Setahun 1 kuih

Tahun lepas aku belajar buat mazola. Sebab favourite aku kan, so kena belajarlah. Tahun ni pulak aku belajar Tart nenas dan biskut cornflakes ala famous amous. Wah 2 kuih pulak tahun ni. Next year nak belaja kuih apa lagi eh?

Siap jemput cikgu datang rumah, ni kira ‘home-tuition’ lah.  Okeh, gambar time!

Aku tak suka sangat kismis, so ganti dengan chocolate chip twin (belang coklat putih), sedap!

Pek cantik-cantik macam beli kat kedai 😛

Tart ni sedap! Ma mesti bangga aku pandai pilih cikgu 😛

Sebagai anak murid yang baik dan ingin membalas jasa cikgu, anak murid masak untuk berbuka puasa bersama cikgu. Bagus kan?

murid 1 masak ikan bakar , air asam dan singgang tulang, murid 2 masak sayur goreng dan sate, murid 3 (murid ni  tertinggal keretapi, pukul 6 baru sampai) masak ayam goreng dan puding pelangi. cikgu pulak beli kuih-muih dan 2 jenis air.

Cikgu, next kelas kita belaja buat blueberry cheese tart pulak ye 😉

Advertisements

Entry kelas buat kuih raya bersama cikgu Miza, aku upload kemudian..

ni update utk tag dari K lah dulu

syarat 1: mesti menggunakan huruf pertama dari blog anda.

W untuk WHOOZ 🙂 . Actually nak eja nama aku bagi stylo sket. Stylo tak????? Sebab kalau eja nama betul, sama macam nama wartawan tuh. Tak suka 😀

syarat 2: jawapan tak boleh ulang

1. Nama anda

WHOOZIYANA .. nama aku bukan start dengan W pun. Huruf W pun tak nampak bayang dalam IC.

2. Perkataan 4 huruf

Wang 🙂

3.Nama budak lelaki

Wan Anuar. Kawan masa sekolah dulu. Aku tak ingat nama orang lain dah la yang start W. Lagipun baru-baru ni baca status dia kat fb, baru hantar mak pergi umrah. Wan sekarang dah sukses sebagai bisnesman Herbalife. Dah boleh support mak pergi Umrah berapa kali ntah. Kagum2. Bila aku boleh buat gitu eh?

4. Nama budak perempuan

Wan Rusmarina. Kawan sekolah rendah dan menengah. Main netball jadi “C”. Orang yang jadi “C” ni selalunya comey2, kecik2, cantik2 kan??

5. Pekerjaan

Work with data – keje sehari-hari bersahabat dengan data. Kadang-kadang juga bermusuh.

6. Warna

White – selalu teringin nak pakai white, tapi aku prasan aku nampak besar bila pakai white 🙂

7. Sesuatu yang anda pakai

White tudung.

8. Makanan

Wajik.

9. Sesuatu yang boleh dijumpai ditandas

Water.

10. Tempat

Wisma Permata – ofis baru aku 🙂

11. Alasan bila lewat

Woke up late 😀 (alasan berani mati)

12. Sesuatu yang anda jeritkan

Waaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhh! – bila berasa kagum

13. Tajuk film

Wonderful life – drama aci la ek..aku bukan kaki wayang

14. Minuman

Watermelon juice – campur susu, perghhhh, sedap!

15. Kumpulan music

Wings

16. Haiwan

Whale

17. Nama jalan

Wong Ah Jang – x de kaitan pun dengan aku

18. Nama jenis Kereta

Wira – kereta abah

19. Nama yang bakal ditag

Sesapalah yang namanya tak de huruf  W




Weekend

Budak ni nak tumbuh gigi, asyik mengunyah macam orang tua tak de gigi je kerjanye. Sangat suka mandi. Nanti besar boleh ajak pergi snorkeling ni.

Her new toy, plastik beg. Sangat suka bila abah tiup plastik beg tu dan buat macam belon

dah pandai membaca dah pun

2 hari bersama famili. Cukup korum 8 orang. Rasa makan minum terjaga 2 hari tu 😀 . Ma masak gulai ketam, tomyam, ikan bakar, ayam percik, sup tulang, singgang tulang, kerutub daging. Fuh! Dan kini masuk minggu bekerja, hidup kembali serba kekurangan 😛 .

p/s: siapa makan tulang dan rajin memasak??? ma bawa banyak tulang mentah. Aku macam malas nak masak 😛 . Siapa nak, angkat tangan, kita set tempat aku bagi.

Baru

Merujuk pada entry ini, mulanya aku sedih sangat. Rasa macam ini dugaan paling berat bulan Ramadhan. 1 minggu terakhir Julai betul-betul ‘weng’. Tension. Makan pun banyak. Kecil hati pun ada. Aku kalau dah kecil hati, maknanya betul-betul aku terasa lah. Susah sangat aku nak terasa-terasa hati ni.

Tapi hari ni , aku dah ada di ofis baru 🙂 . Dari tingkat 17 aku boleh tengok Mahameru/Pekeliling jem atau tidak, bagus kan?? Walaupun ofis baru, kerja masih sama macam dulu. Cuma kerja lebih berat sebab aku sorang je yang support bos sekarang. You can do it whooz! Dapat pc baru, meja baru, bangunan ofis baru, jumpa muka-muka baru, tempat makan baru (lepas puasa la 😛 ), jumpa uncle guard baru (i missed uncle Singgam laaa, serious nak nangis last day aritu tapi control lah :D), dan macam-macam lah serba baru. Dan sekarang jadual kerja lebih fleksibel yang mana aku macam excited nak kerja!Dan oleh sebab itu, aku cuba apply something yang boleh control aku supaya boleh siapkan kerja dan tak lalai dihanyut fleksibelity yang di beri 😉

Dulu-dulu selalu berangan nak kerja di bangunan tinggi / besar / bangunan sendiri. Sekarang ofis aku di bangunan yang ada 23 tingkat, mempunyai 8 pintu lif, surau yang besar (tapi tempat ambil air sembahyang tak berapa eloklah) dan toilet di level 17 (setiap level sama kot) ada 5 pintu. Puas hati? Oh ya satu lagi, depan building ni ada Maybank yang ada segala machine tu. Tak perlulah aku ke Balakong / Sogo untuk deposit duit.

view dari bilik mesyuarat tingkat 17

Duit raya hari pertama puasa :)

Bukan duit upah puasa ye. Rezeki 1 Ramadhan, dapat duit raya dari One Drop Perfumes ;).

Time beli ni aku tak terfikir pun pasal duit raya ni. Adala dengar iklan kat radio tapi tak ambil port pun. Aku beli packaging baru ni pun sebab tengok botol dia cantik berbanding packaging lama. Boleh bayar duit minyak balik kampung (konon)

Hasil

Merujuk entry jual-jual coklat tu kan, aku hanya dapat jual 2 kotak coklat. Mr President of the association dan sorang member (beliau nak kawen next year, beli as sample nak tunjuk kat tunang) yang beli. Walaupun 2 je laku, aku rasa macam puas sangat. Maybe sebab all the hardwork kan hehhehe. Aku sediakan 2 jenis sample juga. Milk + dark choc dan milk choc. Apa yang aku perhatikan, ramai yang suka milk + dark. Betul la apa yang aku baca dalam satu artikel dulu, orang kita suka dark coklat. Sebab less sweet kot kan.

Okeh, ini packaging yang aku bawa jual hari tu. Last minit jumpa acuan love dan bekas love, terus beli. Niat di hati nak ikat segala reben la apa la, tapi kepala dah pening sebab tidur pukul 5.30 pagi. Pukul 6.30 pagi bangun siap-siap untuk ke meeting. Serious aku tak sedar masa berlalu 😛 . Punya la excited buat coklat.

milk + dark choc + white choc as decor

milk choc

milk + dark choc + white choc as decor

Tak jadi jual ketupat sebab aku kaler-kaler nampak comot 😀 . Harus belajar mewarna dengan lebih teliti.

:)

TQ kak arah, sebab ajar dengan sesungguh hati buat coklat nih. Tahun depan nak kena wish Happy Teacher’s Day lah nampaknya. Sabtu ni aku ada meeting association, bos aku cadangkan aku buat coklat untuk jual, untuk tabung association. Maka aku berkobar-kobar okeh! 2 malam berturut-turut aku try buat, ini la hasilnye 😉

Ada almond di dalam

Ketupat perisa coklat???? ada hazelnut di dalam

Biji kopi rasa coklat??? (ini sebagai sample untuk orang rasa)

Tiba-tiba kan aku rasa enjoy sangat buat coklat nih. Tambah malam-malam. Sorang-sorang, sambil dengar radio kat astro. Rasa macam nak buat satu bilik khas untuk bekerja. Macam dalam drama Bread, Love and Dreams kat channel 303 tu, tokei roti tu ada rumah khas untuk dia bekerja. Sapa layan citer tu? Best!

Sebenarnya kan, aku tak lah suka sangat makan coklat, dan aku pun tak tau coklat yang sedap tu macam mana. Lain orang lain taste kan.  Nanti nak hantar ke QC-QC tak bergaji 😀 suruh diorang test.

Sabtu ni hari pertama aku menjual, wish me luck ok!

P/S: kalau tak habis jual, sape nak? angkat tangan! 😀