The Race

Walaupun kalah, tapi enjoy giler hari tu. Kami tak serius, jadinya, macam-macamla bende-bende lucu terjadi. Sebelum race, kami memang dah target nak suka-suka je, nak ambil pengalaman. Orang kata, lepas treasure hunt ni boleh gaduh. Jadi tak digalakkan suami isteri masuk satu team😀 . Alaa kalau gaduh pun, masam-masam muka tang tu je.

Ada 2 Part. Part I kami kena selesaikan 4 puzzle. Semua puzzle-puzzle ni ada di 3 checkpoint kecuali Puzzle 1 di tempat berkumpul, Sports Arena.

Part I Puzzle 1  – Sports Arena

Yang anak panah merah tu je yang kami jawab dan betul. Kena work on vocab lebih ni. Tak pun kena praktis speed reading kamus atau pun nak senang kena ada kamus elektronik. Nasib baik eza ada kamus dalam hp nye😉

Part I Puzzle 2 – Prima Avenue

Semasa mencari checkpoint untuk soalan ini, kami dapat call dari En Fuad Dahlan, tukang buat soalan treasure hunt. Dia tanya kami kat mana, katanya kami team terakhir yang tak ambil lagi soalan untuk Part II😀 (lepas settle semua puzzle Part I, kena submit dan ambil soalan untuk Part II di tempat mula tadi). Sudahnya dia yang bagitau kat mana checkpoint tu dan kami tak jawab pun (ke jawab sikit eh) puzzle nih😀

Part I Puzzle 3 – Taman Tasik Cyberjaya

semua soalan di atas kami jawab salah😀

kami jawab betul no.7: You’re under arrest dan 10: Tripod (sebab baru beli tripod kan..hehehh) sahaja. No.8 tuh kami pi jawab BANANA (orang suruh split, kami pi sambung😛 )

Part I Puzzle 4 – Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya

Ini pulak kena jawab berdasarkan tayangan video. Yeayyyy! betul semua

Part II – Part yang paling best. Berpandukan tulip (peta lokasi untuk dapatkan jawapan), kitaorang travel dari Cyberjaya-Putrajaya-Bangi-Kajang-Cyberjaya. Best! Sangat penat sebab kat sini kena guna tenaga fizikal dan otak🙂 . Ada 25 soalan, tak silap aku dalam 10 soalan je kami dapat jawab dengan betul. Ada yang betul-betul kami crack puzzle tu, ada yang main hentam dan betul! Kena beli 3 treasure berpandukan soalan. Tapi semua treasure yang kami beli salah😀

Soalan:
Harta karun yg sdh pasti tak blh dipancing.
Sambungkan sayur campur & matawang asing.
Satukan arah mungkin dr utara blh membantu.
Brg mkn ini setin tlg bawa itu yg kami mahu.
Pasukan Liga Inggeris & merah ianya ada kena mengena.
Yg musim dpn tak akan main di liga juara-juara

kami beli Sotong dalam tin jenama REX😀

Soalan:
Sports brand airborne swimmer snack

kami beli MILO Nuggets😀

Soalan:

kena selesaikan words tersembunyi, yang tinggal tu lah treasurenye

kami beli BREEZE buku tak de kaler😀

Sekarang dah nampak how actually kami berfikir. Jujur sangat😀 . Tak pe, kena asah lagi otak untuk berfikir OUT OF THE BOX😉 . Ok, layan gambar jom!

breakfast disediakan

inilah En.Fuad Dahlan yang baik hati menelefon kami (yang duduk sambil menulis)

kereta-kereta yang bertanding

Next treasure hunt??? Ya pasti masuk!

5 thoughts on “The Race

  1. along kau! 18 May, 2010 / 7:56 am

    hahahahahahhahahah siap penganjur tepon bgtau kau last team..aduhhh …sakit perut aku.. weih huzz…lenkali ajak la aku… hohohohohooh….

    • whooz 18 May, 2010 / 8:02 am

      sangat2 hargai usaha murni en fuad tuh😀 . kalau tak sampai sudah tak jumpa kot Old Town (checkpoint) tu . last2 balik balakong.. beresss, ada treasure hunt baru, I inform ye

  2. deidaa 23 May, 2010 / 12:19 pm

    Ala at least kita bkn the last the last team smpai utk TULIP kan? teheheh.

  3. kay 24 May, 2010 / 12:49 am

    Salam Whooz… kami dh masuk ofis!

    • whooz 24 May, 2010 / 2:04 am

      hehhehehe..selamat bekerja wanita2 kental!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s