Raya dan kereta

Hari tu kan aku letak status kat YM, “siapa ada di KL, saya nak pergi beraya” . Tetiba ada la sorang ajak pergi rumah. Thank you🙂 . Esok I sampai ye😉 .  

Kemudian duduk kejap ada sms masuk, ajak makan-makan kat rumah dia. Rezeki🙂 . Orang kata rezeki berganda, dah pergi 1 rumah, orang lain ajak pergi rumah diorang pulak. Kemudian melarat ke rumah orang lain dan rumah orang lain lagi. Puas hati aku. Terima kasih semua ye, moga-moga murah rezeki korang😉 .

Alkisah, dalam aku excited2 nak beraya, tayar terpijak cerucuk besi. Ada besar kelingking kot besi tu. Panik tau, aku mana pernah tayar pancit2 ni. Tengah jalan pulak. Sorang-sorang. Nak tukar tayar??? Tak pandai. Aku skip kelas tukar tayar dulu. Jek kereta (jek ke orang panggil eh?) pun aku baru tau kat mana dia tersorok time treasure hunt aritu diorang nak check, tayar spare pun aku tak tau ada angin ke tak (rupanya x de :P) . Ezza, Deida, Amy, tayar tu x de angin lerrrrr…Pandai je time treasure hunt aritu aku cakap “adaaaaa..” .

Nasib baik kejadian berlaku dekat sangat dengan rumah yang di tuju. Nasib baik jugaklah para lelaki yang ada kat rumah tu (tuan rumah dan tetamu-tetamu) sanggup berpanas tukar tayar dan bawa tayar pergi workshop. Tetamu yang baru je sampai, tak sempat naik rumah lagi, sanggup buat kerje dulu baru naik makan. Ishh..ishh aku rasa disayangi dan dilindungi pulak😀 . Anyway, thanks ye Wani, Noli dan Sal atas jasa baik husband / boyfren korang.

Ada lagi satu kisah aku rasa disayangi dan dilindungi🙂 . Alkisah 2 malam sebelum balik kampung, aku ke Jusco. Petangnya hujan, buka la lampu. Dah park kereta lupa tutup lampu. Dari pukul 6.00 ptg – 8.30 malam. Tak boleh start la. Panik jugak. 1st time weh, mana aku reti nak buat jumper apa semua tu. Call Amy, dia kata kalau silap buat, boleh melompat kereta..hahahhah ye ke??? baru betul JUMP! Jumper pun tak dak. Lagipun  nak berjumper dengan sapa. Semua orang dok syok shopping dalam Jusco tu lagi. Banyak nombor aku call. Semua tak dapat tolong. Aku siap jalan kaki dari Jusco Cheras Selatan ke pekan Balakong mencari workshop. Tapi malang semua kedai tutup. Time tu aku syukur sangat aku larat jalan kaki tengah-tengah hujan pulak tu. Last choice, tinggal je kereta di Jusco, balik naik teksi. Tetiba macam mana ntah aku tergerak nak call Uncle tuan rumah. Uncle ni baik, susahla kalau dia nak tolak apa-apa yang kitaorang mintak tolong. Seperti yang dijangka dan diharapkan, dia datang bawa pomen..heehehehhe..menantu dia actually. Settle. Aku pulang dengan rasa syukur sangat-sangat😉

Ada tak sape-sape buat kursus handle problem2 kereta yang biasa-biasa ni? Hari tu nak balik raya pun aku hantar kedai cakap “Tokei, saya mau balik raya, jauh. Tolong check kereta ok ke tak?”🙂

2 thoughts on “Raya dan kereta

  1. ezza 17 September, 2010 / 12:04 pm

    aku rasa jumper tu semua kerete patut ada. bukan apa, bila ada jumper tu… not so hard to find kereta lain yang ada bateri untuk jump start. even orang tak kenal pun rasanya tak der alasan nak tolak bila kita cakap jumper dah ada. nak jump je.

    jump start kete neh, rasanya lagi susah buat blueberry cheese tart kot. hihihih. yang penting pelompatnye ada..😀

    • whooz 17 September, 2010 / 11:08 pm

      ahhaahhaha boleh plak ko compare dgn blueberry cheese tart😛

      tapi betul lah, jump start tu 5 minit je, buat tart tu kalau full adunan ada 5 jam , tambah2 tak cukup acuan..hahahahha..weh aku ada buat nih, semalam baru siap..nak datanglerrr rumah i😛

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s