Baru

Merujuk pada entry ini, mulanya aku sedih sangat. Rasa macam ini dugaan paling berat bulan Ramadhan. 1 minggu terakhir Julai betul-betul ‘weng’. Tension. Makan pun banyak. Kecil hati pun ada. Aku kalau dah kecil hati, maknanya betul-betul aku terasa lah. Susah sangat aku nak terasa-terasa hati ni.

Tapi hari ni , aku dah ada di ofis baru🙂 . Dari tingkat 17 aku boleh tengok Mahameru/Pekeliling jem atau tidak, bagus kan?? Walaupun ofis baru, kerja masih sama macam dulu. Cuma kerja lebih berat sebab aku sorang je yang support bos sekarang. You can do it whooz! Dapat pc baru, meja baru, bangunan ofis baru, jumpa muka-muka baru, tempat makan baru (lepas puasa la😛 ), jumpa uncle guard baru (i missed uncle Singgam laaa, serious nak nangis last day aritu tapi control lah :D), dan macam-macam lah serba baru. Dan sekarang jadual kerja lebih fleksibel yang mana aku macam excited nak kerja!Dan oleh sebab itu, aku cuba apply something yang boleh control aku supaya boleh siapkan kerja dan tak lalai dihanyut fleksibelity yang di beri😉

Dulu-dulu selalu berangan nak kerja di bangunan tinggi / besar / bangunan sendiri. Sekarang ofis aku di bangunan yang ada 23 tingkat, mempunyai 8 pintu lif, surau yang besar (tapi tempat ambil air sembahyang tak berapa eloklah) dan toilet di level 17 (setiap level sama kot) ada 5 pintu. Puas hati? Oh ya satu lagi, depan building ni ada Maybank yang ada segala machine tu. Tak perlulah aku ke Balakong / Sogo untuk deposit duit.

view dari bilik mesyuarat tingkat 17

12 thoughts on “Baru

  1. mun-e. 17 August, 2010 / 12:12 am

    ohh. view dynasty hotel ye. hehe.

    xpe huzz.. seronok dpt environment baru. bole refresh gitu. hee

    • whooz 17 August, 2010 / 12:25 am

      ha’ah…seronok rasa. macam fresh graduate baru dapat keje..hahahahha

  2. kay 17 August, 2010 / 12:19 am

    Huzz tukar kerja ke?

    kay kat tingkat 20… tp tak dpt tgk tingkap… huhuhuh

    • whooz 17 August, 2010 / 12:26 am

      ha’a kerja baru🙂..woooo tingkat 20 tuh

      • kay 17 August, 2010 / 12:33 am

        bestnya… cepat dapat kerja baru..

  3. apis585 17 August, 2010 / 12:23 am

    huzzzzzzzzzzz…dekat dah laa kita camni…
    lps raya leh lunch date kat the mall😉

    • whooz 17 August, 2010 / 12:26 am

      hah ye ke???? orait!
      apis kat mana? pwtc?

  4. whooz 17 August, 2010 / 1:06 am

    kay, huzz dipaksa cari keje baru😀

    • kay 17 August, 2010 / 4:27 am

      opss… sorry! sedihnya…

      takper, Huzz pun dh mula kerjaya baru…

      aja aja faitin!

      • whooz 17 August, 2010 / 5:41 am

        faitin!

  5. deidaa 17 August, 2010 / 2:53 am

    Hahahahahahahah aku baru baca yg mu komen JOM LAYAN SCOCERES APPERANTICE TUH.. xreleven dah kot rasanya xde dh muvi tu hihi.

    Mana opis mu nih?

    • whooz 17 August, 2010 / 3:54 am

      kat plaza permata depan plaza pekeliling, dekat dgn building baru JKR, dekat dgn star ttwangsa🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s