Siri balik kampung

Macam malas nak menaip panjang. Jom layan gambar balik kampung aritu πŸ™‚

Raya pertama, tak de gambar famili pun. Aku sampai pun pukul 7.30 di pagi raya. Ambik gambar si kecik ni je lah πŸ™‚

Pakcik bagi kepala lembu untuk abah settlekan. Walau tak dapat ambil gambar lembu kena sembelih, gambar ni pun ok kan πŸ™‚

Ma suka sangat menanam. Ini antara koleksi hasil kerja tangan beliau dan abah. Kalau bagi kat aku, kesian la pokok-pokok ni πŸ™‚

minggu ni ma datang KL. Nak pergi MAHA nak cari orked katanya. Gigih betul πŸ™‚

Orang kata raya haji di Kelantan meriah

ye keee??? aku rasa tak de lah meriah mana kecuali kalau buat korban, sibuklah sikit. Pagi lepas solat raya cepat-cepat salin baju pergi tempat korban. Selama aku besar ni aku dah tak pergi tempat korban sebabnya semua tempat tu jauh-jauh. Kalau pergi siapa pulak nak settle kat rumah kan. Teringin jugaklah nak pergi snap-snap gambar rakam video ke kan. Serius aku tak de pun pengalaman yang aku masih ingat pasal majlis korban ni. Abah tiap kali balik dari tempat korban mesti cakap kat aku “rugi yong tok gi tadi, orang ambik-ambik gambar, video semua”…arghh bikin panas tuuu :P.

Raya Haji di Kelantan, menu pun lebih kurang raya puasa jugak. Ada ketupat, nasi impit kuah kacang, lontong, sate, rendang pun ada. Kitaorang masih pergi beraya rumah sedara-mara. Salah satu tujuan untuk menziarah mereka yang lebih tua. Time cuti raya je lah nak melawat pun. Dah start kerja, masing-masing sibuk. Cuma kali ni kalau pergi beraya, menu agak berat lah. Semua rumah nak jamu daging korban. Balik rumah sendiri masak ikan tak pun kalau kenyang sangat belasah maggi, nikmat :).

Aku pulak, kalau cuti raya, tak de lah beraya sakan. Aku cuma spend masa sebaiknya bersama famili. Masa aku dengan diorang sangatlah kurang. Tu sebab dalam tahun ni ma abah selalu sangat pergi KL. Rindu lah tu πŸ˜› .

Tiap kali cuti raya, sure jam kat Kelantan ni. Bosan tau nak pergi beraya dah pakai cantik-cantik terperangkap dalam jam. Sampai rumah yang dituju, muka masing2 dah letih. Kan dah tak cun. Tapi raya haji kali ni, jalan clear je. Maybe ramai yang tak balik sebab cuti tengah-tengah minggu.

Okei, esok Isnin. Hidup akan kembali seperti biasa. Tiada lagi dengar suara ma kejut bangun Subuh, tiada lagi bunyi ketung-ketang di dapur, tiada lagi bunyi si comel Iris gelak terkekek-kekek, tiada lagi dengar suara abah mengagah si comel Iris..

rindulah..

Tinggi-tinggi Gunung Nuang, Kem Lolo sahaja kami sampai

Aku baru tau Gunung Nuang ni tertinggi di Selangor (1493m). Dah lama plan nak ke sini tapi macam-macam hal lah yang menghalang. Yang selalu aku dengar pasal Gunung Nuang ni, pendakian yang bahaya nak naik ke puncaknya dan juga betapa meriahnya pacat-pacat menyambut kedatangan para pendaki. Nama Dataran Pacat mungkin diambil sempena pacat-pacat ni lah. Eiiii tak suka pacat!

Pagi Ahad, 14/11/2010, seawal 5.30 pagi aku dah keluar rumah. Singgah solat subuh di masjid kampung apa nama ntah di Pekan Batu 9 tu dan terus ke masjid di Hulu Langat, tempat berkumpul. Kat sana jumpa Nurul, Kay, Intan, Julie, Husna dan Thirah sedang tunggu ketua expedisi, Abg Zul. Jam 8.10 register di pondok pakcik renjer (renjer eh?). Snap-snap gambar kejap dan terus mula berjalan lah. Jalan ok je. Nak berlari pun boleh. Cuma kejap naik kejap turun, penat jugaklah. Dengan bawa beg segala benda ni. Kali ni aku bawa air 1 botol 1.5L dan 1 botol 500ml. Tak mau kejadian di Gunung Datuk berulang kembali. Azab betul hiking tak cukup air.

Sepanjang jalan mata dijamu dengan pokok-pokok buluh yang tinggi, sangat tinggi. Cantik. Perjalanan ambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai di akhir jalan tanah merah. Kemudian kami ikut laluan berbukit untuk ke campsite, Kem Lolo.

ikut je sepanjang paip ni untuk sampai ke Kem Lolo

Habis paip air ni, kami jumpa tali air (tali air eh namanye?) kat atas sana. Rehat kejap, snap-snap gambar sebelum teruskan perjalanan.

tanya uncle ni tau ke jalan nak ke campsite, alih-alih dia pun tak tau:)

Untuk ke Kem Lolo, kami ikut je kertas-kertas putih yang pendaki terdahulu tinggalkan sebagai marking. Lebih kurang 10 minit follow kertas putih tu, kami sampai di Kem Lolo. Yes! Sampai jugak πŸ™‚ . Ada a few khemah kat situ. Ada yang tengah kemas nak balik. Jumpa Pakcik Saiful tengah bakar sampah. Dia suruh kitaorg jalan terus lagi dan jumpa tempat yang best sketlah nak lepak.

ini tempat jajahan sementara kami

Lapar giler dah time ni. Masing-masing keluarkan bekal masing-masing. Dah macam pot luck pulak πŸ˜€ . Siap makan, masa untuk mandi! Awalnya aku macam tak naklah basah-basah sangat sebab tak de tempat salin baju kat situ. Tapi tak bleh tahanlah tengok air terjun tu. Tergoda.

air terjun ni rendah je tapi sangat deras

Sesudah “berjakuzi”, sambung makan lagi. Habiskan balance makanan tadi. Siap-siap semua, baju pun dah agak lembab je, kami balik. Dekat dengan campsite tu, ada banyak, sangat banyak rama-rama putih. Ada snap gambar tapi tak nampak pun πŸ˜€ sebab semua berterbangan.

diorang tengah riang-ria di kelilingi rama-rama tapi malang tak nampak pun weh πŸ˜›

Perjalanan balik tak sampai 2 jam pun. Biasalah kalau balik mesti nak cepat. Tak de snap-snap gambar dah. Sebab tu kalau nak bergambar, ambil lah sebanyak mungkin semasa perjalanan pergi. Balik tu kalau boleh nak simpan kamera dalam beg je.Β  Cepat-cepat pun aku, Kay dan Husna kat belakang jugak. Sakit kuku kaki sebab jalan banyak turun bukit dan tak pakai stokin pulak tu. Hampir tiba di starting point Gunung Nuang, hujan lah pulak. Payung tak de, rain coat tak de, kami guna daun pisang je lah. AdalahΒ  pulak pacat 2 ekor tumpang sekaki. Pukul 3 petang kami dah gerak ke masjid di Hulu Langat, tempat berkumpul tadi untuk mandi, salin baju dan solat. Tamat πŸ™‚

Ok, ini aku compile gambar flora dan fauna yang kami jumpa sepanjang perjalanan. Ini salah satu sebab kenapa aku suka masuk hutan, sebab boleh jumpa macam-macam hidupan yang tak pernah lihat. Husna ada tunjukkan aku satu jenis rumput ni. Katanya boleh ambil, keringkan dan rebus buat teh. Rasa macam teh cina. Tak taulah betul ke tak tapi aku kagum lah πŸ™‚

Mr D sayang

Pertama sekali nak minta maaf. Maaf sebab tak dapat bawa u balik jumpa parents i raya ni. Sebab i rasa macam penat pulak nak drive 8 jam balik kampung. Lagipun i nak u rehat 6 hari i tak de ni ok πŸ™‚ . I tau u dah banyak berjasa pada i, walaupun baru 2 tahun u dengan i. U bawa i pergi office, pergi shopping, tengok wayang, bila i sakit bawa i pergi klinik, pergi bersukaria dengan kawan-kawan, balik kampung jumpa parents i dan merata-ratalah u bawa i. U memang tak mengecewakan i. Tak pernah buat i susah. Walaupun baru-baru ni kena tukar bateri u dan tayar u pancit tapi i rasa itu normal la kan. Lagipun ramai yang membantu u bila u susah. Maybe sebab mereka tengok u ni debab dan comel kan?

So, raya ni i balik naik bas je lah. Walaupun ada rasa risau naik bas ni. Ye lah, asyik dengar berita eksiden je. 6 hari i tak de ni jaga diri tau. I sayang u tau!

Alaa tak de pulak gambar u. Tengok, walaupun i suka ambil gambar, tapi i jarang ambil gambar u. Itu tandanya i tak nak orang lain tengok u. Jeles.

okla, i letakla satu gambar u bersama rakan-rakan semasa trip ke Gunung Nuang last Sunday πŸ™‚

hahahahhahahahhahah..selamat menyambut hari raya haji kawan-kawan!

Terapi alam @ Janda Baik

Aku memang dah lama teringin nak gi Janda Baik. Berapa kali ulang alik highway tu, nampak signboard “Janda Baik”, nak tau sangat best ke tempat tu. Jadi, bila Kay ajak, susah aku nak kata “Tidak” πŸ™‚

Selepas discuss melalui email, sapa booking hotel, sapa beli itu, beli ini, bawa bekal apa, aktiviti apa, ding dong sampai 100++ email, kami sampai di Kampung Janda Baik. Menginap 1 malam di Cheregin Hills Convention & Spa Resort. Resort ni memang cantik sebab kedudukannya atas bukit. Tapi yang kureng sket,Β  design bangunan bilik tu. Sebab dari bawah bukit nampak macam asrama sekolah πŸ˜€ . Tak caya?? Tengok ni,

Satu yang aku suka pasal design resort ni, lobi nya open air. Tak de pintu kaca gelap tebal. Rasa sangat mesra alam πŸ™‚ . Dah kata datang ke Janda Baik nak dekatkan diri dengan alam, nak release tension dengan terapi alam, so memang sesuai sangat konsepnye. Tak caya? Tengok ni lagi πŸ™‚

nun di belakang ada padang dan sangkar

view pada malam hari

dari dalam. kalau jalan straight je melepasi kereta tu, korang akan jatuh bukit πŸ™‚

dari luar

kalau aksi di atas aku dan kakak sedang bawa baldi sambil towel tersangkut di bahu, sebijik macam kat asrama kan. kalau conteng-conteng sket wall tu, naik seri sket kot. plain sangat lah. lantai pun tak menarik sangat (oitt komplen tak abis!). alaa saya memberi cadangan saja πŸ˜‰

walaupun dari luar macam asrama, dalamnya ok lah. feel jugaklah. tengok lampu english style tu, ok la penyeri walaupun aku tak suka sangat english style. paling best, dapat view pool πŸ™‚

OK cukup pasal komplen dan memuji. Next kita layan apa aktiviti kitaorang selama 2 hari kat sana πŸ™‚

Selepas check in (nasib baik boleh check in awal), kami isi perut dulu dengan bekal yang kami bawa. Semua masak sendiri ni. Bagus2 πŸ™‚

Sudah makan, solat, kami terus ke Riverside untuk aktiviti BBQ dan mandi-manda. Yoohoo! Riverside ni, bawah bukit tu je. Dekat sangat. Untuk piknik di Riverside ni, kena book dulu. Tak boleh sesuka hati pasang khemah segala barang BBQ kat sini. Kami dapat khemah (hajat di hati nak pondok). Ramai sangat yang berpiknik aritu. Khemah pun khemah la. Not bad lah. Pondok-pondok kat sini dibina di sepanjang sungai. Jadi, memang best lah walau dapat pondok mana sekalipun.

ini khemah kami

ini pondok jiran kami πŸ™‚

Ikutkan booking, kami book sampai pukul 7 petang. Tapi macam dah tak tau nak buat apa dah. Nak makan pun perut dah penuh sangat-sangat. Nak mandi pun, lama-lama sejuk wooo..Air deras betul. Leka sket memang boleh hanyut. Siap-siap kemas, pukul 5 lebih dah balik ke Cheregin. Mandi-mandi, solat dan tetiba lapar balik πŸ˜› . Belasah je apa yang tinggal.

Malamnya, kalau ikutkan mata, memang nak tidur je. Tapi rugilah kalau mai jauh-jauh (tak jauh mana pun), tidur je kan. So, aku, Kay dan kakak lepak-lepak kat lobi. Tinjau-tinjau apa yang boleh di buat. Di swimming pool ada BBQ Dinner. Tapi kami tak joinlah sebab kena bayar extra rm50. Habis dinner tu, kami pun pergilah. Ambik-ambik gambar. Cantik πŸ™‚

Swimming pool pun orang dah nak tutup. kami masih segar bertenaga, fikir-fikir nak buat apa algi, pergi main pool pulak :D. 1st time okeh, malu aah nak pegang kayu pun tak reti. Tapi belasah aje :). Err apa beza pool / snooker (mode malas nak google)

briefing dari adik yang kitaorg curi menyelit 1 round game diorang πŸ™‚ (dah la menyelit game orang, tak tau main pulak tu)

kitaorang ada penyokong tau!

ni apahal berdiri tegak macam guard pegang senapang ni???

Malam masih muda, habis main pool, kami main bola sepak dengan patung-patung ni pulak. Riuh lobi! Pulak tu adik-adik yang jadi fan kitaorg (fan nyeeee :P) tadi, pun datang kat meja bola ni pulak. Lagi lah riuh.

aktiviti malam tu berakhir dengan team aku kalah berapa ntah, banyak gilerrr! πŸ˜› (walaupun dah import Hairuding Omar)

Naik bilik, malam masih muda lagi πŸ™‚ . Layan Fast n Furious sampai tertidur. Esoknya jam 5.30 aku dah bangun. Macam tak boleh tidur pulak. Mandi-mandi, jam 7 keluar morning walk sambil snap-snap gambar πŸ™‚

Cantik view kat bukit tu waktu pagi. Rugi pulak tak bawa sport shoes. Kalau tak boleh joging sampai ke Riverside sana.Β  Next time datang, jangan lupa bawa tau! Siap breakfast (err breakfast dia biasa-biasa saja, tak sedap mana pun dan tak banyak choice), kami pun kemas-kemas barang dan bergerak ke haluan masing-masing. Kay dan geng ke Bukit Tinggi dan aku balik KL.

Bye-bye Janda Baik, saya pasti ke sini lagi (jika dipanjangkan umur)

πŸ˜‰