Checklist

Yeay dah dapat checklist barang-barang nak bawa ke Mulu dari Cik Nurul tadi. Best2, baru ada semangat sket. Kebanyakkan barang dah ada la. Cuma nak kena check dalam keadaan elok ke tak. Before pergi nak cuci-cuci kamera sket. Dah berhabuk sangat. Lens pun bertompok-tompok. Punya la tak sempat nak cuci sebab tiap minggu asyik guna je kamera tu. Takde apa sangat nak dibeli dah kot. Cuma macam gatai nak pi shopping tshirt nak pakai kat sana. Tak best aaa pakai tshirt sama je, dalam gambar semua tshirt sama😛 .

Dah inform ma dan abah. Selalunya aku akan inform setelah dah ready segala tiket persiapan apa semua..hehhe. Kalau inform awal, ada harapan tak dapat pergi. Selalunya ma lah yang berat hati. Bukan berat hati apa, dia suruh simpan duit untuk kawen😀 . Tapi abah cool je, siap cerita macam-macam (kalau tempat yang aku nak pergi tu dia dah pergi), macam nak bagi bakar je. Love u lah abah! Eh ma pun love jugak😉 .

Tak inform lagi pun kat bos. Plan nak ambik cuti 4 hari. Tapi Isnin tu pergi ofis sure lembik. Nak minta 5 hari macam banyak sangat. Dah macam cuti kawen pulak. Tengok dulu lah macam mana. Oh ye, nanti nak kena ambil no telefon teksi KTM Serdang untuk pick up dari rumah. Ok jugaklah flight petang, tak de kelam kabut. Thanks Nurul🙂 .

6 thoughts on “Checklist

  1. Nurul 14 December, 2010 / 2:12 pm

    Ok lah semua pun barang dah ade…cume nk top-up skit2 je lah…can’t wait to Mulu🙂

  2. kay 15 December, 2010 / 12:46 am

    kami flight awal subuh hari…

    nnt kalu apa yg bleh kita share, kita share la yek

  3. whooz 15 December, 2010 / 6:38 am

    yup, kita share apa yg patut

  4. athirah 21 December, 2010 / 4:17 pm

    ye..semangat! nak prepare jugak! =)

  5. schoepentoeter 22 December, 2010 / 4:58 am

    Bila trip ni?
    kalo naik dari miri, sampai sini roger la aku..
    ps: yg penting bawa baju ujan, bekas air n instant energy bar..
    camera make sure bawa charger. fyi, tripod yg panjang tak boleh bawa masuk ke dlm gua. kalo nak buat long shutter release aku pakai self timer ngan gozilla pod..

    • whooz 22 December, 2010 / 5:50 am

      trip 11-16 jan 2011

      kitaorg ada 2 group. 1 group flight pagi 11/1. group aku ptg 11/1. stay 1 malam di miri. 12/1 pagi gerak ke mulu. insyallah nnt roger ko. nanti bagi no fon.

      thanks for the tips. ha’a aku pun plan nak bawa gozilla pod je. dlm gua nanti ada kemungkinan tak kamera akan basah ke apa ke. kot kena meniarap nak lalu dalam gua..heheh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s