Makan je lah kerjanye

Ini adalah unofficial office dinner. Email tanya sapa nak pergi, last sekali 17 orang confirm nak pergi. So kami 4 kereta ke Bagan Lalang 06/12/2010 lepas.

Teringin lama dah nak gi Bagan Lalang ni. Kata orang tempat best nak makan seafood selain Kuala Selangor. Tapi sebab jauh sangat tu yang postpone dulu. Google sana sini, last-last decided nak makan di HM Sri Bagan. Aku buat reservation untuk 17 orang dan request nak view yang paling cantik di situ😀 . Directionnye, sampai je di pantai bagan lalang tu, nanti jumpa simpang 3, ambil kanan. Terus saja sampai jalan mati. Di hujung jalan itulah letaknya restoren terapung ni. Sebelum pergi makan kami ke Golden Palm Tree Resort dulu. Dari simpang 3 tu, ke kiri dan terus sampai jumpa chalet-chalet terapung. Cantik! Pergi jumpa guard minta nak masuk jalan-jalan. Guard bagi pass dan masuklah kami meninjau kawasan.

big boss kata really need to hire staff lelaki lah😀

us jalan-jalan

the chalet

kitaorang tak boleh lalu jalan ni sebab dah disewa untuk outdoor photoshoot pengantin

lepak, cool🙂

Ok, lepas ambil angin di Golden Palm Tree Resort ni, kami terus ke HM Sri Bagan. Tokei dah call pun, apsal tak sampai-sampai lagi ni🙂. Kitaorang memang dapat port cantik punya🙂.

meja makan kitaorang menghadap view ni, cantik kan?

Untuk dinner tu kitaorang order pepahat masak cili, lala masak halia, siakap 3 rasa, pari bakar, tomyam campur, sotong goreng kunyit, udang butter, kailan ikan masin, kangkung belacan dan otak-otak. Nak order ketam, tapi mahal sangat. Total price rm510🙂. Seorang dalam rm30. Mahal ke murah?

Ini je makanan yang sempat aku snap, lapa sangat. Suka sangat pepahat (gambar paling besar tu)

senarai harga seafood

Siap makan jam 8 malam. Perjalanan balik ambil masa dalam 1 jam 30 minit. Sampai rumah terus siap-siap untuk menu piknik esok hari. Makan lagi. Tunggu next entry😉

6 thoughts on “Makan je lah kerjanye

  1. kay 10 December, 2010 / 9:27 am

    SIPUT BULUH 1!

    • whooz 10 December, 2010 / 9:34 am

      haahaha siput buluh cik miza

  2. Miza 10 December, 2010 / 10:00 am

    1st time aku dengar nama pepahat tu. Biasa makan kat Uptown dipanggil Siput buluh. Then bila gugel, memang ia benda yang sama.
    Tapi mmg sedap,kenyal2.

    Aku suka makan ikan!

    • whooz 14 December, 2010 / 12:19 am

      sedap kan! 1st time makan di Umbai, Melaka. tapi tak fresh dan dia masak tak sedap

  3. julie 10 December, 2010 / 12:20 pm

    terliur gila tgk makanan. view cantik, rugi pulak pegi sana haritu x msuk kt resort tu,ingtkan x bleh msuk.

  4. schoepentoeter 11 December, 2010 / 7:35 am

    ish.. best kalo makan reramai cengini… 30 sorang tu kira bebaloi2 sis..🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s