di kedai makan dekat rumah aku.

Ahad (2 mei 2010 – Bukit Apek)

Aku join jugak Bukit Apek sebab nak pergi berkenalan dengan rakan-rakan yang bakal naik Gunung Kinabalu nanti. Ni lebih kurang sesi ta’aruf la kan🙂 . Yang ada pagi tu Hafizah, Athirah, Fad, Julie dan kawan Fad (sengaja tulis nama diorang kat sini, takut lupa😛 ) . Nampak muda-muda, muda dari aku kot diorang nih. 7.45 start naik ikut trek ke air terjun, tapi tak pergi air terjun la. Dari simpang ke air terjun, kami terus ke summit. Lepak kat sana. Kali ni aku tak bawa kamera. Best jugak eh jalan lenggang. Kalau tak sure nak berhenti ambik gambar. Fad dan Athirah kaki kamera jugak rupanya. Ok lah tu, nanti kat KK, tak de la aku sorang-sorang kat belakang😀 . Diorang ni fit jugak. Laju jugak mendaki. Lama jugaklah lepak kat summit. Discuss pasal preparation, barang apa tak beli lagi, program kat KK, bla..bla..10.45 start turun. 12.15 sampai bawah. Lepak kejap, dan say babai. See you all di KK🙂 .

Sekian. Hari Isnin aku pergi ofis macam orang lepas kena belasah di perut di sepak di kaki😀 (macam pernah kena belasah) . Tapi saat blog ini ditulis, aku dah sihat sepenuhnya, hooray!

Aku menulis jam 9 malam😉

Excited, tak sabar, takut, risau, macam-macam ada sekarang ni memikirkan trip lagi 2 minggu saja lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s