Bola

Sejak Piala Dunia 2010 start, aku terkejut jugakla, ramai rupanya kawan-kawan (perempuan) ku yang minat bola. Sama ada minat bola atau player hensem tu tak tau lah. Yang pasti memang diorang ni follow betul setiap game. Ada je updated status kat facebook tu. Komen-komen pulak macam semua details players/game/team macam petik jari je. Kagum-kagum. Kalau macam ni, tak de lah komplen seperti “saya diabaikan oleh suami saya sejak berlangsungnya piala dunia” atau “bencinyeeee tak jadi dating sebab boyfren nak lepak dengan kawan-kawan tengok bola”..hehehheh, sebab diorang ni pun boleh layan bola sama-sama dengan suami atau boyfren.

Aku pun apa kurangnye. Siap subscribe channel Sport ok! Tapi bukan aku nak layan pun. Adik aku yang nak sangat. Tengok-tengok kat TV1 pun ada, cis! Tapi kira aku menyokong jugaklah, walaupun bukan dari segi berjaga malam / pagi, aku keluarkan duit lebih untuk bayar bil😛 . Aku rasa bola bukan makanan aku. Maybe sebab lama sangat. Lama laaaa nak tunggu 90 minit tamat😛 . Tambah-tambah kalau game tu boring. Nak tau boring ke tak, kena layan sampai habis la kan.

Satu game pun kat peringkat kumpulan aku tak layan. Tapi separuh akhir aku cuba-cuba lah nak layan😀 . Siap tidur depan tv ok! Kunci jam pukul 2.30. Jam berbunyi aku off. Pukul 3.30 baru sedar😛 . Dah separuh masa kedua. Tengok dalam 5 minit, aku sambung tido😀 . Tak boleh harap betul. Semalam hajat di hati nak tengok German vs Uruguay. Jam berbunyi, aku bangun. tanpa pakai spek, tengok jam , jarum kat no 2 dan 5. Dah happy-happy sebab bangun awal. Buka tv, tengok-tengok ada highlight game 5.00 – 6.30. Ape ni???  Aku belek paper, betul laaa pagi ni. Tv silap ke? Aku ambil spek, tengok jam, pukul 5.10 pagi. Siot tak?

Jadi pagi esok, untuk Sepanyol vs Holland, aku berazam untuk layan dari awal hingga akhir. Mari kita lihat ramalan Paul betul atau tidak. Gilerrr la sotong tu, lebih famous dari player😀 . Okei, mari kita tido untuk bangun awal pagi esok😉.

Sebelum tu, tak kira bendera apa yang anda kibar, mari layan lagu ni😉

oh ya, disebabkan Piala Dunia, aku baru tau Holland = Netherlands😀

4 thoughts on “Bola

  1. erisa 11 July, 2010 / 2:20 pm

    ha, aku suka ayat ko tang neh ‘bola bukan makanan aku’

    aku pun samaaaa.. tak reti nak excited tengok bola… lagi tak faham orang boleh tengok game ulangan. bila dah tau score…😛

    • whooz 11 July, 2010 / 2:37 pm

      hehhee they have their own reason lah. aku pernah follow abah pergi tengok bola kat stadium kuantan. serious, aku rasa macam alien dalam stadium tu😀

  2. kay 12 July, 2010 / 12:49 am

    layan jek bola… tp tak laa mania sgt… kalu liga super tuh tgk team yg best jek… cthnya selangor, kelantan, kedah dan pahang… phg tak best dh sebenarnya… huhuhu

  3. kuey-san 27 July, 2010 / 2:34 pm

    Berdiri 90minit (plus plus) kat depan screen di Heathrow semata-mata nak tengok Spain kalahkan Germany 1-0.

    Pastu x sabar nak smpi Malaysia sebab nak ‘boo’ adik sebab fav team dia kalah to mine. Kekekek😛

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s