Masa cemburu

Minggu lepas ke Kuantan untuk convocation (tetiba aku lupa macam mana nak eja dalam BM :P) Eddy. Demam la pulak orang yang konvo. Ambil gambar, mata kuyu je. Bawa tuala kecik pulak tu masuk dewan, buat lap hidung😀 . Sampin pun terlondeh masa atas pentas. Nasib baik bukan time ambil scroll. Macam-macam.

budak konvo yang demam

bunga stokin, setangkai rm10, ada 3 kuntum bunga

si kecik tu sibuk nak bunga jugak, terpaksalah tok ma beli bunga sepuluh ringgit tu

Satu aku tak puas hati lah pasal gerai2 bunga kat situ. Sikit sangat! Ada dalam 4 gerai. Pulak tu, bunga-bunga yang ada semua dah ditempah orang. Kena tambahla bunga wahai encik penjual. Kami orang-orang luar ni bila masa nak menempahnye. Kesian aku tengok muka makcik-makcik, pakcik-pakcik yang frust sebab tak dapat beli bunga segar (termasuklah aku). Maka terpaksalah aku beli bunga stokin. Aku plan next year nak gi jual bunga lah kat UMP.

Habis acara konvo, terus ke Rompin. Lepak-lepak berBBQ di rumah kak ngah. Syoknye tak yah masuk ofis🙂 .

yummy!

Budak Iris dah boleh merangkak. Lawaklah, macam tak pandai sangat merangkak. Punyala tinggi dia angkat tangan nak menapak tu. Juga berani-berani nak berdiri. Belikan dia kolam mandi, suka dia merangkak, posing seksi-seksi dalam kolam tuh. Ish..ish..apa nak jadi nih😛

pandai tengok bola dah. Pulun Kedah Pulun!

merangkak style kepala tunduk, dah terhantuk baru dia pusing ke tempat lain

kejar itik!

Balik ke KL, kakak yang drive. Yeayyy boleh rehat! Bestnye ada driver😀 .

Sekian sesi lepak-lepak bersama famili. Tak tau bila lah pulak dapat kumpul macam ni😦. Akhir gambar,

“Silalah rindu saya”,  kata Iris

One thought on “Masa cemburu

  1. kay 19 October, 2010 / 12:32 am

    masa pi konvo adik kay kat kktm balik pulau thn 2008 dulu… pun gerai bunga skit sgt… semua org dh tempah plak tuh… bunga plastik teddy bear convo pun takde… sian adikku… apalah ertinya konvo takde bunga…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s