Bila ‘anak-anak angkat’ berkumpul..

..rumah parents arwah Diana kecoh. Masing-masing nak bergosip. Suara masing-masing tak bleh blah. Macam kat pasar borong😀 .

Sabtu lepas, Fir datang KL, budak-budak lain pun free, Ana pun kebetulan balik dari German, aku pun agak free walaupun pagi tu mendaki, tapi aku fikir susah nak dapat berkumpul macam ni, aku pergi juga lah. Penat memang penat, tapi best!

Bagi aku, aku dah anggap mak dan ayah arwah ni famili angkat aku di KL. Diorang pun kenalkan kami (kawan-kawan Diana) kat saudara-mara diorang, macam anak diorang. Ye lah, famili aku jauh di Kelantan sana kan. Dengan diorang ni lah dulu-dulu aku dan Fir selalu minta tolong, selalu menyusahkan diorang. Aku rasa budak-budak lain pun anggap yang sama dengan aku. Sebab mak ayah arwah ni baik sangat.

Macam mana aku kenal diorang ni? Arwah Diana kawan sekolah Fir. Jadi, secara tak langsung aku pun dah jadi kawan arwah, sebab selalu pergi makan-makan rumah arwah. Mak ayah arwah pandai masak. Diorang peramah sangat. Walau pertama kali jumpa, aku rasa macam jumpa saudara sendiri. Sejak itu, apa-apa aktiviti melibatkan kawan-kawan sekolah Fir, aku menyibuklah join😀 .

Kenal arwah tak lama, dia meninggal. Kanser usus. Paling sedih sebab hari dia meninggal, aku dan Fir di Hong Kong, ikut company trip. Sebelum pergi trip, aku dan Fir ada cakap-cakap, macam mana kalau kami tak sempat tengok arwah. Sebab time tu dia memang dah tak de harapan. Awal pagi hari terakhir di Hong Kong, Fir dapat sms dari Nani (atau Ijun, tak ingatlah), Diana dah tak de. Aku dah tak boleh tidur dah lepas tu. Menangis sama-sama dengan Fir melalui telefon hotel. Aku terima sebab keadaan Diana teruk sangat. Kesian tengok dia menderita. Tapi ralat sebab tak dapat tengok dia kali terakhir😦 .

Mak ayah mana yang dapat terima kan. Makcik kata, pakcik senyap je. Aku ingat lagi, malam tahlil yang kami pergi tu (sehari selepas balik dari Hong Kong), nampak je kami sampai, pakcik terus menangis sambil peluk-peluk kitaorang depan orang ramai. Aku tak boleh la tengok orang lelaki menangis. Tambah-tambah orang tua. Kesian sangat. Makcik kata bilik Diana sentiasa tertutup, kalau tak mesti teringat. Tengok katil, meja, buku (arwah memang suka baca buku) mesti teringat. Sejak hari itu, kami jadi semakin rapat dengan mak ayah Diana. Salah satu tujuan, tak nak bagi diorang sunyi la. Arwah Diana ni, satu-satunya anak perempuan dan yang paling bising kat rumah tu pun, dia lah. Bila dia tak de, makcik kata sunyi sangat.

Alaaa macam sedih la pulak, tukar-tukar topik😀

Hari Sabtu tu makcik masak mee rebus dan  lontong.  Sedap! Makcik siap sms bagitau jangan bawa apa-apa. Nak kami makan yang dia masak je. Tapi kitaorang bawa jugak. Surprise! Kek Hari Ibu. Kira celebrate awal seminggu la🙂 . Yang sebenarnya, aku pun mengidam nak makan carrot cake Secret Recipe tuh😛 . Pukul 7 lebih, masing-masing balik dengan perut kenyang. Terima kasih makcik, pakcik! Nanti buat makan-makan lagi ye,kami pasti datang . Next gathering maybe buat kat Melaka, kampung pakcik😉.



4 thoughts on “Bila ‘anak-anak angkat’ berkumpul..

  1. mun-e 4 May, 2010 / 1:03 pm

    ko dah buat aku menangis…😦

  2. along kau! 5 May, 2010 / 4:00 am

    wuwuwuwuwwuwuw….sedey…terus x jadik minum white coffee…

  3. jijah@kurt 6 May, 2010 / 3:17 am

    along.. sedihnya.. huhuhu.. by the way.. sal pun ada??

    • whooz 6 May, 2010 / 7:49 am

      kebetulan ter-reunion dgn sal sekali..😀

      sal tu kawan sekolah arwah jugak🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s