dah kata dah…

..kalau dah start memang tak boleh stop. Ni yang aku malas nak start layan ni

Start dengan My Girl, aku sambung You’re Beautiful, kemudian Amy recommend Attack No.1 pulak. Habis Attack No.1, aku layan Green Rose. Jumaat lepas baru habiskan Wonderful Life. Then kat channel Anime (715) sekarang kan ada tayang citer Korea, aku macam nak tengok Coffee Prince dan Princess Hour pulak. Nasib baik x de cd/sumber download, nak download sendiri malas. Kalau tak harus dalam waiting list tu.  Puan Yani sekarang tengah download Cinderella’s Sister. Dia kata best.

Jom kita tengok sikit2 movie yang aku list kat atas tu

My Girl
Citer ni best! (Ye tau aku ketinggalan, adik aku kata lerrr baru nak layan, orang lain dah khatam dah) . Lakonan pempuan baju hijau tu memang best. Tapi yang lelaki 2 orang tu macam kureng sket aaah. Kisah si pempuan tu menyamar jadi cucu pempuan kepada sorang datuk kaya yang tengah nazak (datuk lelaki baju kotak-kotak tu lah, kiranya diaorang sepupula kan). Lama-lama saling terpikat, biasa lah dah tinggal sebumbung, mana tak nye kan. Tapi lelaki baju kotak tu dah ada girlfren dan lelaki baju merah tu pun minat kat pempuan baju hijau tu. Hmm konflik😉

You’re Beautiful
Mula-mula aku tengok cover DVD ni, langsung tak bernafsu nak layan. Pastu lelaki-lelaki tu pulak kulit putih-putih. Kalau coklat-coklat sket ok la :p .  Tapi sebab pinjam orang punya, dan nak kena pulangkan, alang-alang ada depan mata, tengok je lah. Aku silap! Memang betul don’t judge the DVD by it’s cover lah😛 . Best! Semua watak menjadi. Kisah perempuan yang menyamar jadi lelaki untuk ganti abang kembarnya join satu boy band nih, ANGEL. Dari awal lelaki yang tengah tu (baju putih) dah sedar dia perempuan. Tapi dia senyap je. Dia selalu cover pempuan tu kalau agak-agak nak kantoi. Gentleman ok! . Lelaki baju biru tu pulak tak suka sebab masuknya pempuan tu dlm group diorang , macam ancaman la bagi dia. Suara pempuan tu sedap. Yang pempuan ni pulak sedang cari maknya, so melalui join group tu, ada peluang la kan, so dia sabar je kat dalam group tu. Tengok-tengok mak dia ada kaitan dengan mak lelaki baju biru tu. Hmm konflik😉 dan dia jugak dah jatuh hati kat lelaki baju biru tu. Dan lebih konflik semua lelaki dalam ANGEl tu pun jatuh hati kat dia. Konflik double triple!

Attack No.1
Kisah tentang Ayuhara (pempuan yang pegang bola tu) dapat offer untuk training national volleyball team under coach yang sangat garang (lelaki berjambang baju hitam tu). Geram sangat tengok coach dia tu. Rasa nak sepak-sepak. Tapi kawan baik Ayuhara ni jeles sebab dia lagi terrer dari Ayuhara tapi tak terpilih. Tapi Ayuhara kat dlm kem tu tak lama, sebab kena halau dengan coach tu. So dia pun balik ke sekolah lama dan join team volleyball sekolah tu. Tup-tup kawan baik dia pulak terpilih join national team. Mula dari tu, kawan baik tu langsung tak contact dia. Macam nak putuskan hubungan. Team sekolah Ayuhara ni pulak kena menang kejohanan peringkat kebangsaan kalau tak team tu akan dibubarkan (coach garang tu punya pasal la. Dia ada masalah sket dengan jurulatih sekolah Ayuhara ni). So citer ni kisah tentang macam mana diorang training, masalah dengan coach garang tu yang tetiba pecat kapten pasukan Ayuhara (Ayuhara ni pergi pukul sorang lelaki yang cuba kacau kawan baik dia tu, pastu lelaki tu komplen kat sekolah. Kapten Ayuhara cuba nak tolong, tup-tup dia yang kena pecat). Tapi last-last baru dapat tau yang coach garang tu buat ada alasan tersendiri😉 . tak banyak sangat konflik dalam citer ni, tapi sedihla sebab pasal friendship kan. Pasal cinta-cinta sket je lah. Lelaki yang kawan baik Ayuhara minat, rupanya minat kat Ayuhara. Sket je lah konflik nye.

Green Rose
Aku penat tengok citer ni. Sebab dari episod 1 sampai 22, menangis je kejenya dan juga penat sebab otak tak berhenti berfikir tentang misteri citer tu. Jalan cerita best, aksi, cinta-cinta, family relationship cuma ada part yang slow-slow tapi aku tak forward sebab nak feeling kan😀 . Citer ni banyak scene bermonolog. Scene monolog ni kalau tak tengok, susah la nak feeling pasal watak diorang. Aku layan mula-mula  sebab nak tengok pempuan My Girl tu berlakon. Pastu hero dia hensem kan😀 . Kisah tentang pempuan dan lelaki ni bercouple. Pempuan tu anak tokei company tempat diorang kerja. Satu hari lelaki tu diperangkap atas cubaan membunuh ayah pempuan tu. Semua bukti tunjuk dia bersalah dan dia di penjarakan. Satu hari mak dia bunuh diri sebab tak tahan sedih, lelaki ni dibenarkan keluar pergi melawat. Time tu dia ambil kesempatan untuk larikan diri untuk balas dendam atas kematian mak dia. Tapi dia tak dapat lari bila sampai kat jambatan, polis dah kepong dia. Dia ambil keputusan untuk terjun jambatan. Semua orang ingat dia mati. Tambahan polis jumpa mayat yang dah reput yang diclaim sebagai mayat dia. Tapi jeng..jeng..hero mestilah tak mati kan😀 . Dia hanyut kat satu kawasan. So mula dari situ dia bertekad nak buktikan yang dia tak bersalah. Kemudian dia lari ke China. Hidup dia sangat susah. Sedih wooo tengok dia time ni. Di China secara kebetulan dia tolong sorang taiko bisnes kat sana dan ambil dia bekerja last-last jadi CEO company tu. So dia pun balik ke Korea dengan nama baru untuk berurusniaga dengan company girlfren dia. Juga dengan tujuan untuk bersihkan balik nama dia. Di Korea, girlfren dia dibantu oleh seorang lelaki yang mukanya macam Shin Chan. Jahat lah lelaki tu. Lelaki tu orang harapan ayah dia. So dia selalu la cuba-cuba untuk tackle pempuan tu tapi silap aaaa.. cinta diorang kuat tau!😀 . Konflik citer ni start bila hero, lelaki jahat muka macam Shin Chan dan pempuan tu bertemu di satu majlis rasmi. Sedih giler bila lelaki tu tak boleh claim ” hey akulah boyfren kamu” kat pempuan tu walaupun dia ada depan mata. Sebab tujuan dia paling utama untuk bersihkan nama dia. Sedih weh citer ni😦 .

Wonderful Life
Adik aku yang rekemen citer ni. Citer ni sangat cute! Awal-awal tu emosi aku rilek je, citer pun happy-happy, gaduh-gaduh, jeles-jeles biasa aaa. Tapi sampai part anak diorang lahir, sedih laaaaaa. Pempuan dan lelaki tu dua-dua pandai berlakon. Budak kecik tu pun pandai la. Dia menangis, betul-betul tersesak2, sedih giler. Kisah pasal lelaki dan pempuan tu ter’eksiden’ di Singapore lalu dapat anak. Diorang masing-masing tak kenal pun kat Singapore tu. Tapi mabuk punya pasal. Lepas dapat anak, diorang dipaksa kawen. Lelaki tu dah ada girlfren lain. Pempuan tu pulak, ada lelaki lain yang minat dia. Konflik lagi. So kisahnya pasal macam mana diorang harungi perkahwinan ‘paksa’ (yang mana diorang buat agreement untuk berpisah setelah 5 tahun), macam mana diorang survive dengan nak studynye, dengan jaga anak nye dengan duit tak cukupnye lagi. Pastu dengan anak diorang yang comel tu sakit leukimia lagi. Sedih😦 . Macam mana nak bedepan dengan x-girlfren lelaki tu yang nak rampas balik lelaki tu. Jahat giler laaaaa. Tapi dah nama pun Wonderful Life, diorang hidup bahagia jugak akhirnya. Siap pergi balik ke hotel yang diorang ter’eksiden’ dulu dan dapat baby lagi🙂 .

Okei, ada sesapa nak rekemen citer apa-apa? Sekarang mood aku dalam mood Korea / Jepun. Mood English/Hindustan tak mari lagi😉

5 thoughts on “dah kata dah…

  1. kay 12 July, 2010 / 12:45 am

    kay giler tgk my girl versi ckp melayu kat animax… kelakar sgt bunyinya!

    Yoo Rin: Mintak maaf! En. Gong Chan yg di sana tu suruh saya buat! (time nih dia kena bakar sendiri seafood dia)

    • whooz 12 July, 2010 / 12:54 am

      hehehe oo time bakar oyster tu eh?..kelakar la weh cakap melayu

  2. ijun 12 July, 2010 / 7:35 am

    dah kata dah…jgn terjebak dengan korea…nanti susah nak lekang…along…selain attack no 1 ngan green rose..aku dah ada semua citer tu. skrg kat tv8 ada citer my fair lady.

  3. meeza 13 July, 2010 / 9:32 am

    nasib baik aku tak terjebak. Tp aku nak cari Sassy Girl The Movie. Kat mana nak beli ha?Tak jumpa2

    • whooz 13 July, 2010 / 9:38 am

      budak ofis aku (yg jadi supplier citer2 korea ni kat aku) kata kat petaling street ada kedai juai citer korea, murah2, pi aa try tengok

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s