Batik untuk dijual :)

Kemeja batik satin
Harga: RM200

Kain pasang batik crepe lukis tangan – 4 meter
Harga: RM250

boleh tinggalkan komen atau email ke warima_20@yahoo.com jika ada yang berkenan di hati ๐Ÿ™‚ dan juga untuk sebarang pertanyaan.

๐Ÿ™‚

Advertisements

Pudu Pergi II

Miza, izinkan hamba mencuri tajuk entry tuan hamba eh ๐Ÿ˜€

Betul kata orang, bila di depan mata, tak dihiraukan

Bila hilang dari pandangan mata, baru nak teringat-ingat

Aku imbas balik, 6 tahun aku stay di KL, sekeping pun tak de gambar dengan Penjara Pudu. Setiap kali pergi Times Square, aku akan jalan kaki (jimat dan exercise), tak naik monorel pun dari Hang Tuah tu. Lalu depan Penjara Pudu, hati pasti melonjak-lonjak ingin tahu apa ada kat dalam tu. Mata tak lepas tengok lukisan mural di sepanjang dinding. Setiap kali naik monorel, mata mesti tertinjau-tinjau dari atas, apa ada kat dalam tu.

Tapi sekarang dah diruntuhkan dah pun, menyesal pun tiada guna.

Baca lagi tentang Penjara Pudu

Tak tau pun mural di dinding tembok penjara tu mural terpanjang di dunia! Sayangnye mural tu.

Arghhhhh!Menyesal lagi!

Semalam saya bermimpi

..tentang ular. Orang kata jodoh nak dekat kan. Tapi itu kalau dipatuk atau dikejar ular. Mimpi saya semalam, saya bermain-main dengan ular. Macam ada pertandingan di kawasan berbukit. Ada 3 puncak semuanya. Saya dan 2 orang lagi bersama ular masing-masing duduk di puncak berasingan. Ular masing-masing berposing sakan. Macam-macam gaya dibuatnya. Semua orang bersorak kat ular yang 2 ekor tu.ย  Tapi ular di tangan saya hanya melilit2 dan gigit2 manja di jari tangan kanan. Selesai pertandingan, ular yang paling macho/bergaya tadi datang kat saya dan duduk diam-diam di sebelah.

Ini kali pertama saya mimpi ular. Saya cari-cari tadi katanya mimpi ular melilit, petanda buruk. Ntahlah. Tapi sampai sekarang kadang-kadangย  saya dapat rasa ular melilit di tangan kanan ni.

Eeeeeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii! syuh!syuh!

btw, berapa ramai rakan-rakan saya di luar sana yang bermimpikan ular sebelum korang bertemu jodoh ๐Ÿ˜€ .

Usaha tangga kejayaan

Mesej buat mereka yang dilanda kesukaran di luar sana (termasuk diri sendiri)

I

biar tergolek

biar tersepit

biar tersembam

biar sakit

biar menangis

dalam hidup mesti ada usaha

– Iris

II

In facing your troubles you are allowed to feel pain, you are allowed to feel disappointed, you are allowed to feel angry, you are allowed to cry ..BUT…YOU ARE NOT ALLOWED TO GIVE UP! – Rahman Mansor (pelari Putrajaya Night Marathon)

Pengantin

Minggu lepas ada 2 jemputan, sempat pergi satu saja. Minggu ni ada 2 jugak sempat pergi 1 jugak. Sorry ye yang saya tak dapat hadir tu. Selamat pengantin baru korangssss!

dari wedding Along Murni & Fadli @ Taman Samudera, Gombak

dari wedding Siti & Erie @ Taman Lerista, Kuala Kangsar

??????