7 kali

Siap compile gambar-gambar Broga tadi, aku baru sedar dah masuk Siri 7! Setiap kali pergi aku mesti ambil gambar, walaupun sekeping. Maksudnya dalam masa 1 tahun ni dah 7 kali aku pergi sana (ala uncle/aunty tu pergi every week tak bising pun πŸ™‚ ). Yup, Broga sentiasa di hati. Aku pernah cakap dulu, setiap kali pergi mesti experience tak sama. Pagi tadi pergi lagi, setelah sekian lama. Awan dan langit tak cantik sangat la. Tapi orang macam tak ramai macam dulu. Tak de traffic jam pun semasa hiking. 1 alasan kukuh, semalam diorang semua tengok bola, x boleh bangun awal pagi ni πŸ™‚ .

Yang lainnya kali ni, buaian SMS time pre-wedding photoshoot tu famous giler. Siap beratur orang nak bergambar. Termasuklah kami πŸ˜€ . Bila tengok-tengok balik gambar, buaian tu memang tepat dan sesuai sangat kat situ. Sebabnya kita akan dapat view yang sangat cantik dari satu angle ni. Pandai orang yang punya idea buat buaian tu kan. Yang datang bercouple, beranganla kejap jadi SMS dan Dr Harlina. Yang tak de couple, perasan sorang-sorang je lah πŸ˜€ . Jom layan gambar buaian!

Kitaorang jumpa group KEREH (Kelab Rekreasi Hentam Sajalah) – tudung merah (Jiji) dan kelabu (Siti). Dari yang diorang cerita, group ni aktif outdoor xtvt. Ok, maybe satu hari kita boleh bergabung, lalu MELETUP!

Jom camping! – Hutan Lipur Berkelah

Lokasi: Hutan Lipur Berkelah
Tarikh: 23-24 Oktober
Peserta: En.Azli and the geng, adik-adik kereta Satria Neo, En.Zul serta Nurul, Intan dan Kay

Jom layan … πŸ™‚

Jam 12 tengah malam – Tol Gombak

Aku, Nurul, Intan dan Kay tumpang kereta En.Zul, En.Azli (ketua ekspedisi) dan geng 1 kereta dan 3 orang lagi 1 kereta. Jumlah peserta semuanya 12 orang. Janji jumpa di tol Gombak. Dari sana kami terus ke Maran. Tak lama kemudian, kami semua berhenti di tepi jalan. Kisahnya kereta yang 3 orang tu, minyaknya sudah merah ber”blink-blink”. Stesen minyak pulak jauh lagi. Lebih kurang 40++ km baru ada, di RnR Temerloh. Aiyooo adik, apsal tak check dulu minyak. Bla..bla..ding..dong..discuss itu ini ,kitaorang redah je jugak sambil doa harap-harap sampai selamat.

Jam 2 pagi – RnR Temerloh

Berhenti untuk isi perut, isi minyak serta buang apa yang perlu πŸ™‚ . Rehat-rehat, minum-minum, sembang-sembang, tidur sekejap di surau, jam 3 pagi kami sambung perjalanan.

Jam 4 pagi – Masjid Kampung Gelugor

Masjid ni memang jadi pitstop untuk sesiapa yang nak masuk hutan lipur awal pagi. Ada kedai makan di sebelah masjid kepunyaan Pakcik Mansor . Kami sambung tidur dalam masjid sementara tunggu azan Subuh dan lori yang akan bawa kami ke pintu masuk hutan lipur. Jam 5 pagi, kitaorang bangun dan kemas-kemas barang mana nak tinggal, mana nak bawa. Berat giler beg! First time camping, tak tau nak bajet banyak mana nak bawa baju / barang-barang lain.

Jam 6.40 pagi – Masjid Kampung Gelugor – Hutan Lipur Berkelah

Siap punggah beg ke atas lori (yang berbau getah πŸ˜€ ), kami bertolak ke hutan lipur. First time naik lori bau getah. Duduk bersila sambil badan terloncat-loncat sebab jalan sangat teruk. Tapi yang bestnye, angin pagi. Cool :). Lebih kurang pukul 7, kami sampai di depan pintu gerbang β€œSelamat Datang Ke Hutan Lipur Berkelah”. Acara wajib, snap2 photo, dan siapa-siapa yang nak menunaikan hajat, haruslah tunai kat sini sebab kat sini je ada toilet yang boleh dipanggil toilet. Kat atas sana tu, faham-faham je lah.

Jam 7.10 pagi – Pengembaraan bermula

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih untuk sampai ke campsite. Jalan tak sukar mana. Jalan hutan. Lalu akar-akar pokok dan batu sikit-sikit. Ada tempat yang kena redah air. Memang bestlah pakai kasut getah harga rm7 nih. Sangat-sangat selesa dalam keadaan kering dan basah πŸ˜‰ . Dalam perjalanan jumpa air terjun. Cantik! Tapi kata mereka, kat atas lagi cantik. Berhenti snap-snap photo kejap, kami terus kan perjalanan. Jalan sikit jumpa lagi, dan berhenti lagi :). Lebih kurang pukul 8.30 pagi kami sampai di campsite. Nasib tak ada orang. Kalau tak, sure berebut tapak khemah. Itu sebab kami start awal. Kata En.Azli, Berkelah tu memang selalu penuh dengan manusia. Kalau lewat, memang tak de tempat nak pasang khemah la.

Jam 8.30 pagi – Campsite

Yang lelaki pasang khemah cari kayu, bersihkan kawasan. Yang perempuan sibuk bergambar. Sebab tak tau nak buat apa. Semua kerja, para lelaki yang settle kan. Siap pasang 3 khemah, 1 kanvas alas untuk lepak-lepak, 1 kanvas sebagai bumbung dan 2 dapur dihidupkan, kami start memasak sarapan pagi merangkap makan tengah hari. Menu hari ini, cucur ikan bilis, ayam masak merah dan kobis goreng. Nyum!Nyum! Ayam masak merah yang En.Azli bawa memang meletup! Selesai makan, masa untuk mandi! Campsite betul-betul depan sungai. Best!

Jam 2.00 petang –Ke puncak

Lepas solat, kami bergerak ke puncak. Walaupun hujan sikit-sikit, kami tetap bergerak. Rugi lah kalau sampai sini tapi tak naik puncak. Jalan kali ni, agak bahaya sebab kami lalu lereng bukit berbatu. Batu pulak ada yang berlumut. Walau bahaya, view sangat cantik! Rasa tak mau lepas pandang. Jam 3 petang kami sampai di puncak. Subhanallah! Air terjun kat situ sangat cantik! Tapi sayang kolam tempat air terjun tu jatuh sangat dalam dan ruginye tak pandai berenang L. Jadinya, kat tepi-tepi je lah rendam-rendam badan. Lebih kurang jam 4.15 petang, kami turun dari situ, balik ke campsite untuk siap-siap untuk BBQ malam nanti πŸ˜‰

Jam 7.00 malam – BBQ time!

Balik dari puncak, kami mandi lagi. Heaven betul lah! Sampai telinga aku masuk air, sampai ke hari ni tak ok lagi. Lebih kurang pukul 7 gitu, kami start membakar. Secret resepi dari En.Azli πŸ™‚ . Menu malam tu, BBQ chicken wing, kentang goreng dan sosej. Siap makan, solat, jam 9 lebih kami tidur. Awal giler lah tidur. Selalunya kalau camping-camping nih sure tidur lewat kan. Ade je aktiviti nak dibuat. Tapi penat sangatlah, tidur dulu ;). Jam 12 lebih gitu aku tersedar sebab panas giler. Berpeluh-peluh. Memang tak nyenyak nak tidur. Asyik jaga je. Esoknya , jam 6 pagi, bangun solat Subuh Β dan jalan-jalan sekitar ambil angin pagi dan ambil gambarΒ  .

Aktiviti pagi ni tak de apa sangat. Siapa lapar, masak meggi. Perut aku tak boleh lah masuk meggi awal-awal pagi. Ada yang tengah siap-siapkan breakfast. Pagi tu kami breakfast nasi lemak. Best aaa penganjur nih, makan minum terjaga betul. Bak kata Kay, macam bukan pergi camping. Macam pergi stay 1 malam di chalet tepi sungai :). Sambal nasi lemak memang menyengat! Sayang betul bila aku tengok sambal tu kena buang time nak kemas-kemas balik. Siap makan, mandi lagi buat kali terakhir. Jam 11.30 siap mandi, naik ke khemah, kemas-kemas apa yang patut.

Jam 12.45 tengah hari – Dari campsite ke pintu masuk

Siap ambil group photo, kami mula gerak turun. Laju kali ni berjalan. Singgah berhenti rehat sekali je. Lebih kurang jam 1.30 kami sampai di pintu masuk. Tak sampai sejam pun berjalan. Jam 2, lori datang ambil. Kali ni dah tak de bau getah dah πŸ˜€ . Siap mandi, solat di Masjid Kampung Gelugor, kami balik ke KL.

Penat.Best.

(^_^)

nah, untuk kamu

Ahad ni Ita kahwin. Tapi aku tak dapat pergi. Sorry! Kami (beberapa rakan) sepakat nak sponsor coklat sebagai gift untuk tetamu Ahad nanti.

ok tak?

200 biji pelbagai corak dan inti

Ok Ita, selamat pengantin baru ye. Enjoy hidup berumah tangga πŸ˜‰

Pandang pertama

Telefon bukan benda pertama dalam list aku. Orang lain sibuk dengan iphone la apa la, aku ok je dengan i-mobile. Officemate aku tegur, “eh ada eh phone i-mobile?”..Ye tau lah handphone i tak glamour πŸ˜€ .

Tapi kan bila aku tengok Nokia X3 Touch and Type ni, rasa macam berkenan la. Berkenan sebab keypad dia besar untuk jari besar macam aku πŸ™‚

Ada sesiapa nak review? Sila2..

Masa cemburu

Minggu lepas ke Kuantan untuk convocation (tetiba aku lupa macam mana nak eja dalam BM :P) Eddy. Demam la pulak orang yang konvo. Ambil gambar, mata kuyu je. Bawa tuala kecik pulak tu masuk dewan, buat lap hidung πŸ˜€ . Sampin pun terlondeh masa atas pentas. Nasib baik bukan time ambil scroll. Macam-macam.

budak konvo yang demam

bunga stokin, setangkai rm10, ada 3 kuntum bunga

si kecik tu sibuk nak bunga jugak, terpaksalah tok ma beli bunga sepuluh ringgit tu

Satu aku tak puas hati lah pasal gerai2 bunga kat situ. Sikit sangat! Ada dalam 4 gerai. Pulak tu, bunga-bunga yang ada semua dah ditempah orang. Kena tambahla bunga wahai encik penjual. Kami orang-orang luar ni bila masa nak menempahnye. Kesian aku tengok muka makcik-makcik, pakcik-pakcik yang frust sebab tak dapat beli bunga segar (termasuklah aku). Maka terpaksalah aku beli bunga stokin. Aku plan next year nak gi jual bunga lah kat UMP.

Habis acara konvo, terus ke Rompin. Lepak-lepak berBBQ di rumah kak ngah. Syoknye tak yah masuk ofis πŸ™‚ .

yummy!

Budak Iris dah boleh merangkak. Lawaklah, macam tak pandai sangat merangkak. Punyala tinggi dia angkat tangan nak menapak tu. Juga berani-berani nak berdiri. Belikan dia kolam mandi, suka dia merangkak, posing seksi-seksi dalam kolam tuh. Ish..ish..apa nak jadi nih πŸ˜›

pandai tengok bola dah. Pulun Kedah Pulun!

merangkak style kepala tunduk, dah terhantuk baru dia pusing ke tempat lain

kejar itik!

Balik ke KL, kakak yang drive. Yeayyy boleh rehat! Bestnye ada driver πŸ˜€ .

Sekian sesi lepak-lepak bersama famili. Tak tau bila lah pulak dapat kumpul macam ni :(. Akhir gambar,

“Silalah rindu saya”,Β  kata Iris

Update sebab muni tanya :)

Haihhh busy sekarang nih. Nak update blog pun tak sempat. Ada je benda nak di kongsi, kemudianlah. Dah start balik lepas maghrib dah.Β  Dulu kata tak mau balik lewat sebab ofis baru ni macam bahaya jugakla kalau balik lewat-lewat. Jalan kaki ke tempat parking kereta pun tak de la dekat. Sampai rumah dah malam. Buat itu ini, tido, bangun pagi esok pukul 5.30 – 6 pagi, ulang balik rutin macam biasa. Macam robot pun ada jugak. Hmmmm… Sebab tu kita perlu buat sesuatu yang lain dari tugas-tugas kat ofis. Baru rasa ada warna sikit kan dalam hidup.

Weekend ni aku tiada di KL. Berada di Kuantan dan Rompin. Masa bersama keluarga :). So siapa-siapa yang nak jemput makan-makan (eh ada lagi ke open house?? πŸ˜› ), maaf ye, tak dapat hadir.

Ok, jom layan gambar blueberry cheese tart baru masak tadi untuk bawa pergi Kuantan (raya aritu ma sempat makan sebij je).

miza, aku suka acuan tajam-tajam ni πŸ™‚ . oppss hutang pun belum bayar

muni, ini versi smiling tart πŸ™‚