Ding dong! KK saya datang lagi

Selera makan aku macam gergasi lepas balik KK. Aku asyik lapar saja!

Tak tahu nak start dari mana. Semuanya macam berlumba-lumba nak keluar dari memori, ke jari untu ditaip di blog. Aku buka wordpress ni dari pagi tadi, pukul 4 petang baru keluar ayat pertama🙂 .

Trip ke KK, semuanya berjalan seperti dirancang. Ini kali pertama aku join trip di mana aku bukan mastermindnya. Agak relax kan, bestla pulak😉 .

Tiba di KK jam 12.15 pagi, jumpa En.Ismail (driver kami sepanjang 5 hari di Sabah), dan terus ke hotel. Budget hotel Degalleria di Kampung Air, not bad lah, tapi biliknya kecil sangat. Yang bestnya buka je pintu hotel, terus ada pasar yang beroperasi SETIAP hari dari pukul 4.30 petang -12 malam. Hari Ahad pula pasar tu jadi pasar bundle. Sebelahnya pula Restoren Mamak Laila yang mana maggi gorengnya amat sedap!

Degalleria Hotel

19 Mei 2010 – Island Hoping (Snorkeling di Manukan, Memutik, Sapi)

Ketiga-tiga pulau ni aku dah pernah pergi dulu, 2 tahun lepas tak silap. Jadi tak de lah rasa excited gegila bila diorang masukkan aktiviti ini dalam itinerary. Tapi aku silap. Kali ni lebih best rupanya sebab aku dah berani berenang (terapung sebenarnya😀 ) ke tengah-tengah yang dalamnya lebih kurang 10 kaki dan boleh control rasa panik bila tengok benda-benda dalam air. Tak tahu dari mana datangnya berani tu. Maybe sebab jeles tengok Nurul dan Intan bersuka ria berenang-renang ke tengah. Jadi aku, K dan Athirah sama-sama pegang tangan berenang ke tengah (ini abang driver boat panggil berkumpul macam sotong, cis!). Yang buat lagi best, Nurul bawa kamera yang ada underwater cover. Memang syoklah! Nak beli lah satu. Memutik dan Sapi saja yang best. Manukan sangat kotor. Siap ada bangkai tikus yang dah kembung terapung-terapung. En.Ismail pesan jangan guna tenaga sangat, simpan untuk gunung. Tapi, tak boleh tahan lah tengok air, nak terjun je kerjanya. Itu belum lagi diving, harus ambil kelas nih🙂 . Pukul 4 van dah tunggu di jeti, kami balik ke hotel, mandi-mandi dan keluar ke bandar KK, jalan-jalan cari makan.

bersama tapak sulaiman dan gamat

sunset di bandar KK

20 Mei 2010 – Poring – Mesilau

Poring ni pun dah pernah pergi sebelum ni. Biasa saja lah. Sampai-sampai terus rendam kaki dalam kolam air panas. Adala dalam setengah jam kot. Kemudian kami naik kanopi. Tak puas hati sebab untuk bawa kamera naik kanopi, kena bayar rm5 satu kamera. Tak tau lah mana logiknya, bukannya kalau kita snap gambar, pokok-pokok dalam hutan tu rosak. Kalau nak kenakan bayaran pun, 1 group, rm5, ok la kan. Mula-mula kami bayar untuk 1 kamera sahaja. Tapi orang-orang yang kerja di situ pandai, diorang ada spy tau. Diorang akan lapor melalui walkie-talkie, berapa orang yang guna kamera. Siap nak check memori kad lagi tu. Tak puas hati punya pasal, Nurul dan Julie buat report kat kaunter😀 . Walaupun pernah pergi, apa yang beza kali ni, aku rasa tak letih langsung naik bukit untuk ke kanopi tu. Ingat lagi 2 tahun lepas, banyak stop, semput, macam-macam lah. Maybe sekarang ni dah fit sket kan. Rasa kejap sangat. Best lagi kanopi di FRIM. Pukul 3 macam tu, kami gerak ke Mesilau Resort, tempat kami bermalam sebelum start mendaki esok pagi.

di Jambatan Tamparuli

Gunung Kinabalu dari Pasar Nabalu, Ranau

tak boleh rebus telur, celup kaki dan ??? (basuh kain ke??)

di Mesilau Resort office, check in. Sambil minum teh Sabah. Walaupun aku tak minum sangat air manis, saja minum, ambil feel🙂

cafe di Mesilau Resort, makan nasi goreng harga rm18!

Rumah kami bermalam. 1 rumah ada 3 bilik

21 Mei 2010 – Mesilau – Laban Rata

Aku tak dapat tidur lena. Asyik terjaga. Pukul 10 dah cuba-cuba untuk tidur. Pukul 1 terjaga, pukul 3 terjaga lagi. Pukul 5 jaga terus untuk bersiap. Bawa semua barang turun sebab dah kena check out. Nanti pulang dah tak lalu Mesilau, lalu Timpohon pulak. Settle checkout, bayar upah untuk transfer beg ke Kinabalu Park, dekat Timpohon (1 beg = rm10), kami pergi breakfast. Ada macam-macam, rasa nak makan semua. Memikirkan kejap lagi nak mendaki, batalkan hasrat tuh. Aku makan nasi goreng sket, bihun goreng sket, sosej pendek 2 ketul, roti telur, telur dadar sebiji dan pancake. Eh macam banyak pulak kan..hahahahha. 6.30 – 8.00 memang time breakfast. Cafe penuh orang. Ada banyak group. Group paling besar, Air Force dari Labuan dan Sarawak, dalam 40 orang. Ada group dari Penang, dari KL pun ada, dari Jepun (dalam group Jepun ni ada nenek, tabik aaah nenek!), dari Singapore dan lain-lain yang aku tak tau🙂. Menurut kata bos ku, di Jepun banyak gunung dan temple-temple di bina di atas gunung. That’s why diorang ni kuat naik gunung.

sebelum start mendaki. muka aku terlebih ‘nur’😀

weighing session

Lepas beli tongkat (rm5), timbang beg untuk porter bawa (1kg=rm10), briefing dari guide dan baca doa, pukul 8.15 kami bergerak. Excited dan kecut perut juga, macam-macam rasa. Sebab tak dapat bayang apa yang bakal kami tempuh untuk 8 km nanti. Kami ditemani 2 guide/porter dan 2 personal guide untuk Fad dan Adek. Trail ke Gunung Kinabalu ni ada 2, 1 dari Mesilau (lebih kurang 8km ke Laban Rata) dan 1 lagi dari Timpohon (6km ke Laban Rata). Laban Rata tempat kitaorang bermalam 1 malam sebelum naik ke puncak pukul 2 pagi esoknya. Dekat-dekat Laban Rata ada 2-3 lagi tempat penginapan, Gunting Lagadan, Panar Laban dan Waras Hut.

Dalam kurang 1km dari starting point, hutan macam biasalah. Pokok-pokok besar, tinggi, gelap. Macam naik Bukit Apek gitu je lah. Trek pun banyak akar pokok berselirat. Para Air Force semua laju. Group aku pun ada di depan, ada di belakang. Aku make sure aku di tengah-tengah. Aku slow-slow je sambil ambil gambar . Dah kata nak ambil gambar banyak-banyak kan. Jumpa tempat best, stop ambil gambar. Kalau tak de orang, tunggu sampai next person muncul, suruh diorang ambilkan. Yang bestnye, tak sempat nak suruh, diorang awal-awal lagi “want me to take your photo?” …hehehhe nyiru aku tadahkan la kan. Lepas tu, “..then you take my photo aaaaa”😀 .

keadaan dalam hutan

Hampir dengan KM1, jumpa satu kawasan yang agak terbuka. View gunung jauh sayup-sayup. Cantik! Wajib stop nih. Banyak la kami stop. Setiap papan tanda yang tulis KM pun kami stop. Para Air Force kata, bila nak sampai, asyik stop ambil gambar je. Tapi diorang pun stop sebab kena jadi cameraman kami hehehheheh. Kadang-kadang kami dipintas oleh porter-porter yang bawa beg berat-berat tuh. Kuat betul lah. Muka rilek je, macam tak de apa-apa. Siap offer untuk jadi cameraman lagi. Trail lalu Mesilau ni tangga je memanjang. Kena naik turun bukit lagi, sebab tu ikut sini lebih mencabar. Kalau ikut Timpohon, tangga naik je.

team Air Force ajak masuk gambar, aku ok ajeeee

ada tanah yang ditarah jadi bentuk tangga, ada jugak memang betul-betul tangga kayu diorang buat sepanjang trek ni

hampir setiap 1km, ada pondok untuk berehat, pili air untuk refill botol dan toilet untuk (ape lagiii)

Sampai di KM5, aku rasa macam kat alam fantasi macam dalam movie tu. Kabus sekeliling, pokok renek-renek, suhu sejuk. Yang best mendaki kat sini, suhu yang sejuk. Berpeluh satu baldi pun, cool je😉 . Kat KM5 ni macam tak boleh stop tekan shutter. Cantik! Tapi nak lepak-lepak tak boleh sebab takut sampai lewat dan gelap.

everybody’s favourite spot rasanya, KM5

seram tak????

Lebih kurang pukul 2, kami sampai di simpang Timpohon-Laban Rata. So far kami masih dalam time, sebab untuk sampai di Laban Rata lebih kurang pukul 4 lebih, kami kena buat 1km sejam. Rehat makan di sini. Ihsan dari sorang makcik climber dari team Air Force, dia bagi lunch pack dia kat kami sebab dia share dengan anak dia. Thank you aunty! Kami punya pack lunch ada kat porter, porter jauh lagi kat belakang. Haishh menyesal suruh porter bawa. Setiap sorang yang ambil pakej dengan Sutera Sanctuary di Mesilau Resort tu  akan dapat  lunch pack. Ada sandwich, telur rebus 2 biji, ayam goreng seketul dan epal sebiji. Share lah sorang sikit dengan Thirah, Intan dan Yat. Sedih tak cukup makan hehehhe. Lepas makan, terus jalan lagi. Kali ni dah berpecah. Thirah dan Yat laju ke depan, aku macam biasa tengah-tengah dan Intan belakang sekali sebab kaki dia sakit.

porter bawa barang, itulah ‘deuter’ dia😉

dari simpang Timpohon-Laban Rata, ini la rupa treknya, berbatu-berbatu, yang buat lutut aku sengal tiba-tiba

Jarak lebih kurang 1.5km lagi untuk sampai di Laban Rata, tapi rasa jauh giler. 500m pun rasa jauh sangat. Kat sini, mental sangat-sangat mainkan peranan. Fikir negative, tak sampai lah. Penat berganda-ganda dari tadi. Beg yang ringan tu rasa macam sebeban batu besar. Kaki nak angkat melangkah, rasa macam kena ikat. Seksa! Waktu ni aku dah tak ambil gambar sangat. Fikir nak sampai awal je.  Nak makan! Mulut dah tak lalu nak makan coklat/power bar/gula-gula/biskut. Nak pulun nasi je. Tapi porter pesan, jangan tension-tension, enjoy view kiri kanan, maka tak terasalah jauhnya. Dalam 200m lagi nak sampai, dapat call dari Nurul (ketua group kitaorg), dia dan Julie dah sampai. Perghh laju giler. Aku pun, makin lajulah, dengan sengal2 lutut dah tak peduli. Pukul 4.30 gitu, aku dah nampak bumbung Laban Rata. Yes! Sampai je letak beg, terus turun café, cedok semua yang ada..hahahhahha. Best! ada kambing, lembu, ayam, sayur banyak jenis, mee, buah macam-macamlah. Puas! Lepas kenyang baru sambung sesi berfoto;). Adek dan K sampai lebih kurang jam 6 petang dan Fad jam 7 lebih. Semua selamat sampai, yeay!

K dan Adek sampai

Hostel di Laban Rata ok lah nak kata selesa sangat pun tak jugak. Katil double decker tingkat atas tak de pagar pun pastu goyang-goyang. 1 bilik boleh masuk 6 orang. Bilik kami depan bilik mandi dan toilet. Kebetulan time kami kat situ, heater problem la pulak. Mandi dengan air sejuk lah. Giler! Nak gosok gigi pun ketar-ketar.

22 Mei 2010 – Laban Rata – Summit

Seawal jam 1 pagi kami dah bangun sebab Fad dan Adek kena start daki ke summit awal dari kitaorang sebab personal guide dia takut dia lewat sampai summit. 1.30 pagi dia dah gerak. Jam 2 pagi kami breakfast. Rasa macam bangun makan sahur pun ye jugak. Sahur pun lewat lagi. Supper ala kadar, pastu siap berkumpul di starting point. Kali ni 2 guide akan iringi group kami. Sorang di depan sorang di belakang. Sebenarnya, part ke summit ni lah cabaran yang sebenar. Yang siang tadi tu tak sesukar ke summit. Sebab kita kena atasi rasa takut berjalan dalam gelap, rasa sesak nafas sebab di tempat tinggi, rasa sejuk yang kau pakai baju 5 lapis pun masih rasa ke tulang, kekuatan kaki dan tangan untuk naik tangga yang non-stop dan berjalan di lereng batu berpegangkan tali. Lepas sedikit briefing dari guide dan baca doa, kami mula jalan. Time ni aku berdebar giler, sebab tetiba rasa takut bercampur baur dengan semangat nak sampai jugak ke summit. Guide kata, kalau tak mampu, jangan paksa. Aku dengar tu rasa macam ishh mana boleh, dah penat-penat sampai sini, tak kan tak sampai summit.

Supper jam 2 pagi

Seperti biasa, aku pastikan aku di tengah-tengah. Banyak kali aku stop. Hidung tetiba berair, kepala pening-pening, sejuk ketaq. Sejuk kat atas tu sampai aku nak bercakap pun tak teratur. Tak boleh nak sebut betul-betul. Dari starting point, kami naik tangga saja. Sesak nafas. Aku boleh dengar jantung berdegup. Dari jauh aku dengar orang uwek..uwek muntah. Ishh aku memang kalah kalau bab-bab muntah ni, jadi aku stop dulu, tunggu diorang habis muntah. Nurul, Julie dan Yat dah jauh ke depan. Belakang aku Thirah, Intan dan K. Adek dan Fad tak tau kat mana. Jalan memang gelap! Apa pun tak nampak, aku ikut orang depan je. Dia langkah aku langkah, dia merangkak aku merangkak. Aku agak tension sebab aku berjalan seorang. Nak berjalan kat belakang takut tak sempat kejar matahari..hehehe..Macam-macam di fikir. Kalau mati kat situ lah, jatuh kat situ lah. Untuk hilang tension, aku snap gambar gelap-gelap tuh🙂, enjoy view headlamp pendaki yang berbaris macam semut (actually ni pesan dari sorang pakcik air force team yang pintas aku) .

di Sayat-Sayat Hut

Jam 4, aku sampai di Sayat-Sayat Hut, untuk lapor diri untuk naik ke summit. Dari sini ada lebih kurang 1.2km kot untuk sampai di summit. Rehat kejap, sambung jalan lagi. Jam 5, dah cerah sikit. Dah boleh nampak bentuk-bentuk puncak. Puncak yang mula-mula nampak di sebelah kiri ialah South Peak, gambar yang ada kat duit kertas rm1 tu. Then belah kanan nampak bentuk Donkey Ears Peak. Di hadapan, sayup-sayup nampak Low’s Peak, puncak yang sepatutnya kami tawan😉 . Jam 5.30 aku sampai di satu kawasan yang agak terbuka. Untuk tengok view sunrise, selain di puncak, kat situ memang sesuai. Jarak ke puncak lebih kurang 200m, aku decide tak nak naik lagi sebab tak nak miss sunrise. So lepak-lepak dulu. Tetiba dengar suara Thirah dan Intan. Yeay! ada kawan🙂 . Matahari pelan-pelan naik. Mula-mula nampak satu garisan kaler oren, then garisan oren tu makin lama makin tebal, kemudian jam 5.47 (based on time kat photo yang aku ambil) nampak sebiji bulat warna oren muncul di kanan garisan oren tadi. Subhanallah! Memang menangis lah aku tengok matahari tu. Cantik sangat!. Dapat jugak tengok sunrise, nak kejar sunrise di Broga punyalah susah😀 . Layan sunrise dalam 15 minit, kami start daki ke puncak.  6.20 pagi secara rasminya aku sampai di puncak😉 . Puas! Thirah buat call 3G ke mak dia, jelesnyeeeee. Aku hanya hantar sms kat beberapa rakan sebab bateri nak habis dah.

Nak bergambar di papan tanda Low’s Peak tu punyala susah. Berbaris. Kat atas puncak tu, batu-batu lebih tajam, tak de batu-batu yang lebar yang boleh kita pijak dengan selamat. Bahaya jugaklah bersesak-sesak kat atas tu. Sampaila turn kami untuk berfoto, jangan risau ramai yang sudi jadi cameraman🙂 . Sporting lah semua orang. Tak lama pun lepak atas tu, pukul 7 gitu dah start turun. On the way turun jumpa Fad. Yeayy! sampai jugak dia. Tak lama lepas tu jumpa K. Adek je yang tak sampai. Dia sampai di KM8 then dah tak boleh terus dah. Sampai situ pun dah boleh dapat cert berwarna🙂 . Aku macam sebak juga sebab tengok semangat diorang  kuat giler. Kalau aku, sorang-sorang macam tu, tak taulah apa jadi, dengan sakit lagi. Kami beruntung sebab dapat guide yang sangat bermotivasi. Fad kata guide-guide lain suruh dia jangan teruskan. Tapi guide kitaorang siap bakar-bakar lagi untuk sampai ke puncak. Bagus betul. Thanks pak-pak semua! Jadi, guide pun mainkan peranan penting. Dahla kita sorang-sorang kena tinggal dek kawan-kawan lain, guide pula tak membantu langsung, mana nak datang semangat tu.

On the way turun, baru kami nampak dengan jelas trek yang kami lalu tadi. Menakutkan! Memang patut kami naik gelap-gelap, kalau tak ada yang patah balik. Punya la susah nak turun sebab tak tau nak landing kaki kat mana, especially kat lereng batu tu,  sedangkan naik tadi ok je. Memandangkan kami kena kejar breakfast yang habis pukul 10.30 pagi, laju jugaklah turun. Dalam 3 jam dah sampai bawah. Itupun banyak jugak stop berfoto. Sampai je terus ke cafe, ceduk semua makanan🙂 . Mission completed! Puas!

ada berani nak naik puncak via ferrata???

22 Mei 2010 – Laban Rata – Timpohon

Siap breakfast, kami mula turun ke Timpohon jam 11 pagi. Nasib baik Nurul, Julie dan Yat sampai awal dari puncak tadi, diorang dah settle check out semua. Nurul dan Julie pun dah mula turun ke Timpohon awal dari kami sebab nak kejar lunch di Kinabalu Park yang akan habis jam 4.30 petang. Thank you korang!!!

Kali ni kami jalan rilek saja. Aku, Thirah, Intan, Fad dan Yat. Sebab dah tak ada apa nak dikejar. Cuma kena make sure sampai sebelum hari gelap lah. Laban Rata ke Timpohon lebih kurang 6 km. Mula dari KM4.5 hingga ke Timpohon gate, treknya tangga saja. Tangga pulak jaraknya besar-besar. Memang lenguh! Sebab turun saja trek ni, kami kena jaga kaki dan lutut lah. Kalau tak selesa pakai kasut, better pakai selipar. Selipar yang tahan lasak lah. Time ni memang terasa sakit jari kaki lah.Trek ke Timpohon ni memang biasa sangat, tak de apa yang menarik. Patutlah orang recommend naik ikut Mesilau Trail. Kamera pun aku simpan dalam beg saja.

tangga di Timpohon Trail. Besar-besar gini, mat salleh je lah boleh langkah

Sampai di KM1, hujan mula turun. Kabus pun makin tebal. Kami tak berani nak jalan jarak-jarak. Better dalam 1 group.  Jam 5 petang kami sampai di Timpohon gate. Report di pondok dan tunggu van datang jemput ke Kinabalu Park. K sampai jam 6 petang. Buffet dinner di Kinabalu Park. Diorang replace lunch dengan dinner sebab semua kami tak sempat nak ambil lunch. After dinner, balik ke KK.

23 Mei 2010 – KK Town

Walaupun kaki masih sakit-sakit, tapi kalau dah nama perempuan, dapat shopping, hilang habis yang lenguh/sengal/sakit tadi.  Habis Pasar Gaya kami round, pergi pula Pasar Phillipine. Syoknyeeeee shopping! (sampai kena pergi ATM 2 kali😀 )

Ok, aku nak stop dah. Itu je lah kot yang aku ingat dan kongsi kat blog ni. Sesiapa yang berhajat nak daki Gunung Kinabalu, aku sokong 500% sebab ianya sangat berbaloi. Tak semestinya time bujang.  Ramai yang kata pergilah time bujang, kalau dah kahwin susah. Susah tu memang susah. Bukan susah apa, mana nak handle anak, kalau kecik nak kena tinggal kat sesapa. Kalau anak-anak dah besar, kena sediakan fulus lebih la sket kan. Nak support diorang.  Pada aku, pergilah bila-bila korang rasa senang. Aku berhajat jugak nak mendaki dengan suami dan anak. Tapi dah umur 30 ni tak kahwin lagi, entah umur aku berapa la aku boleh join anak aku. Tak pe lah, kalau mama tak larat, kau naiklah ye😉 .

Tengoklah kerajinan aku, maybe next entry aku tulis pasal tips dan perbelanjaan kitaorang untuk ekpedisi ini😉. Makin lama makin mahai tau kos nak mendaki nih, jadi pergilah sekarang! Tapi dengan adanya Air Asia, sekurang-kurangnya kos kapal terbang dah boleh jimat sket.

TAMAT

17 thoughts on “Ding dong! KK saya datang lagi

  1. kay 25 May, 2010 / 10:02 am

    oppss… dlm draft kay pun menda yg sama…

    tp serius… mmg lapar tahap gaban lepas balik dr KK…

    lapar… makan skit, kenyang… tak smpi baper jam, lapar balik…

    btul ke bleh turun 5kg nih?

    • whooz 25 May, 2010 / 10:17 am

      haahah ye kee? sindrom turun gunung kot kan..giler laa, makan nasi penuh pinggan pukul 12, pukul 4 makan penuh pinggan lagi…

  2. kay 28 May, 2010 / 11:12 am

    alhamdulillah, guiders kita semua ok… semangat nak suruh kita naik puncak kan?

    cheh… terkenang pak jaidi… hahahaah

  3. nhalilah 31 May, 2010 / 8:56 am

    bestnyer korg siap trekking lagik.. dapat sijil plak tu.. hari tu pegi sabah cuma bergambar je kat kaki gunung.. itu je yg mampu ngan anak2 yg still kecik.. tp semangat dokong anak naik canopy walk kat poring.. (hubby la…) tunggu anak besar skit boleh trek kat mesilau.. mcm best je baca citer ko..

    • whooz 31 May, 2010 / 2:13 pm

      gud2, kenalkan anak-anak dengan hutan-hutan. haa tunggu besar sket, nak bawa naik gunung pun boleh. Ada uncle ni cerita, dia bawa anak pempuan dia umur 6 tahun naik gunung

  4. en_me 16 June, 2010 / 2:54 am

    sungguh x me sangka, budak athirah sbm pun ader kat blog ko nih.. caiyok caiyok.. kem salam kat thirah oke.. ehehe

    • whooz 16 June, 2010 / 4:48 am

      hoke😉

  5. kay 18 June, 2010 / 10:18 am

    en_me kenal athirah?

  6. diNo 21 December, 2010 / 12:27 am

    ok ke kalu mula dari mersilau dari ikut timpohon..??

    • whooz 21 December, 2010 / 4:19 am

      yes, sangat2 recommended. sebab awak akan jumpa view yang cantik dan boleh buat kita lupa kejap pasal letih..hehhe.. jarak jauh sket dari timpohon tapi lagi best lah. plus akan dapat 2 sijil🙂. if naik dan turun dari timpohon dapat 1 sijil je

  7. diNo 22 December, 2010 / 8:44 am

    hehe thanks for reply.. tp klu ikut mersilau.. nk redah 8km bak kata ko kena target 1jam 1km.. larat ke nk naik puncak.. perhh msti pewai tahap gabannya laktu nk bangun kol 2 utk naik puncak plk..

    • whooz 22 December, 2010 / 9:36 am

      insyaallah larat. make sure dah sampai laban rata, lepas mkn, kemas siap2 brg yg nak bawa naik puncak, barang yg nak tinggal di hostel then terus rehat/tidur. tak yah nak berjaga malam😛. dptkan rehat yg secukupnya. . . tidur pun kitaorg pakai baju yg nak naik ke puncak. bangun2 terus siap🙂

      bila nak pergi?

      • diNo 23 December, 2010 / 1:52 am

        3-5 may ni.. tp aku baca blog ko ni msti ko dh biasa naik G7 sbb tu aku tgk ko rileks jerk.. aku naik gunung tebu jer dh injured.. hahahaa..

  8. whooz 23 December, 2010 / 5:46 am

    mana ada G7 apa semua. tak sempat pun nak naik gunung. before ke Kinabalu aku naik gunung dato sekali, bukit apek 3 kali kot , broga berkali-kali. pastu menara KL dan lain2 joging sket-sket..

    • diNo 27 December, 2010 / 7:19 am

      cukup ke bnda tu suma klu naik ikut mersilau..? klu cukup aku pn nk excersice ala2 camtu jgkla.. kawan aku siap saiko aku suh naik 5 set tangga batu caves tiap2 minggu.. aduhh parahh..

      • whooz 27 December, 2010 / 2:20 pm

        kalau ikutkan, x cukup hehhe..tapi kitaorg memang dah x cukup masa, buat yg termampu je..naik tangga batu caves tu betul. kalau tak cukup masa nak gi hiking tpt lain, boleh la training kat situ. sebab trek di kinabalu memang bertangga

  9. diNo 28 December, 2010 / 2:46 am

    yg bertangga tu ikut timpohon je kan..? kalau ikut mersilau trek hutan je kan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s