Kurang seminggu

..lagi aku dan 7 girls yang aku baru kenal akan sama-sama mendaki Gunung Kinabalu. Dalam minggu ni, dapat tau 2 orang tak dapat join. Sorang tak tau sebab apa, dan sorang lagi ada hal keluarga. Miza, kami semua doakan ayahmu sembuh. Aku tau ini sangat-sangat berat untuk korang sekeluarga. Gunung sentiasa di situ, mana tau next year kita boleh pergi kan😉 .

Preparation dah hampir siap. Tinggal glove je lah belum beli. Mahal la glove nih. Fuhhh. Tapi kena beli yang elok sket, takut tak tahan sejuk, ada yang tak naik puncak nih. Tolak pi tolak mai, tambah pi tambah mai, banyak juga aku berhabis untuk trip ini. Ye lah, semua barang aku tak de. Itu pun aku start beli sikit-sikit dari tahun lepas. Sebulan beli satu barang (macam orang nak kahwin, beli sebulan satu barang hantaran kan😀 ). Itupun sesetengah barang aku dapat diskaun staff price (tq sesangatla kat adik ku, kalau tak berangan la aku nak dapat beg murah), ada juga barang yang aku beli kat kedai bundle, dan thanks to BATA sebab ada jual kasut hiking yang murah😀 . Aku dah guna 3 kali dalam pelbagai keadaan tanah, harap-harap tak de masalah kat gunung nanti. Amy kata tak yah fikirlah sangat pasal duit habis tu, nanti dah sampai sana, dah tak rasa apa dah duit yang habis tuh. Betul jugak la kan. So target aku, nak ambil gambar banyak-banyak. Li-ion bateri -2, memory card 4G -1, 8G – 1, cukupla kan. Ke tak cukup????? (jangan tamakkkk)

Harapnya dapat sampai ke puncak dengan selamat. Macam-macam tips yang aku dapat. Insyaallah, balik nanti aku compile semuanya termasuklah tips dari pengalaman sendiri. Sebelum pergi, kerja banyak nak kena siapkan. Harap tak de masalah. Ok, tak mau fikir banyak sangat. Bak kata sorang rakan, jangan fikir banyak. Enjoy the trip😉 .

Trail yang kami akan lalui nanti. Dari Mesilau Nature Resort

source

5 thoughts on “Kurang seminggu

  1. along kau! 12 May, 2010 / 7:29 am

    good luck. sgt jeles. x nak taip pjg2.

    • mun-e 12 May, 2010 / 4:37 pm

      hahahahahaa. kelakarrrrrrrrrrr!

      • whooz 13 May, 2010 / 12:58 am

        hehehhe kannnn..okeyy tq🙂

  2. meeza 12 May, 2010 / 3:29 pm

    Tima kasih utk doamu. Aku doakan ko selamat pergi dan pulang. Nanti boleh bagi tips pada aku.

    • whooz 13 May, 2010 / 12:57 am

      thanks weh cap berlubang tuh..aku bawa semangatmu bersama2 cap itu😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s