dan pemenangnya adalah….

…bukan SSK🙂

Kalau diikutkan giliran naik pentas ambil saguhati, SSK di tempat ke-5/20 team. Oklah tu, ada peningkatan. Treasure hunt kali ni best sebab semua jawapan kita cari di check point. Tak perlu alert apa-apa di antara check point. Dan juga tak de tulip. Tapi tulip ni, kadang membantu, kadang buat sesat jugak😀 .

Lebih kurang pukul 7.30, flag off di depan bangunan KPDNKK. 1st check point, Petronas Presint 16. Sampai je kat sana, kami masih tak tau pun apa jawapan. Tengok orang ramai beli mineral water, air bateri dan 100+, so betul lah tu kan. Cuma kena decide nak beli yang mana satu. Tin ke, botol ke. Fikir-fikir🙂

betul

betul (separuh markah sebab kami beli 100+ botol)

Check point ke-2, RnR Seremban. Ada 2 soalan. Yang kami pasti satu soalan kena beli barang. Lagi satu tu, tak sure. Settle soalan 1, kami beli FISH SBACK jenama IKA’S, kami masuk kereta dan jalan sket tetiba stop untuk fikir jawapan soalan ke-2.

betul

salah

Krisis gula memang dah ada dalam kepala cuma tak sure tentang alternatif. Aku nampak ada orang beli gula kapas, cuma tak dapat fikir why?????😀 . Akhirnya kami hentam saja😀 .

Next checkpoint, Hentian Sebelah Senawang. Kami kena tahan dek marshall kat sini untuk jawab 2 soalan. Salah satu soalan, aku call kakak suruh dia google cari jawapan😉 .

Next kami menuju ke Ayer Keroh. Check point seterusnya, Restoren Jejantas dan RnR Ayer Keroh. Ada 2 soalan kena jawab di sini. Dan 2 barang kena beli. Kami terus ke RnR tanpa baca soalan betul-betul. Jawapan soalan 1 ada di Restoren Jejantas, tapi kami pulun pi cari kat RnR. Mana nak jumpa. Dah tersedar, cepat-cepat berlari ke Restoren Jejantas. Penat! Patutla kat RnR tadi tak de orang baju oren pun😛

betul

Kami jumpa jawapan no.1, kedai De’ Serambie. Kat sini kena cari apakah makanan tradisional masyarakat Melaka. Macam-macam aku dapat respon dari kawan-kawan yang aku call/sms..hehehh. Last-last tanya akak jaga kedai tu, jawapannya DODOL!. Tapi masalahnya, ada macam-macam jenis dodol kat situ. Mana satu nak beli???betul

Kemudian kami berlari ke RnR semula. Ada 2 soalan. Terus ke gerai buah-buahan. Tanya makcik penjual tu, langsat lah, honey dew lah dia jawab. Kami decide beli honey dew potong-potong walaupun tau “luar dan dalam” tak sama. Dah blank dah. Lepas bayar, kami tanya makcik tu group lain beli apa. Makcik cakap, manggis ada , jambu ada. Aishhhh konfius! Kami blah ke deret kedai-kedai makan pula untuk  soalan ke-2. Susah betul nak crack yang ni.  Surrender, pergi collect lunch pack, dan makan sambil fikir-fikir. Fikir-punya fikir, nasi dah habis pun, tak dapat jawapan lagi. Ok, done! Kami hentam saja beli HALLS dan KACANG di Kedai Pak Mat apa ntah.

salah

salah (kami dah dapat klu 1 dan 2, tapi otak tak bleh fikir dah utk klu 3 dan 4 tu)

Next check point, Stesyen Petronas Ayer Keroh 3. Kat sini kena isi minyak rm20. Tak tau pun apa diorang nilai kat sini. Nasib baik aku tak jawab fon ke apa ke😀 .

betul

Ada 2 soalan kena selesai kat check point ni. Soalan 1 kami jawab, SINAR.FM. Tapi macam tak confident sebab meragukan part “berita terkini negeri sembilan dan melaka ” tu. Dan tak tau pun untuk soalan tu kena beli barang. Soalan 2, dah tak mampu nak fikir lagi. Setakat KMM, tau la, Ali Rustam. Apa yang dia perlukan bila tua? Kami hentam jugak! Pun tak tau kena beli barang untuk soalan ni. Deida dan Amy masuk dalam kedai Mesra Petronas tu, pusing-pusing, surrender!

betul (tapi kami tak beli pun paper SINAR ni)

salah

Next kami ke Kota Fesyen di MITC. Ada 2 soalan. Jawapan ada di kedai Pasaraya Borong Sakan. Group lain semua berkumpul di tempat lilin. Ye lah, lilin jawapannya. Tapi ada 3 jenis kat situ. Again, kena fikir-fikir nak beli mana satu. Soalan ke-2, jawapan ada dalam kedai tu jugak, tapi kami dok fikir ada kat kedai buku/majalah. Dahla kat situ ada 1 je kedai buku, tu pun baru buka. Tak de apa pun. Kami pusing-pusing naik kereta. Lalu semua kedai. Last sekali decide nak pergi kedai perabot depan Pasaraya Borong Sakan. Sebab klu “hatinya terbakar akibat perbuatan manusia”. Kami fikir, orang bakar hutan, tebang pokok😀 . Datang sorang urusetia, tanya “nak beli ni ke?? Boleh bawa balik ke??” sambil tunjuk ke kerusi jati. Ooo dia bagi hint lah tu. Kami masuk balik ke Pasaraya Borong Sakan, bila Amy kecoh-kecoh datang bagitau group lain tengah belek pensil. Ya! PENSIL 2B STABILO jawapannya. Haihhh ada banyak jenis pensil. Kami decide ambil yang ada free pemadan dan pembaris🙂.

betul (separuh markah sebab kami beli brand lain)

betul

Dah settle, kami gerak ke Dataran Pahlawan. Kat sana ada 3 barang lagi nak kena beli di Guardian. Jem giler sebab trafik light banyak betul.  Kami kena park di tempat yang ditetapkan. Punyala susah nak cari carpark tu. Dahla jalan 1 way, terpaksa buat satu pusingan lagi. Last-last berenti kat tanya kedai cenderamata. Dekat je rupanya, tadi kami dah lalu dah. Terima kasih kak (abang actually😀 )

Turunkan Deida dan Amy di depan Dataran Pahlawan, diorang pergi Guardian, aku dan Eza park kereta. Besar giler Megamall Dataran Pahlawan ni ok!  Berlari dari hujung ke hujung, macam nak terkeluar jantung. Actually kalau tau shortcut ke Guardian tu, tak de masalah. Jumpa Deida dan Amy tengah pilih-pilih barang. Tak nampak dah group lain. Jam time tu pukul 1.50 tak silap. Pukul 2 dah kena submit barang. Settle bayar, blah cepat-cepat ke khemah urusetia. Aku pulak terlampau laju tak fikir apa-apa, tinggalkan diorang semua. Diorang dah ikut jalan lain. Nasib baik boleh patah balik jumpa😀 . Pukul 2.00 kami mula beratur. Kami group ke-10 tiba. Tak de penalti pun group yang lewat sampai. Kalau tau, sure-sure kami tak kelam kabut dan sure-sure boleh fikir lagi (macam la boleh dapat jawab).

betul (Amy baca H1N1 tu as “hone none”😀 )

betul(separuh markah sebab kami beli tin punya dan tak jawab “Mohamad & Mentor 4)

salah (kami beli panadol actifast)

Lama menunggu diorang anounce pemenang. Sampai tertido-tido dah. Bahaya la tertido kat bawah khemah tu, video merata2, terlelap sket, tetiba muncul lense depan mata. Pukul 4.30 gitu, VIP sampai, ucapan dan pengumuman keputusan. SSK tak menang lagi. Tak pe2, boleh cuba lagi. Yang penting ENJOY! Thanks korang😉

SSK

6 thoughts on “dan pemenangnya adalah….

  1. kay 27 July, 2010 / 12:36 am

    soalan 8 angka 8 masuk mimpi!

    • kay 28 July, 2010 / 12:33 am

      Huzz… kay copy gambar yek!

      • whooz 28 July, 2010 / 12:33 am

        hahaha..sorry kay, lupa nak send..bleh2 copy

  2. deidaa 27 July, 2010 / 3:58 am

    Saye xpuas ati!
    Patot team yg lambat smpai tu di eliminate kan je!
    UNFAIR UNFAIR! Uhuksss!

  3. Nurul 27 July, 2010 / 11:55 pm

    Mencabar juga yea soalan2 dier.

    Next time aku nk join gak lah cam best jer.

    • whooz 28 July, 2010 / 12:52 am

      orait..will forward to you kalau ada lagi😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s