Tutup 2010

Aku akhiri 2010 dengan kenangan manis 🙂 . Aku jumpa Faizah, kawan lama sekolah rendah dan menengah. Last aku jumpa dia 5 tahun lepas. Time tu dia baru bersalin anak sulung. Aku pergi Jitra melawat dia. Lepas tu kami langsung tak berjumpa. Tup-tup dengar dia fly ke Finland. Sambung PhD. 2 tahun dia kat sana, Disember-January ni dia balik bercuti di Malaysia. Dapat jugak aku jumpa dia. Berdebar ok nak jumpa. Macam blind date. Berdebar plus excited sangat-sangat. Kat ofis dah macam tak boleh buat kerja dah. Tambah-tambah dapat cuti mengejut 🙂 .

Dia masih macam dulu. Sangat humble. Sebab tu aku suka sangat kawan dengan dia. Dialah geng basikal ke sekolah (aku tak de geng bas sekolah). Aku akan tunggu dia di simpang. Selalunya aku lah yang sampai dulu sebab aku tak suka kalau orang tunggu aku kecuali aku betul-betul ada hal. Tak lama, dia muncul lah dengan basikal laju turun bukit sambil tudung pengawas kaler biru menggerbang 😀 . Pernah sekali aku bersaing naik basikal dengan dia tepi jalan raya. Tetiba aku kena slowkan basikal sebab ada benda kat depan. Kebetulan handle aku pulak terselit kat poket baju sekolah dia. Sama-sama jatuh basikal. Sakit tau! Masuk kelas dengan kain aku terkoyak di lutut, dia pulak poket baju terkoyak 😀 .  Dalam ramai-ramai geng aku, dia yang paling kaya dan paling pandai. Tapi langsung tak sombong. Hmm Faizah memang macam tu. Satu sekolah suka dia, hormat dia 🙂 .

So kemarin lepak dengan dia dari jam 6.30 ptg sampai pukul 10 malam di The Mines 🙂 . Banyak yang dibualkan. Tapi tak cukuplah. Rasa macam nak ajak dia tidur kat rumah je. Tapi tak boleh la kan. Itu pun kemarin dia dapat green light dari husband dan anak-anak untuk berpoya-poya sekejap 🙂 . Thanks ye En.Husband Faizah 😉 .

Thanks ye Faizah sebab akhiri 2010 aku dengan manis sekali 🙂 . Jumpa lagi maybe dalam 2 tahun dari sekarang 🙂

Advertisements

Checklist

Yeay dah dapat checklist barang-barang nak bawa ke Mulu dari Cik Nurul tadi. Best2, baru ada semangat sket. Kebanyakkan barang dah ada la. Cuma nak kena check dalam keadaan elok ke tak. Before pergi nak cuci-cuci kamera sket. Dah berhabuk sangat. Lens pun bertompok-tompok. Punya la tak sempat nak cuci sebab tiap minggu asyik guna je kamera tu. Takde apa sangat nak dibeli dah kot. Cuma macam gatai nak pi shopping tshirt nak pakai kat sana. Tak best aaa pakai tshirt sama je, dalam gambar semua tshirt sama 😛 .

Dah inform ma dan abah. Selalunya aku akan inform setelah dah ready segala tiket persiapan apa semua..hehhe. Kalau inform awal, ada harapan tak dapat pergi. Selalunya ma lah yang berat hati. Bukan berat hati apa, dia suruh simpan duit untuk kawen 😀 . Tapi abah cool je, siap cerita macam-macam (kalau tempat yang aku nak pergi tu dia dah pergi), macam nak bagi bakar je. Love u lah abah! Eh ma pun love jugak 😉 .

Tak inform lagi pun kat bos. Plan nak ambik cuti 4 hari. Tapi Isnin tu pergi ofis sure lembik. Nak minta 5 hari macam banyak sangat. Dah macam cuti kawen pulak. Tengok dulu lah macam mana. Oh ye, nanti nak kena ambil no telefon teksi KTM Serdang untuk pick up dari rumah. Ok jugaklah flight petang, tak de kelam kabut. Thanks Nurul 🙂 .

MLM dan friendship

Pernah korang dengar ada orang putus kawan sebab bisnes MLM ?

atau korang sendiri pernah melaluinya?

Sama ada yg join MLM tu yang putus kan sebab kawan-kawan tak nak join atau pun kawan-kawannya yang putuskan sebab tak sukakan MLM, dua-dua situasi aku tak pernah alami. Tapi baru-baru ni hampir terjadi kat aku. Itu pun sebab salah faham. Salah faham memang boleh bawa bencana. So next time please berterus terang 😉

Aku tak pernah marah kalau ada kawan yang ajak pergi dengar talk MLM or apa-apa bisnes or apa-apa tujuan asalkan kau terus terang bagitau aku nak bawa aku pergi mana. Sebab aku sangat bencikan PENIPU. Aku dah terkena sekali, cukuplah. Kalau nak dengar, i’ll say yes kalau tak, bye-bye. Aku pun kadang-kadang suka dengar talk-talk macam ni sebab aku nampak something dalam diri diorang yang tak de pada aku. Cuma setakat ni aku tak berminat sangat nak buat MLM sebab aku rasa lebih puas kalau aku bersusah payah untuk something yang aku suka dan minat walaupun lambat kaya 🙂 .

So my friend, yes! Nothing is more important than friendship dan jangan risau, aku tak marah sebab aku hormat cara masing-masing cari rezeki 😉

 

out of topic kejap :)..aku baru jumpa blog ni..cutenyeeee drawing dia. Maybe korang dah tau sebab blogger ni dah femes, aku je baru jumpa 🙂

 

Makan je lah kerjanye

Ini adalah unofficial office dinner. Email tanya sapa nak pergi, last sekali 17 orang confirm nak pergi. So kami 4 kereta ke Bagan Lalang 06/12/2010 lepas.

Teringin lama dah nak gi Bagan Lalang ni. Kata orang tempat best nak makan seafood selain Kuala Selangor. Tapi sebab jauh sangat tu yang postpone dulu. Google sana sini, last-last decided nak makan di HM Sri Bagan. Aku buat reservation untuk 17 orang dan request nak view yang paling cantik di situ 😀 . Directionnye, sampai je di pantai bagan lalang tu, nanti jumpa simpang 3, ambil kanan. Terus saja sampai jalan mati. Di hujung jalan itulah letaknya restoren terapung ni. Sebelum pergi makan kami ke Golden Palm Tree Resort dulu. Dari simpang 3 tu, ke kiri dan terus sampai jumpa chalet-chalet terapung. Cantik! Pergi jumpa guard minta nak masuk jalan-jalan. Guard bagi pass dan masuklah kami meninjau kawasan.

big boss kata really need to hire staff lelaki lah 😀

us jalan-jalan

the chalet

kitaorang tak boleh lalu jalan ni sebab dah disewa untuk outdoor photoshoot pengantin

lepak, cool 🙂

Ok, lepas ambil angin di Golden Palm Tree Resort ni, kami terus ke HM Sri Bagan. Tokei dah call pun, apsal tak sampai-sampai lagi ni :). Kitaorang memang dapat port cantik punya :).

meja makan kitaorang menghadap view ni, cantik kan?

Untuk dinner tu kitaorang order pepahat masak cili, lala masak halia, siakap 3 rasa, pari bakar, tomyam campur, sotong goreng kunyit, udang butter, kailan ikan masin, kangkung belacan dan otak-otak. Nak order ketam, tapi mahal sangat. Total price rm510 :). Seorang dalam rm30. Mahal ke murah?

Ini je makanan yang sempat aku snap, lapa sangat. Suka sangat pepahat (gambar paling besar tu)

senarai harga seafood

Siap makan jam 8 malam. Perjalanan balik ambil masa dalam 1 jam 30 minit. Sampai rumah terus siap-siap untuk menu piknik esok hari. Makan lagi. Tunggu next entry 😉

Tahun Baru

Lewat 3 ari ucap tahun baru, tak pe lah kan. Aku rasa tahun ni tahun yang memenatkan. Penuh dengan joys and tears. Penat badan, penat otak. Tapi aku suka sebab itulah kehidupan namanya kan ;). Tahun ni bertambah lagi kenalan aku. Aku suka! Bertambah lagi tempat-tempat yang aku jejak. Aku suka! Famili pun bertambah ahli. Aku suka! Aku belajar buat coklat, buat tart dan macam-macam. Aku suka! Aku belajar berniaga kecil-kecilan. Aku suka! Tapi dari segi karier dan financial, agak turun naik. Aku harap tahun baru will be better :).

Oh ye, after CNY ofis akan berpindah ke Subang. Dekat dengan Subang Airport. Mungkinkah aku akan jadi penumpang setia FireFly? hehehhe. So, aku dan housmate berkira-kira untuk pindah. Saja nak environment baru. Tapi sebab dia kerja di KL dan adik pun kerja di KL, kami kena cari rumah yang di tengah-tengah KL dan Subang. Any idea?