Kuantan

Aku pernah impikan untuk tinggal di Kuantan sebab sangat suka Kuantan. Sebab ianya dekat pantai. Ada banyak pantai sepanjang ke Kemaman. Ada banyak kedai makan. Ada tempat shopping-shopping. Tapi satu yang aku tak suka bila tengok anak-anak muda melepak dengan fesyen yang aduhhhhh. Sama je macam kat KL.

Dulu masa tinggal di Kuantan 3 tahun, aku selalu pergi Taman Gelora. Tempat joging yang amat cool. Jalan menuju ke Teluk Cempedak. Susah nak jumpa Melayu. Yang ramai orang-orang tua bangsa Cina. Hingga aku rasa macam di kawasan orang-orang pencen. Susah juga nak cuci mata. Hehehehe. Taman Gelora ada tasik. Ada pantai. Boleh pilih nak jog kawasan mana. Ada juga senamrobik setiap hari Ahad ke Sabtu, dah lupa. Ada juga gerai-gerai kecil tepi jalan. Ada satu gerai tu jual cucuq kembung. Aku dan famili sangat suka itu cucuq kembung. Itu sebenarnya cucur ikan bilis campur sayur tapi sebab dia amat kembung, kami panggil cucuq kembung🙂 .

Di Taman Kubang Buaya (kalau tak silap lah, lupa dah nama taman tu) ada satu kedai mee kari yang SANGAT sedap. Planet kari namanya. Tak tau la sekarang ada lagi ke tak.

Di Tanjung Lumpur ada banyak kedai ikan bakar. So pilih-pilih la kedai mana yang murah dan sedap. Ada satu kedai tepi jalan jual nasi dagang yang SANGAT sedap. Haishhhh makan memang bestla di Kuantan😉

Sekarang ni aku di Kuantan, tu pasal cerita pasal Kuantan. Kuantan ada sentimental value bagi aku. Kalau ada jodoh, maybe satu hari aku boleh cakap kat anak-anak aku, Kuantan, where i met your father😉

Chow! Tido dulu

16 thoughts on “Kuantan

  1. mun-e. 3 July, 2010 / 4:18 pm

    kenapa ko di kuantan???

    • whooz 4 July, 2010 / 12:53 am

      hantar adik ku daftar di UMP

  2. kay 4 July, 2010 / 12:15 am

    Kuantan adalah tempat saya! tenang dan damai…

    sapa kata Kuantan tak menarik, siap dia! ekekeke…

    so, Huzz menginap kat mana?

    • whooz 4 July, 2010 / 12:53 am

      di HM Homestay, Bukit Rangin. Not bad lah, rumah dia besar, selesalah untuk famili2

      • kay 4 July, 2010 / 12:57 am

        oohh… sebelah taman kay la… sungai isap… kt sungai isap pun ada homestay gak…🙂

  3. ned 4 July, 2010 / 1:05 am

    whooz… berapa no rumah homestay tue?
    dulu we all duduk bukit rangin (^_^)

  4. whooz 4 July, 2010 / 1:17 am

    taman bukit rangin 2, lorong 25, no 31. depan tadika bukit rangin

  5. ned 4 July, 2010 / 1:38 pm

    heee… selang 2-3 buah rumah dr homestay tue, rumah lama ned dulu… kalo masih duduk situ, leh ajak makan kat rumah ne (^_^)

    • whooz 4 July, 2010 / 2:22 pm

      aiseh ye keee..rugi2
      bulan 10 ni nak ke Kuantan lagi. plan nak sewa rumah tu lagi🙂

  6. ned 4 July, 2010 / 3:00 pm

    siyes?.. hehehe.. meh.. meh dtg.. nanti info kat blog erk.. kalo ned balik ktn time tue.. ned dtg jenguk.. bawak kuih (^_^)

    • whooz 4 July, 2010 / 3:16 pm

      eh, rumah lama tu ada orang lagi ke? dah tu skarang dok mana?

  7. ned 4 July, 2010 / 3:34 pm

    abg ngan kak ipar duduk situ… parents dah pindah taman guru.. ned kat shah alam.. balik ktn every 2 weeks camtue.. (^_^)

    • whooz 4 July, 2010 / 11:28 pm

      oo ye ke..ok2, nnt kalu konfirm huzz inform hehhhe

      • ned 5 July, 2010 / 5:25 am

        ai.. ai (^_^)

  8. meeza 5 July, 2010 / 2:50 pm

    Dulu masa kecik2 kalo ke kuantan sure pegi makan cendol and cucur udang kat Taman Gelora tu. Awal tahun masa ulang alik tengok ayah aku kat hospital sempat jugak pergi. After more then 10 years tak kesana.

    • whooz 5 July, 2010 / 3:26 pm

      sukalaaaa taman gelora tuh😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s