Chocolate in ‘da house!

Best gilerrr buat coklat ni tau. Senang. Cuma perlu tau teknik mencairkan untuk bagi coklat tu menjadi dan perlu lebih kreativiti untuk membezakan coklat kita dengan coklat orang lain.

Mula-mula kami belajar kenal coklat.

2 paket kecil hujung tu coklat compound (Gred B), 3 pek besar ni coklat couverture (Gred A)

Kemudian kami belajar cara-cara buat filling.

Susu + strawbery paste + white chocolate + Liquid glucose = strawbery filling


Untuk filling ni Kak Arah je buat, kami tengok sahaja. Next, ialah masa untuk kami beraksi!

Resipi 1 – Coklat Couverture. Untuk resepi ni kami guna coklat Gred A. Untuk coklat Gred A, teknik mencairkan adalah dengan cara tempering.

Asingkan sama banyak coklat dalam 2 bekas. 1 bekas panaskan atas food warmer. Agak-agak 50% cair, turunkan dan campur balance coklat ke dalam bekas tu. Gaul penyek-penyek hingga semua coklat cair  dan berkilat.

Isi coklat separuh dalam acuan, dan letak la dengan apa yang kita suka

kemudian isi coklat sampai penuh. Make sure badam/kacang tadi tak timbul

Resipi 2- Coklat acuan rose ada inti. Untuk resipi ni, kami guna coklat gred B. Capur milk chocolate dan dark chocolate. Bunga rose ni ada warna-warna, so kami kena buat pewarna dulu dengan mengunakan white chocolate.

Cara nak cairkan coklat grade B senang sket dari Gred A. Cairkan semua coklat atas food warmer. Tak perlu buat tempering

milk chocolate + dark chocolate yang dicairkan

Untuk mewarna, guna berus lukisan khas untuk masakan, dan kaler lah acuan rose tu ikut suka hati. Aku betul-betul enjoy part mewarna ni. Macam khayal dalam dunia sendiri. Macam masuk kelas lukisan😉

Kemudian pipekan sket coklat dan golek-golek hingga coklat rata ke seluruh acuan

Masukkan apa jenis inti yang kita suka

Last sekali pipekan lagi coklat sampai penuh. Siap!

Resepi 3- Oreo Chocolate. Yang ni pun kami campur 2 coklat, milk dan dark. Kalau nak letak warna, kena kalerkan dulu dan biarkan kering sebelum masukkan coklat.

Selepas mewarna, pipekan coklat sikit dan letak biskut oreo, tekan sampai coklat melimpah ke atas biskut. Last Sekali pipekan lagi coklat untuk cover keseluruhan biskut. Siap!

Resepi 4 – Lolichoc. Cara yang sama mewarna, pipe kan coklat hingga penuh dan letakkan batang plastik. Siap!

Jom kita tengok hasilnya..hehehhe

38 thoughts on “Chocolate in ‘da house!

  1. julie 19 July, 2010 / 1:41 am

    wahhhhhh…bestnya….ni jeles ni huz dah tau buat coklat……
    ajar sket…hehehehe

  2. Amlya 19 July, 2010 / 3:59 am

    wah wah cik huzz…. kemain lagik… panjat gunung sudah…paintball sudah… buat kek sudah… walkhaton sudah… apa lagik?? cepat2 la kawin….auwwwwwww… dah ada ciri2 bionic women ngan isteri mithali nih……

    • whooz 19 July, 2010 / 8:14 am

      ada lagi..saya nak belajar berenang, scuba diving, wall climbing, memasak untuk catering, menjahit baju dan banyak lagi!

      hahhahahhahahhahhha

  3. kay 19 July, 2010 / 5:12 am

    bestnya!

    arituh ada beli majalah nur dia ajar buat coklat nih laa… tp tak terbuat2… nak try jugak satu hari nnt!

    • whooz 19 July, 2010 / 6:06 am

      buat la kay. sangat enjoy! excited tau nak makan coklat sendiri buat

  4. nhalilah 19 July, 2010 / 6:36 am

    waahh.. hebat la.. pasni nak makan tak heran dah ngan coklat cadbury sbb boleh buat yg lebih sedap n ikut selera sendiri kan…

    • whooz 19 July, 2010 / 8:14 am

      betul2..nak letak badam penuh bar coklat pun suka hati😀

  5. ijun 19 July, 2010 / 9:14 am

    sronoknye huzz..leh buat coklat sendiri…nak try gak…macam menarik aje….

    • whooz 19 July, 2010 / 3:19 pm

      along recommend sangat2..syokkk!

    • whooz 19 July, 2010 / 3:50 pm

      syok ijun! along recommend😉

  6. yana 17 October, 2010 / 7:39 am

    sy fail la wat coklat color..jadi pekat sgt tak susah nak ltk kat mold..apa warna yg sesuai dan cara bancuhannya..tq

    • whooz 18 October, 2010 / 2:45 am

      saya pun tak tentu. kadang ok kadang tak ok. tengok jenis white coklat jugak kot.

      pewarna kena guna oil based, tau kan? cara bancuhan, macam biasa, lepas white coklat cair semua, baru saya titiskan warna dan kacau sampai warna jadi rata. tapi kadang2 jadi, kadang2 keras jugak.

  7. ira 31 October, 2010 / 10:17 am

    ira wat kaler pon keras jugak..huhu.. cane nk agak eyh? nk wat pewarna just add pewarna dgn white choc kn?huhu.. mcm mne nk tau pewarna tu oil base ke x?

    • whooz 31 October, 2010 / 12:00 pm

      ha’a guna white choc je. kat botol pewarna tu ada tulis “oil-based”

  8. faezah 21 November, 2010 / 11:57 am

    kt mn nk cari berus untuk mewarna yer

    • whooz 22 November, 2010 / 2:25 pm

      saya beli di kedai dekat dengan digital mall. susah la nak cari berus ni

  9. aimylea 8 April, 2011 / 4:53 pm

    tahniah!….seronoknyer tgk awk wat coklat…hehe…
    nak tanya…mcmne nk buat coklat tu nampak berkilat ek?

    • whooz 15 July, 2011 / 2:35 pm

      cikgu ajar, gaul coklat hingga berkilat. itu je

  10. honeylemon 20 April, 2011 / 12:54 pm

    salam sis,
    sis boleh xajar cara2 nk wat filling coklat cm y sis buat tue??mksd sy cara bancuhan n sukatan bahan2 dia..plzzz

    • NAD 7 July, 2011 / 3:00 am

      strawbery filling ni utk ape ek??

      • whooz 7 July, 2011 / 4:12 am

        utk filling coklat tu lah. kalau tak nak guna kekacang, boleh buat inti dgn strawberi ni. macam2 filling boleh guna

  11. AIZAH MUSTAFA 27 July, 2011 / 4:16 am

    melekatla….ada petua tak…

  12. saf 19 December, 2011 / 7:15 am

    Salam, nk tumpang tnya kat mana sis beli choc warmer yer.?brapa RM satu? If ada sapa2 yg lain bole bg info..sy kt kl area…tq

    • whooz 19 December, 2011 / 2:03 pm

      warmer tu saya beli di econsave tak silap. boleh juga beli di kedai2 yg jual alat2 dapur/pinggan mangkuk.

  13. hani 4 January, 2012 / 3:11 pm

    choclate tu beli kat mane ye? kedai coklat ke ape? karang cilap beli plak…

    • whooz 4 January, 2012 / 3:30 pm

      beli di kedai Yummies kat Bangi. kedai tu jual macam-macam barang untuk baking🙂

  14. Nur Iman Natasha 14 January, 2012 / 3:32 pm

    best………gileee klau dapa.t buat ni!………………..

  15. afifah 26 January, 2012 / 6:23 pm

    warna tu nak buat mcmana????

    • whooz 12 February, 2012 / 2:16 am

      guna pewarna oil based dan white chocolate

  16. an 10 March, 2012 / 10:06 am

    salam…..akak nk tnya….mcm mne cara mudh untk keluarkan coklat dri acuanya ….sy cuba buat coklat…tp ssh sgt nk keluarkan ;(
    tlong klau ade sape2 tahu

  17. an 10 March, 2012 / 11:34 am

    sy buat coklat.tp melekat la kat acuan…nk bua mcm mne erk n guna ape erk….mmmuuuaaaahhh….

    • whooz 15 March, 2012 / 1:58 pm

      hmm..berapa lama letak dlm peti ais tu? maybe tak sempat keras betul2? so far akak buat tak de melekat. yg melekat tu berwarna ke?

  18. an 11 March, 2012 / 3:36 am

    salam….akak nak tanya,mcm mne nak suruh coklat tuh x melekat bila nk buang dri acuan…ssh la nak buang…… =(

  19. nur 26 May, 2012 / 6:31 pm

    dear..nk beli compound coklat area penang mn yer?

    • whooz 27 May, 2012 / 6:14 am

      sorry, penang saya tak tau ler

    • aizah 12 June, 2012 / 6:57 am

      klau kat penang ada satu kedai, nama dia honey food ind. dekat jalan sungai nyior, butterworh… kat kedai tu ada macam2… coklat compound pn ada

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s