Tutup 2010

Aku akhiri 2010 dengan kenangan manis🙂 . Aku jumpa Faizah, kawan lama sekolah rendah dan menengah. Last aku jumpa dia 5 tahun lepas. Time tu dia baru bersalin anak sulung. Aku pergi Jitra melawat dia. Lepas tu kami langsung tak berjumpa. Tup-tup dengar dia fly ke Finland. Sambung PhD. 2 tahun dia kat sana, Disember-January ni dia balik bercuti di Malaysia. Dapat jugak aku jumpa dia. Berdebar ok nak jumpa. Macam blind date. Berdebar plus excited sangat-sangat. Kat ofis dah macam tak boleh buat kerja dah. Tambah-tambah dapat cuti mengejut🙂 .

Dia masih macam dulu. Sangat humble. Sebab tu aku suka sangat kawan dengan dia. Dialah geng basikal ke sekolah (aku tak de geng bas sekolah). Aku akan tunggu dia di simpang. Selalunya aku lah yang sampai dulu sebab aku tak suka kalau orang tunggu aku kecuali aku betul-betul ada hal. Tak lama, dia muncul lah dengan basikal laju turun bukit sambil tudung pengawas kaler biru menggerbang😀 . Pernah sekali aku bersaing naik basikal dengan dia tepi jalan raya. Tetiba aku kena slowkan basikal sebab ada benda kat depan. Kebetulan handle aku pulak terselit kat poket baju sekolah dia. Sama-sama jatuh basikal. Sakit tau! Masuk kelas dengan kain aku terkoyak di lutut, dia pulak poket baju terkoyak😀 .  Dalam ramai-ramai geng aku, dia yang paling kaya dan paling pandai. Tapi langsung tak sombong. Hmm Faizah memang macam tu. Satu sekolah suka dia, hormat dia🙂 .

So kemarin lepak dengan dia dari jam 6.30 ptg sampai pukul 10 malam di The Mines🙂 . Banyak yang dibualkan. Tapi tak cukuplah. Rasa macam nak ajak dia tidur kat rumah je. Tapi tak boleh la kan. Itu pun kemarin dia dapat green light dari husband dan anak-anak untuk berpoya-poya sekejap🙂 . Thanks ye En.Husband Faizah😉 .

Thanks ye Faizah sebab akhiri 2010 aku dengan manis sekali🙂 . Jumpa lagi maybe dalam 2 tahun dari sekarang🙂

4 thoughts on “Tutup 2010

  1. kay 31 December, 2010 / 1:20 pm

    smlm pun kay kat the mines sampi kul 10 mlm
    first time sampai

    • whooz 1 January, 2011 / 12:24 am

      lah ye keeee..kalau tau bleh jumpa😀

  2. Amie 3 January, 2011 / 5:34 am

    Lerr.. kenapa ko cakap lagik 2 tahun dapat jumpe ? hehehe .. woowww bestnya sambung PhD kat oversea…

  3. ijun 11 January, 2011 / 4:25 am

    Huzz….baru sempat baca pasal entri ni….
    hari jumaat minggu lepas pun baru je jumpa faizah….dia dah ade kat perlis dah…masa jumpa dia tu teringin gak nak tanya…turun kl ade jumpa along ke tak…tapi sbb jumpa ramai2 tak tertanya plak sampai lupa….
    jumaat minggu lepas tu pun sbb husband dia bg dia berpoya2 dulu…hihihihi….ni minggu ni turn husband dia plak jumpa kawan2.
    yup…faizah still the same woman…n always down to earth…sempoi btul makcik sorang tu…n nak tau…sampai skrg dia tak kisah pakai baju koyak…maksudnya…baju yg terberetas skit kat jahitan tu….slumber btul minah tu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s