Larian hari raya?

Mulanya malas-malas nak pergi Jalanan Larian Hari Olympic McD 2010 kat Dataran Merdeka tu. Sebab sorang. Yang lain-lain tak dapat join. Tapi sebab aku rasa lama sangat tak berlari + tak de plan lain di pagi Ahad nan indah ini, aku pun pergi jugak la. Lewat dah sampai. Tak sempat nak masuk kandang berlepas pun. Actually kandang tak muat. Ramai giler manusia. Budak-budak sekolah la ramai. Diorang datang satu group. Macam under sekolah gitu. Sebab nampak ramai cikgu-cikgu pengiring berehat di tepi kandang (sambil menjaga beg-beg budak-budak ni). 7.30 pagi berlepas.

Kali ni macam best sket la lari sebab ikut route yang aku tak pernah lalu.

Lagi satu best kali ni sebab mata segar sket tengok tshirt yang colorful ni. Aku punya warna kuning. Nasib baik tak dapat hijau :P. Hijau tu tak cantik.

Konfius aku kenapa tulis kat sini? Diorang letak monyet dalam tong ni ke???

Sorry lah ye siapa-siapa yang terperangkap dalam jam tadi, diorang hon-hon lagi, tension la kot. Sampai ada sorang brother ni siap keluar kereta lagi nak tengok apa bende yang menyebabkan jam 😛 . Aku lari laju kat sini sebab tak nak diorang cam muka aku. Nanti kang jumpa kat mana-mana “Haaaa budak ni lah yang bagi jam teruk aritu” 😛 .

Finish! Kali ni finish dalam padang dataran. Nak bagi cukup 7 km kot. Tapi agak tak teratur. Orang berkeliaran, tak tahu mana satu lorong nak kena lalu.

So 7km, aku habis dalam 1jam15 minit. Itu lari + jalan lenggang + jalan laju + stop ambil gambar. Next maybe nak try for 10km?

Wall decor

Entry kali ni just nak share dengan korang gambar wall decoration rumah Siti. Sangat cute! Rasa ceria lepak di hall rumahnya. Rasa macam lepak kat cafe pun ye jugak 🙂

okeh, meh kita tengok pulak tuan rumah yang kiut dan sporting ni 🙂

Raya dan kereta

Hari tu kan aku letak status kat YM, “siapa ada di KL, saya nak pergi beraya” . Tetiba ada la sorang ajak pergi rumah. Thank you 🙂 . Esok I sampai ye 😉 .  

Kemudian duduk kejap ada sms masuk, ajak makan-makan kat rumah dia. Rezeki 🙂 . Orang kata rezeki berganda, dah pergi 1 rumah, orang lain ajak pergi rumah diorang pulak. Kemudian melarat ke rumah orang lain dan rumah orang lain lagi. Puas hati aku. Terima kasih semua ye, moga-moga murah rezeki korang 😉 .

Alkisah, dalam aku excited2 nak beraya, tayar terpijak cerucuk besi. Ada besar kelingking kot besi tu. Panik tau, aku mana pernah tayar pancit2 ni. Tengah jalan pulak. Sorang-sorang. Nak tukar tayar??? Tak pandai. Aku skip kelas tukar tayar dulu. Jek kereta (jek ke orang panggil eh?) pun aku baru tau kat mana dia tersorok time treasure hunt aritu diorang nak check, tayar spare pun aku tak tau ada angin ke tak (rupanya x de :P) . Ezza, Deida, Amy, tayar tu x de angin lerrrrr…Pandai je time treasure hunt aritu aku cakap “adaaaaa..” .

Nasib baik kejadian berlaku dekat sangat dengan rumah yang di tuju. Nasib baik jugaklah para lelaki yang ada kat rumah tu (tuan rumah dan tetamu-tetamu) sanggup berpanas tukar tayar dan bawa tayar pergi workshop. Tetamu yang baru je sampai, tak sempat naik rumah lagi, sanggup buat kerje dulu baru naik makan. Ishh..ishh aku rasa disayangi dan dilindungi pulak 😀 . Anyway, thanks ye Wani, Noli dan Sal atas jasa baik husband / boyfren korang.

Ada lagi satu kisah aku rasa disayangi dan dilindungi 🙂 . Alkisah 2 malam sebelum balik kampung, aku ke Jusco. Petangnya hujan, buka la lampu. Dah park kereta lupa tutup lampu. Dari pukul 6.00 ptg – 8.30 malam. Tak boleh start la. Panik jugak. 1st time weh, mana aku reti nak buat jumper apa semua tu. Call Amy, dia kata kalau silap buat, boleh melompat kereta..hahahhah ye ke??? baru betul JUMP! Jumper pun tak dak. Lagipun  nak berjumper dengan sapa. Semua orang dok syok shopping dalam Jusco tu lagi. Banyak nombor aku call. Semua tak dapat tolong. Aku siap jalan kaki dari Jusco Cheras Selatan ke pekan Balakong mencari workshop. Tapi malang semua kedai tutup. Time tu aku syukur sangat aku larat jalan kaki tengah-tengah hujan pulak tu. Last choice, tinggal je kereta di Jusco, balik naik teksi. Tetiba macam mana ntah aku tergerak nak call Uncle tuan rumah. Uncle ni baik, susahla kalau dia nak tolak apa-apa yang kitaorang mintak tolong. Seperti yang dijangka dan diharapkan, dia datang bawa pomen..heehehehhe..menantu dia actually. Settle. Aku pulang dengan rasa syukur sangat-sangat 😉

Ada tak sape-sape buat kursus handle problem2 kereta yang biasa-biasa ni? Hari tu nak balik raya pun aku hantar kedai cakap “Tokei, saya mau balik raya, jauh. Tolong check kereta ok ke tak?” 🙂

Alysha

Jam  7 lebih (pagi) aku terima sms. Ingatkan ada orang nak jemput open house (kemaruk betul nak beraya). It’s Shalyn! Baru semalam sembang2 dengan member tentang Shalyn. Tertanya-tanya dah bersalin ke belum.

“Baby Alysha arrived yesterday, 15 sept at 5.49 pm, weighing at 2.56 kg. Baby n mummy including daddy are doing ok 🙂 ”

congrats my dear friend!

Nasib la kan…

sape suruh kerja di minggu orang bersukaria beraya sakan? Pakcik jual nasi lemak pun tengah belasah ketupat lemang lagi. Oh raya ni aku tak jumpa lemang pun 😦 . Makcik kedai makan pun tengah melayan anak cucu yang pulang beraya.

Kemarin aku lunch dengan sebotol 100+ , sebungkus biskut coklat mini dan biskut jacob yang rangup perisa cream onion. Hari ni up sket, maggi cup perisa tomyam (jenama Mamee pun aku belasah sebut maggi) dan 2 biji roti Gardenia perisa sambal bilis. Nasib baik esok cuti. Enjoy!

Office @ home

Office ku sudah siap!

Ini hasil cuti 1 pada hari raya ke-4. Sedang orang lain masih ligat berkonvoi makan kuih raya, aku mengubat hati yang duka dengan mengtransform stor kepada small office 😉

Memandangkan sekarang aku banyak bawa balik kerja dari ofis, jadi, perlu lah ada tempat yang proper sket kan. Baru ada semangat. Lagi satu, office ni jugak untuk aku dan Amy berurusniaga, untuk buat R&D, ..kan kata nak buat bisnes lepas ni..hehhe..korang doakan eh 😉

Office ni juga boleh jadi sebagai bilik tetamu. Ada katil sebiji. Ada kipas berdiri (thankss abah sponsor kipas 🙂 ) . Maybe nanti nak beli rak yang lekat kat dinding untuk letak file-file urusniaga (ya Allah poyonya!)

hahha suka ati lah!

jom tgk gambar