Larian hari raya?

Mulanya malas-malas nak pergi Jalanan Larian Hari Olympic McD 2010 kat Dataran Merdeka tu. Sebab sorang. Yang lain-lain tak dapat join. Tapi sebab aku rasa lama sangat tak berlari + tak de plan lain di pagi Ahad nan indah ini, aku pun pergi jugak la. Lewat dah sampai. Tak sempat nak masuk kandang berlepas pun. Actually kandang tak muat. Ramai giler manusia. Budak-budak sekolah la ramai. Diorang datang satu group. Macam under sekolah gitu. Sebab nampak ramai cikgu-cikgu pengiring berehat di tepi kandang (sambil menjaga beg-beg budak-budak ni). 7.30 pagi berlepas.

Kali ni macam best sket la lari sebab ikut route yang aku tak pernah lalu.

Lagi satu best kali ni sebab mata segar sket tengok tshirt yang colorful ni. Aku punya warna kuning. Nasib baik tak dapat hijau😛. Hijau tu tak cantik.

Konfius aku kenapa tulis kat sini? Diorang letak monyet dalam tong ni ke???

Sorry lah ye siapa-siapa yang terperangkap dalam jam tadi, diorang hon-hon lagi, tension la kot. Sampai ada sorang brother ni siap keluar kereta lagi nak tengok apa bende yang menyebabkan jam😛 . Aku lari laju kat sini sebab tak nak diorang cam muka aku. Nanti kang jumpa kat mana-mana “Haaaa budak ni lah yang bagi jam teruk aritu”😛 .

Finish! Kali ni finish dalam padang dataran. Nak bagi cukup 7 km kot. Tapi agak tak teratur. Orang berkeliaran, tak tahu mana satu lorong nak kena lalu.

So 7km, aku habis dalam 1jam15 minit. Itu lari + jalan lenggang + jalan laju + stop ambil gambar. Next maybe nak try for 10km?

2 thoughts on “Larian hari raya?

  1. gerbera 26 September, 2010 / 1:35 pm

    Woo..tahniah.dah masuk ke 7km pulak ni. Dah boleh ke 10km dah ni

    • whooz 26 September, 2010 / 4:48 pm

      ye lah cik, nanti aku nak try 10km la pulak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s