Tinggi-tinggi Gunung Nuang, Kem Lolo sahaja kami sampai

Aku baru tau Gunung Nuang ni tertinggi di Selangor (1493m). Dah lama plan nak ke sini tapi macam-macam hal lah yang menghalang. Yang selalu aku dengar pasal Gunung Nuang ni, pendakian yang bahaya nak naik ke puncaknya dan juga betapa meriahnya pacat-pacat menyambut kedatangan para pendaki. Nama Dataran Pacat mungkin diambil sempena pacat-pacat ni lah. Eiiii tak suka pacat!

Pagi Ahad, 14/11/2010, seawal 5.30 pagi aku dah keluar rumah. Singgah solat subuh di masjid kampung apa nama ntah di Pekan Batu 9 tu dan terus ke masjid di Hulu Langat, tempat berkumpul. Kat sana jumpa Nurul, Kay, Intan, Julie, Husna dan Thirah sedang tunggu ketua expedisi, Abg Zul. Jam 8.10 register di pondok pakcik renjer (renjer eh?). Snap-snap gambar kejap dan terus mula berjalan lah. Jalan ok je. Nak berlari pun boleh. Cuma kejap naik kejap turun, penat jugaklah. Dengan bawa beg segala benda ni. Kali ni aku bawa air 1 botol 1.5L dan 1 botol 500ml. Tak mau kejadian di Gunung Datuk berulang kembali. Azab betul hiking tak cukup air.

Sepanjang jalan mata dijamu dengan pokok-pokok buluh yang tinggi, sangat tinggi. Cantik. Perjalanan ambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai di akhir jalan tanah merah. Kemudian kami ikut laluan berbukit untuk ke campsite, Kem Lolo.

ikut je sepanjang paip ni untuk sampai ke Kem Lolo

Habis paip air ni, kami jumpa tali air (tali air eh namanye?) kat atas sana. Rehat kejap, snap-snap gambar sebelum teruskan perjalanan.

tanya uncle ni tau ke jalan nak ke campsite, alih-alih dia pun tak tau:)

Untuk ke Kem Lolo, kami ikut je kertas-kertas putih yang pendaki terdahulu tinggalkan sebagai marking. Lebih kurang 10 minit follow kertas putih tu, kami sampai di Kem Lolo. Yes! Sampai jugak🙂 . Ada a few khemah kat situ. Ada yang tengah kemas nak balik. Jumpa Pakcik Saiful tengah bakar sampah. Dia suruh kitaorg jalan terus lagi dan jumpa tempat yang best sketlah nak lepak.

ini tempat jajahan sementara kami

Lapar giler dah time ni. Masing-masing keluarkan bekal masing-masing. Dah macam pot luck pulak😀 . Siap makan, masa untuk mandi! Awalnya aku macam tak naklah basah-basah sangat sebab tak de tempat salin baju kat situ. Tapi tak bleh tahanlah tengok air terjun tu. Tergoda.

air terjun ni rendah je tapi sangat deras

Sesudah “berjakuzi”, sambung makan lagi. Habiskan balance makanan tadi. Siap-siap semua, baju pun dah agak lembab je, kami balik. Dekat dengan campsite tu, ada banyak, sangat banyak rama-rama putih. Ada snap gambar tapi tak nampak pun😀 sebab semua berterbangan.

diorang tengah riang-ria di kelilingi rama-rama tapi malang tak nampak pun weh😛

Perjalanan balik tak sampai 2 jam pun. Biasalah kalau balik mesti nak cepat. Tak de snap-snap gambar dah. Sebab tu kalau nak bergambar, ambil lah sebanyak mungkin semasa perjalanan pergi. Balik tu kalau boleh nak simpan kamera dalam beg je.  Cepat-cepat pun aku, Kay dan Husna kat belakang jugak. Sakit kuku kaki sebab jalan banyak turun bukit dan tak pakai stokin pulak tu. Hampir tiba di starting point Gunung Nuang, hujan lah pulak. Payung tak de, rain coat tak de, kami guna daun pisang je lah. Adalah  pulak pacat 2 ekor tumpang sekaki. Pukul 3 petang kami dah gerak ke masjid di Hulu Langat, tempat berkumpul tadi untuk mandi, salin baju dan solat. Tamat🙂

Ok, ini aku compile gambar flora dan fauna yang kami jumpa sepanjang perjalanan. Ini salah satu sebab kenapa aku suka masuk hutan, sebab boleh jumpa macam-macam hidupan yang tak pernah lihat. Husna ada tunjukkan aku satu jenis rumput ni. Katanya boleh ambil, keringkan dan rebus buat teh. Rasa macam teh cina. Tak taulah betul ke tak tapi aku kagum lah🙂

8 thoughts on “Tinggi-tinggi Gunung Nuang, Kem Lolo sahaja kami sampai

  1. Nurul 19 November, 2010 / 6:25 am

    Alahai ko pun kena gigit pacat juga ker? Luckily darah aku x manis…hehehe.

    Lepas nie naik puncak plak…ada berani?

    • whooz 23 November, 2010 / 5:37 am

      Jom!

    • kobbisez 15 January, 2011 / 3:16 am

      berani… jom arrrr…. tu baru sikit je tu…. lepak bermalam dipuncak lagi best gler..🙂

  2. athirah 24 November, 2010 / 4:00 pm

    jom..jom..naik nuang! =)

  3. shima 17 January, 2011 / 4:15 am

    salam perkenalan.

    saya shima dari putrajaya. tadi ada terbaca blog u all nie, so teringin nak join u all punyer group yang pergi mendaki….boleh ke?
    TQ

    • whooz 22 February, 2011 / 7:13 am

      hai..boleh je..boleh email no telefon , bila2 kami ada plan, boleh roger shima🙂

      warima_20@yahoo.com

  4. sheikh 22 February, 2011 / 7:02 am

    assalam !
    terbaca entry blog anda… about Gunung Nuang bunyinya cuma sampai Lolo Base Camp jea… tak sampai puncak ker ?

    • whooz 22 February, 2011 / 7:12 am

      yup, kem lolo sahaja. ke puncak, maybe next time🙂

      mendaki jugak ke?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s