dan pemenangnya adalah….

…bukan SSK ๐Ÿ™‚

Kalau diikutkan giliran naik pentas ambil saguhati, SSK di tempat ke-5/20 team. Oklah tu, ada peningkatan. Treasure hunt kali ni best sebab semua jawapan kita cari di check point. Tak perlu alert apa-apa di antara check point. Dan juga tak de tulip. Tapi tulip ni, kadang membantu, kadang buat sesat jugak ๐Ÿ˜€ .

Lebih kurang pukul 7.30, flag off di depan bangunan KPDNKK. 1st check point, Petronas Presint 16. Sampai je kat sana, kami masih tak tau pun apa jawapan. Tengok orang ramai beli mineral water, air bateri dan 100+, so betul lah tu kan. Cuma kena decide nak beli yang mana satu. Tin ke, botol ke. Fikir-fikir ๐Ÿ™‚

betul

betul (separuh markah sebab kami beli 100+ botol)

Check point ke-2, RnR Seremban. Ada 2 soalan. Yang kami pasti satu soalan kena beli barang. Lagi satu tu, tak sure. Settle soalan 1, kami beli FISH SBACK jenama IKA’S, kami masuk kereta dan jalan sket tetiba stop untuk fikir jawapan soalan ke-2.

betul

salah

Krisis gula memang dah ada dalam kepala cuma tak sure tentang alternatif. Aku nampak ada orang beli gula kapas, cuma tak dapat fikir why????? ๐Ÿ˜€ . Akhirnya kami hentam saja ๐Ÿ˜€ .

Next checkpoint, Hentian Sebelah Senawang. Kami kena tahan dek marshall kat sini untuk jawab 2 soalan. Salah satu soalan, aku call kakak suruh dia google cari jawapan ๐Ÿ˜‰ .

Next kami menuju ke Ayer Keroh. Check point seterusnya, Restoren Jejantas dan RnR Ayer Keroh. Ada 2 soalan kena jawab di sini. Dan 2 barang kena beli. Kami terus ke RnR tanpa baca soalan betul-betul. Jawapan soalan 1 ada di Restoren Jejantas, tapi kami pulun pi cari kat RnR. Mana nak jumpa. Dah tersedar, cepat-cepat berlari ke Restoren Jejantas. Penat! Patutla kat RnR tadi tak de orang baju oren pun ๐Ÿ˜›

betul

Kami jumpa jawapan no.1, kedai De’ Serambie. Kat sini kena cari apakah makanan tradisional masyarakat Melaka. Macam-macam aku dapat respon dari kawan-kawan yang aku call/sms..hehehh. Last-last tanya akak jaga kedai tu, jawapannya DODOL!. Tapi masalahnya, ada macam-macam jenis dodol kat situ. Mana satu nak beli???betul

Kemudian kami berlari ke RnR semula. Ada 2 soalan. Terus ke gerai buah-buahan. Tanya makcik penjual tu, langsat lah, honey dew lah dia jawab. Kami decide beli honey dew potong-potong walaupun tau “luar dan dalam” tak sama. Dah blank dah. Lepas bayar, kami tanya makcik tu group lain beli apa. Makcik cakap, manggis ada , jambu ada. Aishhhh konfius! Kami blah ke deret kedai-kedai makan pula untukย  soalan ke-2. Susah betul nak crack yang ni.ย  Surrender, pergi collect lunch pack, dan makan sambil fikir-fikir. Fikir-punya fikir, nasi dah habis pun, tak dapat jawapan lagi. Ok, done! Kami hentam saja beli HALLS dan KACANG di Kedai Pak Mat apa ntah.

salah

salah (kami dah dapat klu 1 dan 2, tapi otak tak bleh fikir dah utk klu 3 dan 4 tu)

Next check point, Stesyen Petronas Ayer Keroh 3. Kat sini kena isi minyak rm20. Tak tau pun apa diorang nilai kat sini. Nasib baik aku tak jawab fon ke apa ke ๐Ÿ˜€ .

betul

Ada 2 soalan kena selesai kat check point ni. Soalan 1 kami jawab, SINAR.FM. Tapi macam tak confident sebab meragukan part “berita terkini negeri sembilan dan melaka ” tu. Dan tak tau pun untuk soalan tu kena beli barang. Soalan 2, dah tak mampu nak fikir lagi. Setakat KMM, tau la, Ali Rustam. Apa yang dia perlukan bila tua? Kami hentam jugak! Pun tak tau kena beli barang untuk soalan ni. Deida dan Amy masuk dalam kedai Mesra Petronas tu, pusing-pusing, surrender!

betul (tapi kami tak beli pun paper SINAR ni)

salah

Next kami ke Kota Fesyen di MITC. Ada 2 soalan. Jawapan ada di kedai Pasaraya Borong Sakan. Group lain semua berkumpul di tempat lilin. Ye lah, lilin jawapannya. Tapi ada 3 jenis kat situ. Again, kena fikir-fikir nak beli mana satu. Soalan ke-2, jawapan ada dalam kedai tu jugak, tapi kami dok fikir ada kat kedai buku/majalah. Dahla kat situ ada 1 je kedai buku, tu pun baru buka. Tak de apa pun. Kami pusing-pusing naik kereta. Lalu semua kedai. Last sekali decide nak pergi kedai perabot depan Pasaraya Borong Sakan. Sebab klu “hatinya terbakar akibat perbuatan manusia”. Kami fikir, orang bakar hutan, tebang pokok ๐Ÿ˜€ . Datang sorang urusetia, tanya “nak beli ni ke?? Boleh bawa balik ke??” sambil tunjuk ke kerusi jati. Ooo dia bagi hint lah tu. Kami masuk balik ke Pasaraya Borong Sakan, bila Amy kecoh-kecoh datang bagitau group lain tengah belek pensil. Ya! PENSIL 2B STABILO jawapannya. Haihhh ada banyak jenis pensil. Kami decide ambil yang ada free pemadan dan pembaris :).

betul (separuh markah sebab kami beli brand lain)

betul

Dah settle, kami gerak ke Dataran Pahlawan. Kat sana ada 3 barang lagi nak kena beli di Guardian. Jem giler sebab trafik light banyak betul.ย  Kami kena park di tempat yang ditetapkan. Punyala susah nak cari carpark tu. Dahla jalan 1 way, terpaksa buat satu pusingan lagi. Last-last berenti kat tanya kedai cenderamata. Dekat je rupanya, tadi kami dah lalu dah. Terima kasih kak (abang actually ๐Ÿ˜€ )

Turunkan Deida dan Amy di depan Dataran Pahlawan, diorang pergi Guardian, aku dan Eza park kereta. Besar giler Megamall Dataran Pahlawan ni ok!ย  Berlari dari hujung ke hujung, macam nak terkeluar jantung. Actually kalau tau shortcut ke Guardian tu, tak de masalah. Jumpa Deida dan Amy tengah pilih-pilih barang. Tak nampak dah group lain. Jam time tu pukul 1.50 tak silap. Pukul 2 dah kena submit barang. Settle bayar, blah cepat-cepat ke khemah urusetia. Aku pulak terlampau laju tak fikir apa-apa, tinggalkan diorang semua. Diorang dah ikut jalan lain. Nasib baik boleh patah balik jumpa ๐Ÿ˜€ . Pukul 2.00 kami mula beratur. Kami group ke-10 tiba. Tak de penalti pun group yang lewat sampai. Kalau tau, sure-sure kami tak kelam kabut dan sure-sure boleh fikir lagi (macam la boleh dapat jawab).

betul (Amy baca H1N1 tu as “hone none” ๐Ÿ˜€ )

betul(separuh markah sebab kami beli tin punya dan tak jawab “Mohamad & Mentor 4)

salah (kami beli panadol actifast)

Lama menunggu diorang anounce pemenang. Sampai tertido-tido dah. Bahaya la tertido kat bawah khemah tu, video merata2, terlelap sket, tetiba muncul lense depan mata. Pukul 4.30 gitu, VIP sampai, ucapan dan pengumuman keputusan. SSK tak menang lagi. Tak pe2, boleh cuba lagi. Yang penting ENJOY! Thanks korang ๐Ÿ˜‰

SSK

SSK memburu lagi (eh memburu ke berburu eh??)

Acara: ConsumerHunt 2010 (anjuran KPDNKK)
Tarikh: 24/07/2010
Lokasi: Putrajaya-Melaka

Yeahhh, SSK beraksi lagi. Excited kali ni sebab sampai ke Melaka! Pastu ada geng pulak. At least ada la kenal group lain yang join treasure hunt kali ni. Kay, Intan and the geng. Pssttt, nanti aci tak kita tukar-tukar jawapan? hehehhehe

Tapi yang tak syoknya, sikit je team yang masuk. Limit kepada 20 team sahaja. Huishhh ,kalau sampai lewat, nampak sangat nih, dahla baju oren terang benderang. Tapi cun ooo, aku suka oren tu. Treasure hunt kali ni, dikatakan lebih kepada nak nilai peserta sebagai pengguna. Sebab event ni pun bersempena Bulan Pengguna. Diorang nak tengoklah kita ni kalau beli barang, apa yang kita titik beratkan. Sekadar cantik di mata kah? Atau main hentam beli kah? Kita tunggu Sabtu ini ya!!

Good Luck SSK! (Kay, apa nama team korang??? hehehhe)

kali ni Mr D memakai nombor 6. All the best Mr D!

cantik tak????

I’m running for..

people i love ๐Ÿ˜‰ and people who loves me ๐Ÿ˜‰

So, semua insan-insan tersayang di luar sana, saya buat semua ni untuk anda. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik kepada saya dan anda tidak perlu risau akan saya ;). Tapi jika Allah nak bagi sakit kat kita, terimalah.

Aku berkesempatan join Siemens Run 2010 Ahad lepas. Tak confident pun boleh lari 3.5km, alangkan 1.6km pun aku tercungap-cungap. Tapi aku join jugakla, nak cuba kan. Menghairankan! Aku boleh lari 3.5km non-stop. Aku hanya stop untuk minum di water station dan stop snap gambar. Tapi snap gambar pun bergegar2, so aku snap sikit je. Aku fikir-fikir balik, mana datang tenaga tu hah? Ini adalah satu pencapaian peribadi yang membanggakan. Orang lain boleh berbangga boleh lari 5km, 10km rilek je, aku pun boleh bangga jugak kan.

Adakah kerana aku breakfast dengan coklat hasil buatan sendiri? Auta lah!

atau

Adakah kerana aku pakai kasut baru? Yaaa, mungkin jugak sebab kasut kakak tu sangat ringan. Aku rasa macam tak boleh stop lari :D. Aku belasah pakai kasut kakak sebab kelam kabut tak jumpa cari kasut aku.

Okeh, aku harap untuk 5km di Putrajaya SHAPE Night Run hujung bulan nih, aku dapat berlari dengan penuh bertenaga. Wish me luck!

Lagi 1 km nak sampai ke finishing line, ada group-group sorak nih. Happening! (sorry aahh gambar sumer blurrrr ๐Ÿ˜€ )

jumpa Nurul dan Intan (bak kata Intan, reunion Kinabalu) ๐Ÿ˜‰

Chocolate in ‘da house!

Best gilerrr buat coklat ni tau. Senang. Cuma perlu tau teknik mencairkan untuk bagi coklat tu menjadi dan perlu lebih kreativiti untuk membezakan coklat kita dengan coklat orang lain.

Mula-mula kami belajar kenal coklat.

2 paket kecil hujung tu coklat compound (Gred B), 3 pek besar ni coklat couverture (Gred A)

Kemudian kami belajar cara-cara buat filling.

Susu + strawbery paste + white chocolate + Liquid glucose = strawbery filling


Untuk filling ni Kak Arah je buat, kami tengok sahaja. Next, ialah masa untuk kami beraksi!

Resipi 1 – Coklat Couverture. Untuk resepi ni kami guna coklat Gred A. Untuk coklat Gred A, teknik mencairkan adalah dengan cara tempering.

Asingkan sama banyak coklat dalam 2 bekas. 1 bekas panaskan atas food warmer. Agak-agak 50% cair, turunkan dan campur balance coklat ke dalam bekas tu. Gaul penyek-penyek hingga semua coklat cairย  dan berkilat.

Isi coklat separuh dalam acuan, dan letak la dengan apa yang kita suka

kemudian isi coklat sampai penuh. Make sure badam/kacang tadi tak timbul

Resipi 2- Coklat acuan rose ada inti. Untuk resipi ni, kami guna coklat gred B. Capur milk chocolate dan dark chocolate. Bunga rose ni ada warna-warna, so kami kena buat pewarna dulu dengan mengunakan white chocolate.

Cara nak cairkan coklat grade B senang sket dari Gred A. Cairkan semua coklat atas food warmer. Tak perlu buat tempering

milk chocolate + dark chocolate yang dicairkan

Untuk mewarna, guna berus lukisan khas untuk masakan, dan kaler lah acuan rose tu ikut suka hati. Aku betul-betul enjoy part mewarna ni. Macam khayal dalam dunia sendiri. Macam masuk kelas lukisan ๐Ÿ˜‰

Kemudian pipekan sket coklat dan golek-golek hingga coklat rata ke seluruh acuan

Masukkan apa jenis inti yang kita suka

Last sekali pipekan lagi coklat sampai penuh. Siap!

Resepi 3- Oreo Chocolate. Yang ni pun kami campur 2 coklat, milk dan dark. Kalau nak letak warna, kena kalerkan dulu dan biarkan kering sebelum masukkan coklat.

Selepas mewarna, pipekan coklat sikit dan letak biskut oreo, tekan sampai coklat melimpah ke atas biskut. Last Sekali pipekan lagi coklat untuk cover keseluruhan biskut. Siap!

Resepi 4 – Lolichoc. Cara yang sama mewarna, pipe kan coklat hingga penuh dan letakkan batang plastik. Siap!

Jom kita tengok hasilnya..hehehhe

Bola

Sejak Piala Dunia 2010 start, aku terkejut jugakla, ramai rupanya kawan-kawan (perempuan) ku yang minat bola. Sama ada minat bola atau player hensem tu tak tau lah. Yang pasti memang diorang ni follow betul setiap game. Ada je updated status kat facebook tu. Komen-komen pulak macam semua details players/game/team macam petik jari je. Kagum-kagum. Kalau macam ni, tak de lah komplen seperti “saya diabaikan oleh suami saya sejak berlangsungnya piala dunia” atau “bencinyeeee tak jadi dating sebab boyfren nak lepak dengan kawan-kawan tengok bola”..hehehheh, sebab diorang ni pun boleh layan bola sama-sama dengan suami atau boyfren.

Aku pun apa kurangnye. Siap subscribe channel Sport ok! Tapi bukan aku nak layan pun. Adik aku yang nak sangat. Tengok-tengok kat TV1 pun ada, cis! Tapi kira aku menyokong jugaklah, walaupun bukan dari segi berjaga malam / pagi, aku keluarkan duit lebih untuk bayar bil ๐Ÿ˜› . Aku rasa bola bukan makanan aku. Maybe sebab lama sangat. Lama laaaa nak tunggu 90 minit tamat ๐Ÿ˜› . Tambah-tambah kalau game tu boring. Nak tau boring ke tak, kena layan sampai habis la kan.

Satu game pun kat peringkat kumpulan aku tak layan. Tapi separuh akhir aku cuba-cuba lah nak layan ๐Ÿ˜€ . Siap tidur depan tv ok! Kunci jam pukul 2.30. Jam berbunyi aku off. Pukul 3.30 baru sedar ๐Ÿ˜› . Dah separuh masa kedua. Tengok dalam 5 minit, aku sambung tido ๐Ÿ˜€ . Tak boleh harap betul. Semalam hajat di hati nak tengok German vs Uruguay. Jam berbunyi, aku bangun. tanpa pakai spek, tengok jam , jarum kat no 2 dan 5. Dah happy-happy sebab bangun awal. Buka tv, tengok-tengok ada highlight game 5.00 – 6.30. Ape ni???ย  Aku belek paper, betul laaa pagi ni. Tv silap ke? Aku ambil spek, tengok jam, pukul 5.10 pagi. Siot tak?

Jadi pagi esok, untuk Sepanyol vs Holland, aku berazam untuk layan dari awal hingga akhir. Mari kita lihat ramalan Paul betul atau tidak. Gilerrr la sotong tu, lebih famous dari player ๐Ÿ˜€ . Okei, mari kita tido untuk bangun awal pagi esok ;).

Sebelum tu, tak kira bendera apa yang anda kibar, mari layan lagu ni ๐Ÿ˜‰

oh ya, disebabkan Piala Dunia, aku baru tau Holland = Netherlands ๐Ÿ˜€