Jom camping! – Hutan Lipur Berkelah

Lokasi: Hutan Lipur Berkelah
Tarikh: 23-24 Oktober
Peserta: En.Azli and the geng, adik-adik kereta Satria Neo, En.Zul serta Nurul, Intan dan Kay

Jom layan …🙂

Jam 12 tengah malam – Tol Gombak

Aku, Nurul, Intan dan Kay tumpang kereta En.Zul, En.Azli (ketua ekspedisi) dan geng 1 kereta dan 3 orang lagi 1 kereta. Jumlah peserta semuanya 12 orang. Janji jumpa di tol Gombak. Dari sana kami terus ke Maran. Tak lama kemudian, kami semua berhenti di tepi jalan. Kisahnya kereta yang 3 orang tu, minyaknya sudah merah ber”blink-blink”. Stesen minyak pulak jauh lagi. Lebih kurang 40++ km baru ada, di RnR Temerloh. Aiyooo adik, apsal tak check dulu minyak. Bla..bla..ding..dong..discuss itu ini ,kitaorang redah je jugak sambil doa harap-harap sampai selamat.

Jam 2 pagi – RnR Temerloh

Berhenti untuk isi perut, isi minyak serta buang apa yang perlu🙂 . Rehat-rehat, minum-minum, sembang-sembang, tidur sekejap di surau, jam 3 pagi kami sambung perjalanan.

Jam 4 pagi – Masjid Kampung Gelugor

Masjid ni memang jadi pitstop untuk sesiapa yang nak masuk hutan lipur awal pagi. Ada kedai makan di sebelah masjid kepunyaan Pakcik Mansor . Kami sambung tidur dalam masjid sementara tunggu azan Subuh dan lori yang akan bawa kami ke pintu masuk hutan lipur. Jam 5 pagi, kitaorang bangun dan kemas-kemas barang mana nak tinggal, mana nak bawa. Berat giler beg! First time camping, tak tau nak bajet banyak mana nak bawa baju / barang-barang lain.

Jam 6.40 pagi – Masjid Kampung Gelugor – Hutan Lipur Berkelah

Siap punggah beg ke atas lori (yang berbau getah😀 ), kami bertolak ke hutan lipur. First time naik lori bau getah. Duduk bersila sambil badan terloncat-loncat sebab jalan sangat teruk. Tapi yang bestnye, angin pagi. Cool🙂. Lebih kurang pukul 7, kami sampai di depan pintu gerbang “Selamat Datang Ke Hutan Lipur Berkelah”. Acara wajib, snap2 photo, dan siapa-siapa yang nak menunaikan hajat, haruslah tunai kat sini sebab kat sini je ada toilet yang boleh dipanggil toilet. Kat atas sana tu, faham-faham je lah.

Jam 7.10 pagi – Pengembaraan bermula

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih untuk sampai ke campsite. Jalan tak sukar mana. Jalan hutan. Lalu akar-akar pokok dan batu sikit-sikit. Ada tempat yang kena redah air. Memang bestlah pakai kasut getah harga rm7 nih. Sangat-sangat selesa dalam keadaan kering dan basah😉 . Dalam perjalanan jumpa air terjun. Cantik! Tapi kata mereka, kat atas lagi cantik. Berhenti snap-snap photo kejap, kami terus kan perjalanan. Jalan sikit jumpa lagi, dan berhenti lagi🙂. Lebih kurang pukul 8.30 pagi kami sampai di campsite. Nasib tak ada orang. Kalau tak, sure berebut tapak khemah. Itu sebab kami start awal. Kata En.Azli, Berkelah tu memang selalu penuh dengan manusia. Kalau lewat, memang tak de tempat nak pasang khemah la.

Jam 8.30 pagi – Campsite

Yang lelaki pasang khemah cari kayu, bersihkan kawasan. Yang perempuan sibuk bergambar. Sebab tak tau nak buat apa. Semua kerja, para lelaki yang settle kan. Siap pasang 3 khemah, 1 kanvas alas untuk lepak-lepak, 1 kanvas sebagai bumbung dan 2 dapur dihidupkan, kami start memasak sarapan pagi merangkap makan tengah hari. Menu hari ini, cucur ikan bilis, ayam masak merah dan kobis goreng. Nyum!Nyum! Ayam masak merah yang En.Azli bawa memang meletup! Selesai makan, masa untuk mandi! Campsite betul-betul depan sungai. Best!

Jam 2.00 petang –Ke puncak

Lepas solat, kami bergerak ke puncak. Walaupun hujan sikit-sikit, kami tetap bergerak. Rugi lah kalau sampai sini tapi tak naik puncak. Jalan kali ni, agak bahaya sebab kami lalu lereng bukit berbatu. Batu pulak ada yang berlumut. Walau bahaya, view sangat cantik! Rasa tak mau lepas pandang. Jam 3 petang kami sampai di puncak. Subhanallah! Air terjun kat situ sangat cantik! Tapi sayang kolam tempat air terjun tu jatuh sangat dalam dan ruginye tak pandai berenang L. Jadinya, kat tepi-tepi je lah rendam-rendam badan. Lebih kurang jam 4.15 petang, kami turun dari situ, balik ke campsite untuk siap-siap untuk BBQ malam nanti😉

Jam 7.00 malam – BBQ time!

Balik dari puncak, kami mandi lagi. Heaven betul lah! Sampai telinga aku masuk air, sampai ke hari ni tak ok lagi. Lebih kurang pukul 7 gitu, kami start membakar. Secret resepi dari En.Azli🙂 . Menu malam tu, BBQ chicken wing, kentang goreng dan sosej. Siap makan, solat, jam 9 lebih kami tidur. Awal giler lah tidur. Selalunya kalau camping-camping nih sure tidur lewat kan. Ade je aktiviti nak dibuat. Tapi penat sangatlah, tidur dulu😉. Jam 12 lebih gitu aku tersedar sebab panas giler. Berpeluh-peluh. Memang tak nyenyak nak tidur. Asyik jaga je. Esoknya , jam 6 pagi, bangun solat Subuh  dan jalan-jalan sekitar ambil angin pagi dan ambil gambar  .

Aktiviti pagi ni tak de apa sangat. Siapa lapar, masak meggi. Perut aku tak boleh lah masuk meggi awal-awal pagi. Ada yang tengah siap-siapkan breakfast. Pagi tu kami breakfast nasi lemak. Best aaa penganjur nih, makan minum terjaga betul. Bak kata Kay, macam bukan pergi camping. Macam pergi stay 1 malam di chalet tepi sungai🙂. Sambal nasi lemak memang menyengat! Sayang betul bila aku tengok sambal tu kena buang time nak kemas-kemas balik. Siap makan, mandi lagi buat kali terakhir. Jam 11.30 siap mandi, naik ke khemah, kemas-kemas apa yang patut.

Jam 12.45 tengah hari – Dari campsite ke pintu masuk

Siap ambil group photo, kami mula gerak turun. Laju kali ni berjalan. Singgah berhenti rehat sekali je. Lebih kurang jam 1.30 kami sampai di pintu masuk. Tak sampai sejam pun berjalan. Jam 2, lori datang ambil. Kali ni dah tak de bau getah dah😀 . Siap mandi, solat di Masjid Kampung Gelugor, kami balik ke KL.

Penat.Best.

5 thoughts on “Jom camping! – Hutan Lipur Berkelah

  1. kay 29 October, 2010 / 9:40 am

    cantik Huzz susun gambar!

    • whooz 29 October, 2010 / 9:45 am

      hehhe macam nak letak semua gambar😀

  2. julie 29 October, 2010 / 2:34 pm

    cantik! mewah dgn makanan…mcm best je ayam msak merah tu..

    • whooz 29 October, 2010 / 11:29 pm

      ayam tu memang sedap!

  3. man 13 August, 2013 / 3:36 am

    kalau nak ok ok mcm mana?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s