Terapi alam @ Janda Baik

Aku memang dah lama teringin nak gi Janda Baik. Berapa kali ulang alik highway tu, nampak signboard “Janda Baik”, nak tau sangat best ke tempat tu. Jadi, bila Kay ajak, susah aku nak kata “Tidak”🙂

Selepas discuss melalui email, sapa booking hotel, sapa beli itu, beli ini, bawa bekal apa, aktiviti apa, ding dong sampai 100++ email, kami sampai di Kampung Janda Baik. Menginap 1 malam di Cheregin Hills Convention & Spa Resort. Resort ni memang cantik sebab kedudukannya atas bukit. Tapi yang kureng sket,  design bangunan bilik tu. Sebab dari bawah bukit nampak macam asrama sekolah😀 . Tak caya?? Tengok ni,

Satu yang aku suka pasal design resort ni, lobi nya open air. Tak de pintu kaca gelap tebal. Rasa sangat mesra alam🙂 . Dah kata datang ke Janda Baik nak dekatkan diri dengan alam, nak release tension dengan terapi alam, so memang sesuai sangat konsepnye. Tak caya? Tengok ni lagi🙂

nun di belakang ada padang dan sangkar

view pada malam hari

dari dalam. kalau jalan straight je melepasi kereta tu, korang akan jatuh bukit🙂

dari luar

kalau aksi di atas aku dan kakak sedang bawa baldi sambil towel tersangkut di bahu, sebijik macam kat asrama kan. kalau conteng-conteng sket wall tu, naik seri sket kot. plain sangat lah. lantai pun tak menarik sangat (oitt komplen tak abis!). alaa saya memberi cadangan saja😉

walaupun dari luar macam asrama, dalamnya ok lah. feel jugaklah. tengok lampu english style tu, ok la penyeri walaupun aku tak suka sangat english style. paling best, dapat view pool🙂

OK cukup pasal komplen dan memuji. Next kita layan apa aktiviti kitaorang selama 2 hari kat sana🙂

Selepas check in (nasib baik boleh check in awal), kami isi perut dulu dengan bekal yang kami bawa. Semua masak sendiri ni. Bagus2🙂

Sudah makan, solat, kami terus ke Riverside untuk aktiviti BBQ dan mandi-manda. Yoohoo! Riverside ni, bawah bukit tu je. Dekat sangat. Untuk piknik di Riverside ni, kena book dulu. Tak boleh sesuka hati pasang khemah segala barang BBQ kat sini. Kami dapat khemah (hajat di hati nak pondok). Ramai sangat yang berpiknik aritu. Khemah pun khemah la. Not bad lah. Pondok-pondok kat sini dibina di sepanjang sungai. Jadi, memang best lah walau dapat pondok mana sekalipun.

ini khemah kami

ini pondok jiran kami🙂

Ikutkan booking, kami book sampai pukul 7 petang. Tapi macam dah tak tau nak buat apa dah. Nak makan pun perut dah penuh sangat-sangat. Nak mandi pun, lama-lama sejuk wooo..Air deras betul. Leka sket memang boleh hanyut. Siap-siap kemas, pukul 5 lebih dah balik ke Cheregin. Mandi-mandi, solat dan tetiba lapar balik😛 . Belasah je apa yang tinggal.

Malamnya, kalau ikutkan mata, memang nak tidur je. Tapi rugilah kalau mai jauh-jauh (tak jauh mana pun), tidur je kan. So, aku, Kay dan kakak lepak-lepak kat lobi. Tinjau-tinjau apa yang boleh di buat. Di swimming pool ada BBQ Dinner. Tapi kami tak joinlah sebab kena bayar extra rm50. Habis dinner tu, kami pun pergilah. Ambik-ambik gambar. Cantik🙂

Swimming pool pun orang dah nak tutup. kami masih segar bertenaga, fikir-fikir nak buat apa algi, pergi main pool pulak😀. 1st time okeh, malu aah nak pegang kayu pun tak reti. Tapi belasah aje🙂. Err apa beza pool / snooker (mode malas nak google)

briefing dari adik yang kitaorg curi menyelit 1 round game diorang🙂 (dah la menyelit game orang, tak tau main pulak tu)

kitaorang ada penyokong tau!

ni apahal berdiri tegak macam guard pegang senapang ni???

Malam masih muda, habis main pool, kami main bola sepak dengan patung-patung ni pulak. Riuh lobi! Pulak tu adik-adik yang jadi fan kitaorg (fan nyeeee :P) tadi, pun datang kat meja bola ni pulak. Lagi lah riuh.

aktiviti malam tu berakhir dengan team aku kalah berapa ntah, banyak gilerrr!😛 (walaupun dah import Hairuding Omar)

Naik bilik, malam masih muda lagi🙂 . Layan Fast n Furious sampai tertidur. Esoknya jam 5.30 aku dah bangun. Macam tak boleh tidur pulak. Mandi-mandi, jam 7 keluar morning walk sambil snap-snap gambar🙂

Cantik view kat bukit tu waktu pagi. Rugi pulak tak bawa sport shoes. Kalau tak boleh joging sampai ke Riverside sana.  Next time datang, jangan lupa bawa tau! Siap breakfast (err breakfast dia biasa-biasa saja, tak sedap mana pun dan tak banyak choice), kami pun kemas-kemas barang dan bergerak ke haluan masing-masing. Kay dan geng ke Bukit Tinggi dan aku balik KL.

Bye-bye Janda Baik, saya pasti ke sini lagi (jika dipanjangkan umur)

😉

9 thoughts on “Terapi alam @ Janda Baik

  1. julie 7 November, 2010 / 3:46 pm

    bape jam dari kl?mahal tak duk resort tu?

  2. ezza 8 November, 2010 / 12:35 am

    berapa rege bilik eh? sejuk ke kat atas tu? huhuh

    • whooz 8 November, 2010 / 4:12 am

      sejuk biasa2 je lah..x de lah sejuk sangat..

      utk double (2 breakfast) – 160
      utk 3 breakfast – 230

  3. kay 8 November, 2010 / 12:42 am

    dr kl 1.2 jam dh sampai…
    cherengin resort tuh RM 160 sebilik utk superior king…
    tp kalu tak tidur situ pun takper… kita berkelah start pagi, balik petang…

    • whooz 8 November, 2010 / 4:13 am

      ha’ah pergi awai2 pagi, lepak sana sampai petang..kali ni kena pasang khemah la sbb nak tido siang hehehhe😀

  4. ijun 10 November, 2010 / 6:06 am

    along…menariknya kat janda baik tu….macam nak gi je…tapi dr perlis jauh n takde geng..

    • whooz 10 November, 2010 / 8:57 am

      ala ijun, bila2 mai sini, bgtau la kalau nak pi Janda Baik ni. along bleh follow😀

    • whooz 10 November, 2010 / 8:57 am

      memang cantik🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s