Orang kata raya haji di Kelantan meriah

ye keee??? aku rasa tak de lah meriah mana kecuali kalau buat korban, sibuklah sikit. Pagi lepas solat raya cepat-cepat salin baju pergi tempat korban. Selama aku besar ni aku dah tak pergi tempat korban sebabnya semua tempat tu jauh-jauh. Kalau pergi siapa pulak nak settle kat rumah kan. Teringin jugaklah nak pergi snap-snap gambar rakam video ke kan. Serius aku tak de pun pengalaman yang aku masih ingat pasal majlis korban ni. Abah tiap kali balik dari tempat korban mesti cakap kat aku “rugi yong tok gi tadi, orang ambik-ambik gambar, video semua”…arghh bikin panas tuuu😛.

Raya Haji di Kelantan, menu pun lebih kurang raya puasa jugak. Ada ketupat, nasi impit kuah kacang, lontong, sate, rendang pun ada. Kitaorang masih pergi beraya rumah sedara-mara. Salah satu tujuan untuk menziarah mereka yang lebih tua. Time cuti raya je lah nak melawat pun. Dah start kerja, masing-masing sibuk. Cuma kali ni kalau pergi beraya, menu agak berat lah. Semua rumah nak jamu daging korban. Balik rumah sendiri masak ikan tak pun kalau kenyang sangat belasah maggi, nikmat🙂.

Aku pulak, kalau cuti raya, tak de lah beraya sakan. Aku cuma spend masa sebaiknya bersama famili. Masa aku dengan diorang sangatlah kurang. Tu sebab dalam tahun ni ma abah selalu sangat pergi KL. Rindu lah tu😛 .

Tiap kali cuti raya, sure jam kat Kelantan ni. Bosan tau nak pergi beraya dah pakai cantik-cantik terperangkap dalam jam. Sampai rumah yang dituju, muka masing2 dah letih. Kan dah tak cun. Tapi raya haji kali ni, jalan clear je. Maybe ramai yang tak balik sebab cuti tengah-tengah minggu.

Okei, esok Isnin. Hidup akan kembali seperti biasa. Tiada lagi dengar suara ma kejut bangun Subuh, tiada lagi bunyi ketung-ketang di dapur, tiada lagi bunyi si comel Iris gelak terkekek-kekek, tiada lagi dengar suara abah mengagah si comel Iris..

rindulah..

6 thoughts on “Orang kata raya haji di Kelantan meriah

  1. kurut 21 November, 2010 / 2:47 am

    kan? kan? ramai org kata kalau belah kelantan dgn ganu.. raya haji meriah amat.. tapi mcm sama je dengan raya puasa..

  2. mun-e 21 November, 2010 / 5:32 am

    mane gambar??😛

    • whooz 21 November, 2010 / 6:41 am

      nnt kat KL lah, kat kampng ni slow macam siput broadbandnye😛. sakit jiwa dibuatnya

  3. ezza 22 November, 2010 / 1:12 am

    meriah tu sebenarnya kalu compare dengan raya haji kat belah KL.
    kalu compare dgn raya pose, sahla kalah. tapi aku ingat zaman kita kecik2 dulu…sama meriah je both raya. now berbeza sudah.

    • whooz 22 November, 2010 / 2:36 pm

      zaman dah berubah..hhehhehe

  4. deidaa 23 November, 2010 / 11:12 am

    mitos.
    masa kecik ramai je dtg ry aji kat umah lps korban.. mkn2.

    skang mana ada?
    aku penah blk ry aji.. aku tido je.. close house ahaks.

    (ry pose aku lg meriah dr ry korban)😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s